Euro Trip 2016: (Day 1) London - Parliament House, Big Ben, London Eye & Trafalgar Square
Hi!
Dah dua bulan lebih baru ada masa dan ada mood nak cerita balik pengalaman aku ke Eropah tahun lepas. Aku sertakan sikit tiket-tiket yang aku beli sebelum memulakan pengembaraan ke sana. Seperti yang aku mention sebelum ni, trip aku bermula dari London-Paris-Brussels-Amsterdam dan berakhir di Istanbul selama 12 hari.
Tiket flight aku berharga RM1100++ one way dari KL-Hanoi-London. Tiket balik dari Ankara berharga RM800 naik Qatar Airways tapi transit kejap dekat Doha. Dari Istanbul-Ankara aku naik Pegasus Airline. Tiket berharga RM50 je. Murah kan? Then dari Amsterdam ke Istanbul aku naik Pegasus jugak. Tiket berharga RM220. Semua tiket aku beli direct melalui website airlines masing-masing kecuali tiket ke London je pakai Cheapflight kot kalau tak salah.
Manakala dari London-Paris-Brussels-Amsterdam aku naik OUIBUS. Total tiket bas sahaja EUR55. Lebih kurang RM261. So total harga tiket flight dan bas sahaja adalah sebanyak RM2531. Aku beli tiket bas tiga bulan sebelum pergi kalau tak salah. Boleh check price ticket melalui goeuro.com. Ramai yang cakap kalau beli awal lagi murah. Penginapan pulak aku booked melalui agoda dan booking.com. Pembayaran dibuat setibanya di sana.
Ntah macam mana boleh terfikir nak ke Eropah pun aku tak tau. My travel partner ajak, terus je on. Padahal duit agak sengkek jugak lah. Tapi traveller lain pernah kata, jangan fikir sangat. Book je tiket, lepas tu kompem jadi pergi. Gitueeee!!! Flight aku pukul 7.30 malam dari KLIA dan sampai di Hanoi pada pukul 9.45 malam. Perjalanan memakan masa hampir 3 jam. Makanan Vietnam Airlines so so je bagi aku. Hmmmm... Sampai je airport Hanoi, mencari-cari port nak solat. Lepas usha line, ternampak baby care room. Terus je menyelinap masuk dengan penuh keyakinan. Selesai tugas!
Aku ambil air sembahyang dekat toilet dan solat dekat baby care room dekat ruangan menunggu. Tapi lupa pintu gate berapa. Besar jugak lah bilik ni.
Melepak dekat aiport agak membosakan jugak lah. Flight pulak delayed. Pukul 12.50 pagi baru fly ke London. Perjalanan memakan masa selama 13 jam 15 minit. Waktu di London lambat 8 jam berbanding waktu di Malaysia. The best thing is, sepanjang berada dalam flight, hanya 1 jam lebih je aku berjaya melelapkan mata. Adoiiiii. Mamat Korea sebelah aku steady je lena. Dengan bau rokok+masam arak mungkin. Stress berganda. Ditambah lagi tak banyak movie dan lagu yang best boleh dilayan. Mati kutu jugak lah.
Finally, tiba jugak kami di Heathrow Airport, London. Fuiyooo, macam tak percaya kot. Walaupun tak la jakun sangat tapi rasa macam tak sangka jugak lah sebab berjaya sampai ke sini. Kami tiba pada pukul 7.20 pagi dan cuaca pada pagi itu lebih kurang 8 celcius. Then terus ke toilet untuk siapkan diri. Tak nak nampak busuk sangat. Hahaha.. Dah setel, kami ke kaunter untuk beli oyster card+map berharga 21 pound. Dari terminal 4, kami naik tube menuju ke Earl's Court dan naik train lagi menuju ke Bayswater.
Sepanjang di London, kami stay dekat Smart Hyde Hostel. Just 150 meter from tube station dan harganya agak murah berbading tempat penginapan yang lain. Sesuai sangat untuk backpacker macam kami ni. Kami stay dalam female dorm dan ada 5 bunk beds. Harga seorang untuk dua malam adalah 32 pound. Walaupun dorm sedikit sempit, tapi ok lah. Ada satu tandas dalam dorm. Senang nak mandi dan membuang. Cuma ada satu benda yang aku tak suka pasal hostel ni. Kalau nak mencari bilik dalam hostel ni agak mengelirukan tahap dewa. Berpeluh nak mencari. Sesuai sangat kalau nak main hyde and seek. Kitchen pulak bawah tanah.
Hostel yang kami stay selama berada di London
Kawasan luar hostel. Jalan terus depan tu dah Bayswater station. Memang dekat sangat lah.
Area luar Bayswater station. Nampak tak ada Tesco Express sebelah kanan tu. Just berhadapan station je.
Area Bayswater memang menjadi kawasan pilihan kebanyakan traveller dari Malaysia. Salah satu sebabnya terdapat banyak restoran halal area situ. Dekat area Bayswater aku jumpa 2 stores Tesco Express. Satu depan station Bayswater je dan kalau jalan depan sikit ada store Tesco Express yang besar sikit. Memang kalau masuk, jadi menggila tengok sebab banyak barang just berharga 1 pound.
Lepas mandi dan solat, kami naik tube ke Westminster. Cuaca agak cloudy dan tiada matahari. Exit je dari station, dah boleh nampak River Thames, Parliament House dan Big Ben. Big Ben adalah jam besar dekat tower tu dan beratnya melebihi 13 tonnes. Memang ramai giler manusia time tu. Nak ambil gambar pun susah daaa... Bila melalui jambatan dekat River Thames, kami terus menuju ke London Eye. Lepak kejap dekat situ sambil mencuci mata.
Dalam tube pun ada yang buat performace.
Penuh dengan manusia. Tak lupa banyak juga tahi burung area situ.
Parliament House and Big Ben
London Eye
Ada minah kaki terpelecok dekat London Eye. Kah kah kah
I love London taxi
Syok menyaksikan performace dekat Convent Garden. Lepas tu ketawa berjemaah.
Kemudian masing-masing mati kutu nak pergi mana. Ikut je kaki ni melangkah tanpa arah tujuan sehingga sampai tersesat di Trafalqar Square. Wow! Banyak giler street performances. Memang layan lah. Kalau nak ambil gambar dengan performer, boleh la hulur-hulur sikit. Tak kisah lah bagi banyak mana pun. Sempat juga aku dan Cik R ambil gambar dengan Yoda.
Poet with his poem
Hello Mr Yoda! Tak lepaskan peluang ambil gambar dengan Mr Yoda.
Mana bendera Malaysia?
Before balik hostel, kami sempat singgah ke Tesco Express nak beli air mineral. Makan maggi je malam tu. Masak dekat kitchen hostel. Jimat kan? Sebelum nak tidur tiba-tiba teringat, mana perginya London Bridge???? Seriously terlupa. Cepuk dahi!
salam..boleh tahu trip ni bulan brapa? tgh plan untuk autumn tp masih tercari cari tarikh
ReplyDeletenaiss nyer london..
ReplyDelete