Japan-Korea Trip Day 5: Shirakawago & Osaka
Happy Independence Day Malaysian!!!
I'm back to complete my last entry in Japan. Then, dah boleh fokus entri di Korea pulak. Yeaaayyyyyy. Lagi 3 bulan, dah boleh fly lagi! Excited.
Hari kelima di Takayama. Bangun awal pagi dan kemas everything. Checked out siap-siap dan tinggalkan luggage di guesthouse. Lepas breakfast, round old town again. Sempat meninjau morning market tapi hampa. Peniaga baru nak set up meja masing-masing. Terpaksa bergegas ke stesen bas Takayama. Kami dah booked trip ke Shirakawago awal pagi tu. Harga pakej boleh rujuk entri sebelum ini.
Shirakawago adalah satu perkampungan tradisional yang dikelilingi oleh gunung. Of course view nya sangat lah cantik. Tambah-tambah jika kawasan kampung ini dipenuhi oleh salji. Boleh rujuk gambar di google. Namun kami hampa. Kali ni salji lambat turun.
Perjalanan ke Shirakawago mengambil masa selama 50 minit. Sebelum jalan baru dibina, perjalanan nak ke sana memakan masa selama 2 jam. Populasi masyarakat yang masih tinggal di sana adalah sebanyak 600 penduduk dan sebilangan rumah di sana masih berpenghuni. Sebelum Shirakawago terkenal dengan tourism, penduduk di sini mengusahakan silk. Ini antara info yang aku dapat dari my tour guide. Hehehehe.. Kami diberi masa selama 2 jam untuk cover satu kampung. Malangnya, memang masa sangat lah terhad. Jom layan gambar sepanjang kami berada di Shirakawago.
Yang pakai winter jacket warna merah sambil menyemak nama penumpang tu lah our tourist guide that day. Dalam bas ni sempat beramah mesra dengan Malaysian yang lain. Siap ada satu family dari Tawau. Na, keluar habis loghat sabah aku! hahahaha..
Shirakawago dari atas bukit.
Ketika berpijak bumi Takayama, aku perasan satu benda. Penduduk dan pengangkutan dekat sini mostly kecil. Comei giler rasa. My travel partner pun kecil je orangnya. Tinggi tak sampai 150 cm pun. Then tiba-tiba dapat idea. 'Weh, hang pi berdiri kat pakcik-pakcik tu sat, aku nak amik gambar hang'. Tudiaaa.. baik punya plan aku. Nak buat comparison punya pasal. Lepas ambil gambar, aku cakap dekat travel partner aku macam ni 'Aku rasa hang sesuai duduk dekat perkampunan ni'. Hahaha...
Gambar yang berjaya ditangkap oleh aku. Bukti yang menunjukkan penduduk sini kecil orannya. Hebat sangat travel partner aku berlakon. Pak cik- pak cik tu mesti tak dapat syak niat sebenar aku. Sibuk sangat bersembang. hahahaha..
Comel kan?
Kalau ada banyak masa, boleh spend lama sikit dekat sini. Sebab ada beberapa rumah yang boleh kita masuk dan lihat setiap ruang di dalamnya. Antaranya Wada House, Kanda House dan Nagase House. Usia rumah Wada lebih kurang 300 tahun. Selain daripada itu, terdapat juga kedai-kedai yang menjual souvenir, muzium dan restoran. Aku tak sure di bawah ni adalah gambar di dalam rumah Wada atau Kanda.
View dari tingkap rumah
On the way back to Takayama. Sampai Takayama, sempat rasa hot green tea. Yang ni sedap! Kami ambil peluang untuk round old town buat kali terakhir before berangkat ke Osaka.
Masuk kedai ni kejap sebelum balik guesthouse. Kedai ni jual fm berbentuk burung, kupu-kupu, kucing dan lain-lain. Semua ni hasil kerja tangan sendiri. Harga pun not bad. Bermula dengan 100 yen. Rambang mata nak pilih sebab cute sangat. Aku beli dua ketul burung bawak balik Malaysia.
Balik hostel terus ke dapur untuk lunch. Lebih kurang pukul 2.10 petang, kami bergerak ke Hida Hotel semula untuk balik ke Osaka. Kali ni, kami turun di Osaka memandangkan flight kami ke Korea esok paginya. Bas tiba tepat pada masanya pada pukul 2.40 petang. Hujan renyai-renyai sepanjang perjalanan. Hanya ada 4 penumpang di dalam bas. 2 penumpang yang lain turun di Kyoto. Sepanjang perjalanan, bus berhenti sekali je di hentian highway. Time ni lah, aku rasa teruja tahap jakun bila masuk toilet. Canggih sangat toilet dekat Jepun ni. Kebersihan memang tip top lah.
Finally, sampai juga kami di Osaka selepas menghabiskan masa selama 5 jam di dalam bas. Hari dah mulai gelap plus hujan lagi. Kami dah blur sebab tak tahu cara nak ke Kansai Airport. Lepas tanya itu ini, kami dapat info yang tiket bus ada di jual di Hankyu New Hotel. Lebih kurang 15-20 minit jugak lah kami berjalan tak tentu arah tujuan. Suddenly, ada yang baik hati tunjuk direction. Dalam sibuk promote kedai makan, pekerja tu sanggup guide kami ke destinasi. Thanks! Terus kami beli tiket bas one way di mesin tiket berharga 1550 yen. Sementara menunggu bas, kami buat decision nak round area situ dulu.
Layan street performance
Aktiviti seterusnya duduk melepak sambil melihat orang lalu lalang.
Then main benda alah ni demi mengimbau kenangan anak-anak 90an. 200 yen harga benda ni. Mahal! Sekali buka bola tu, dapat lah seekor kucing berkaki ikan.
Malam itu kami bermalam di terminal 2 Kansai airport. Alhamdulillah kali ini berjaya tidur dengan lena di atas kerusi panjang walaupun ada sekali dua terjaga disebabkan sekumpulan mamat Korea berbuat bising. Kenangan yang tak boleh dilupakan actually. As a backpacker, memang kena latih diri tidur di mana-mana sahaja.
Nantikan next entri di bumi Korea pula.
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment