Total Pageviews
Monday, 25 August 2014
Sunday, 17 August 2014
Merancang Budget Trip ke Kota Kinabalu
Kalau bercakap tentang Kota Kinabalu, benda pertama yang difikiran aku adalah Kundasang. Teringin sangat nak feeling-feeling sejuk ala-ala drama Deejavu di Kinabalu. Bertambah geram bila review blog-blog dan tengok gambar-gambar cantik yang berjaya diambil semasa di Kundasang. Arghhhhhhhh..... Dengar kata nak ke sana dari bandar Kota Kinabalu mengambil masa selama 2 jam lebih. Jauh jugak tu!
Selalu sesiapa yang ke Kota Kinabalu juga akan pergi ke Pulau Manukan dan pulau-pulau sekitar. Yang ni aku tak beberapa teruja sebab dekat Semporna ada berlambak-lambak pulau yang cantik-cantik seperti Pulau Mabul, Pulau Sipadan, Pulau Kapalai, Pulau Singamata dan banyak lagi. Tu pun aku tak terjah-terjah. Yang aku dah terjah Pulau Bum Bum je sebab dekat. Naik bot 5 minit dah sampai.. hahaha...Sekarang ni dah ketat sikit pengawalan di pulau-pulau dekat Semporna. Dorang dah lancar perintah berkurung dari pukul 6 petang sampai 6 pagi sebab ada kes pembunuhan kan hari tu. Tapi still je ada pelancong yang datang aku tengok. Pesan kawan aku yang merupakan salah seorang anggota polis di Semporna, katanya kalau boleh elakkan berkunjung ke pulau-pulau di Semporna ketika ini.
Walaupun pulau Bum Bum bukan tempat pelancongan, tapi airnya still crystal clear okeh. Cuma ada tak boleh mandi dan snorkeling je. Sangat tak digalakkan sama sekali sebab tutttt... hahaha.. Kalau nak mandi-manda bolehlah ke Tampi-Tampi. View memang awesome sangat!!! Meh aku tunjukkan semula gambar yang berjaya diambil di Pulau Bum Bum dan Tampi-Tampi.
Pulau Bum Bum
Tampi-Tampi
Di Kota Kinabalu juga ada Pasar Filipina dan Pasar Malam Kampung Air. Macam menarik sebab selama aku duduk dekat Semporna, aku tak pernah tengok kewujudan pasar malam di sini. Ke aku je yang tak perasan??? Dengarnya, peniaga-peniaga di Pasar Filipina kebanyakkan berasal dari Filipina. Kat sini kita boleh beli mutiara, amplang, dan makanan-makanan laut yang dibakar etc... Dengar macam lazat bukan??? Mutiara dan amplang aku tolak tepi sebab tak menarik! Dah biasa sangat tengok dan amplang pun dibuat di Tawau. Dekat dengan Semporna je. So, makanan-makanan laut yang dibakar etc perlu diambil perhatian. hahahaha.. Sebenarnya aku pun dah lali dengan makanan laut sebab dekat Semporna juga banyak. Terlampau banyak dan murah maybe! Cuma di Semporna makanan laut ini lebih popular di jual di pasar basah dan bukannya dijual dalam bentuk hidangan yang siap dimasak.
Ada banyak lagi tempat-tempat menarik di Kota Kinabalu seperti Kinabalu Park, Tanjung Lipat, Jambatan Tamparuli dan Poring Hot Spring, Ranau. Persoalannya sekarang adalah bagaimana nak cover tempat-tempat menarik kalau budget hanya ciput? Kasihan bukan?hahahaha.. Budget aku hanya RM500. Lepas ditolak dengan kos flight yang RM130 jadinya baki hanya tinggal RM370. So, aku nak minta tolong sesiapa sahaja yang berpengalaman ke Kota Kinabalu untuk membantu aku merancang itinerary selama 4 hari 3 malam yang hanya memakan kos sebanyak RM370. Untuk pengetahuan uolls, aku ke sana bulan hadapan bersama seorang lagi kawan aku. Tema trip ini adalah berjalan selagi boleh asalkan menjimatkan. Panjang bebenor tema trip aku!hahahaha...
Jom bantu saya!!!!
Friday, 8 August 2014
Fated To Love You
Anyohaseyo.....
Kunun-kunun nak ambil feel la sebab tak lama lagi nak pergi Korea Selatannnn.. Cehhhh!!!!!!! hahaha.. Padahal satu habuk aku tak prepare. Eh, jap. Haritu aku ada beli sport shoes sebab ada sale. So aku jadikan dia as kasut untuk aku travel waktu musim sejuk nanti. Tak kuasa aku nak pakai kasut bulu-bulu bagai. Tak sesuai sangat bagi aku yang nak travel secara backpack ni. Kang sakit kaki terus menyesal tak sudah. Kalau pakai sport shoes lebih selesa dan sekurang-sekurangnya kalau tertinggal train, aku boleh la berlari ala-ala Usain Bolt. Boleh percaya ker uolls??? Cousin aku pernah stay dekat Korea selama setahun dan dia pun suggest aku pakai sport shoes je. Cadangan diterima!
Fated to love you.. Ditakdirkan untuk mencintaimu.. Amboi, jiwang kemain.. Heyyy, ni tajuk drama korea terbaru yang aku tengok okeh. Sekarang tengah layan dekat youtube. Boleh gak tonton dekat gooddrama. Kalau la ada readers yang terbaca entri ni, aku nak suggest korang tengok drama ni. Sekarang drama ni memang sedang ditayangkan di Korea Selatan. So, everyweek aku akan update nak tengok episod terbaru. Aku ingat dulu-dulu time form 4, first vcd korean drama yang aku beli adalah Successful Story of a Bright Girl lakonan Jang Hyuk dan Jang Nara. Semangat gilo sebab time tu drama korea tengah nak naik. Vcd tu sampai sekarang masih ada elok je kat umah aku. Nak jadikan cerita, sekali tu kawan aku promote drama terbaru korea di fb. Rupa-rupanya drama terbaru tu adalah gandingan semula Jang Nara dan Jang Hyuk selepas 12 tahun. Aku apa lagi, terus pergi search dan tonton. Deabakkk!!!!
Apa yang aku boleh komen, gandingan Jang Hyuk dan Jang Nara semakin mantap. Ada chemistry ala-ala Indah Harlina dan Tajul Razin. Nak jugak menyelit nama dorang. hahaha.. Tengok gambar di atas, nampak tak perbezaan wajah dulu dan sekarang? Jang Nara dah 33 tahun kot tapi aku rasa dia tertukar umur dengan aku la.. Awet muda sangat!
Aku rasa blog ni semakin ke laut dah sekarang.. Dah jadi blog review drama-drama pulak. Maklong lah, dah lama tak berkesempatan nak travel. Sebab tu jadi ndak betul sudah bha...hahahaha.. Ok bye! Selamat Menonton!
#Bahasa Sabah: Ndak = Tidak
Monday, 4 August 2014
Bukit Gantang
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin untuk semua readers.
Lama bebenor dah rasanya aku tak update blog. Macam mana dengan sambutan hari raya korang?meriah?so so?atau tak best? Aku as usual setiap tahun akan balik ke kampung halaman mak aku di Bukit Gantang, Perak. Ada apa yang menarik dengan Bukit Gantang?Meh aku nak stori sket. Begini ceritanya.....
Suasana Bukit Gantang pada aku sangat nyaman, sejuk dan mendamaikan. Kawasannya dikelilingi dengan bukit. Kalau korang melalui highway area Bukit Gantang menuju ke selatan, cuba toleh ke sebelah kiri anda. Anda akan dapat lihat ada rumah-rumah kampung tepi jalan raya. Haaaa.. kat area situ la area kampung mak aku. Dulu asalnya saudara mara aku ada yang duduk di Bukit Berapit (atas sikit dari Bukit Gantang) tapi kerajaan dah beli tanah area situ untuk buat landasan keretapi. Habis sungai semua kena tambak.. Teringat memori kecik-kecik dulu. Selalu je aku dan kazen aku mandi bog*l dekat sungai.hahaha... Sekarang kalau lalu area situ, dah boleh nampak yang ada hanya landasan keretapi. Sedih ok!
Meh nak stori lagi.. Kalau dulu kan, setiap kali raya mesti ada je kemalangan atas highway. Kami yang duduk area kampung kat area bawah boleh dengar dan lihat apa yang terjadi. Rasa macam dah lali pun ada.. Pernah sekali tu aku pergi tengok dengan mata sendiri. Agak scaryyy.. Kata mak saudara aku, area kawasan sini keras sikit. Macam misteri je bunyiknya kan?kan?kan? Ingat lagi tak kejadian bas konsortium yang terjatuh dekat Bukit Gantang dulu? Kalau tak salah aku 40 lebih kot penumpang yang meninggal. Lokasi bas tu jatuh dekat sangat-sangat je dengan kampung mak aku. Lepas kemalangan, lalu area situ boleh nampak ada alatan-alatan orang guna untuk aktiviti pemujaan. Siot je. Sekali tu, aku tunggang motorsikal dengan kazen aku dalam pukul 10-11 malam macam tu. Lalu pulak area situ, mak aiiiii.... seramnya.... Ni kalau aku tulis novel seram confirm jadi best seller punya!hahahaha...
Bukit Gantang juga femes dengan buah-buahan seperti durian dan lain-lain. Durian dari Bukit Gantang not bad jugak lah! Aku tak pernah beli pun sebab selama ni makan free je sebab ambil dari kebun sendiri kan. So, gulai dan sambal tempoyak telah menjadi makanan kegemaran atau tradisi saudara mara sebelah mak aku yang hampir kesemuanya menetap di Perak. Buktinya baru-baru ni 3 buah rumah saudara aku buat open house. Tiga-tiga buah rumah hidang nasi beserta gulai tempoyak. Perhhhhh!!!! terangkat habaq hang! (haters tempoyak pasti merasakan statement aku ni sangat men'jelek'kan). Sesiapa yang nak cuba durian made in Bukit Gantang, boleh la terjah hentian R&R Bukit Gantang ye..
Disebabkan saudara mara aku kebanyakkan menetap di area Kamunting, Bukit Gantang dan sewaktu dengannya, maka sambutan hari raya setiap tahun adalah amat menyeronokkan. Moment paling best bila saudara mara berkumpul beramai-ramai dan akan ada cerita-cerita lama yang berjaya dikorek dan dikongsi bersama. Tidak semua ibu bapa gemar berkongsi kisah mereka semasa era kanak-kanak dulu sehingga kini. Pada aku, adalah penting untuk ibu bapa berbuat sedemikian. Atleast anak-anak tahu sejarah atau latar belakang keluarga ibu bapa mereka. Cerita-cerita yang aku berjaya korek ni akan aku ceritakan kepada anak cucu aku kelak.
Sampai sini jela cerita memori Bukit Gantang.. Pernah main meriam? So aku nak hadiahkan satu gambar meriam yang diambil oleh abang pada tahun 2011 sewaktu kami menyambut lebaran di Bukit Gantang. Selamat hari raya dan selamat kembali bekerja!
#Mercun pop-pop pun aku takut apatah lagi meriam... Aishhhhh
Friday, 18 July 2014
Ramadhan 2014
Assalamualaikum
Kurang dari 7 hari lagi aku akan fly untuk balik ke kampung. Excitednya wehhhhhh.... Perasaannya tak dapat diungkap dengan kata-kata. Sebenarnya excited lebih nak jumpa family dan sambut ramadhan di kampung halaman. Semenjak duduk oversea ni (cehhh), keterujaan untuk balik kampung bertambah 57.9%. Camno persediaan hari raya??? Hmmm.. Satu habuk aku tak prepare. Sedih tau sebab dah beberapa tahun aku tak jejak jalan TAR. Sesi luahan perasaan yang tidak berkesudahan sejak 2012 lagi.hahahaha.. Maka, aku pakai je la mana-mana baju yang ada.
Aku nak stori sikit pasal pengalaman berpuasa di Semporna. Puasa di Semporna ni so so je.. Feel kurang sikit. Pasar Ramadhan pun tak semeriah macam dekat semenanjung. Hari-hari aku dan Puan L masak kat rumah je (confirm bangga mak aku bila dengar aku dah ada improvement dalam bidang masak-memasak ni..kih..kih..kih..). Hari ni masak rendang ayam, besok sambal sotong, lusa ketam masak lemak, tulat ikan putih masak stim dan minggu berikutnya dah blur nak masak apa. Tapi part paling best time bukak puasa memang awal. Terbaikkkk sangat!!! Pukul 6.24 aku dah santap menyantap. Memang tak terasa sangat letih puasa time bekerja.
Budak-budak pulak time bulan puasa ni lembik semacam je. Nak buka mulut pun malas. Kalau dulu budaknya asyik pot pet pot pet tapi kali ni diam semacam je. Kamu ni dah kenapa?, tanya aku. Balas pelajar tu, letih puasa cikgu! Aku reply balik, baru pukul 9.30 pagi sudah letih ka?Ishhhhh.... Tapi paling best ada pelajar tanya soalan berapi dekat kawan aku. hahaha.. Kawan aku ni suaranya memang tip top kalau mengajar. Kalau korang duduk dekat blok lain pun boleh dengar dengan clear kawan aku ni punya suara. Suatu hari tu tengah best dia mengajar ada seorang pelajar tegur macam ni. Cikgu, cikgu ndak puasa ka??? Panas hati kawan aku dengar sebabnya dorang budget cikgu dorang ni tak puasa sebab mampu bercakap kuat tak henti-henti. Bulan puasa ni juga tak boleh nak lari daripada adegan makcik Bedah marah anak tirinya. Sabo jelah.. Kalau dulu bila aku ajar menyayi lagu Inggeris, kemain bersemangat mereka menyayi. Time bulan puasa ni, sayup-sayup je kedengaran suara mereka menyayi. Bila suruh baca apa-apa artikel, ndak dengar bha suaranya. Suara aku ni berganda lagi kuat kot!
Bulan puasa ni juga macam-macam dugaan yang rakyat Malaysia terima terima. Yang pertama mengenai kes pembunuhan seorang anggota polis marin di Pulau Mabul. Cikgu-cikgu yang mengajar di Semporna ni dah mula sedikit risau termasuk aku. Minta tragedi berdarah di Semporna tahun lepas tidak berulang lagi. Tahun lepas, sekolah-sekolah di Semporna ditutup hampir seminggu ketika insiden terjadi. Hasil daripada perjumpaan pengetua-pengetua sekolah dengan pihak polis Semporna, keadaan di sini dikhabarkan masih dalam keadaan terkawal. Dan yang terbaru, kita digemparkan lagi dengan berita pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine. Bertalu-talu dugaan melanda rakyat Malaysia. Tidak habis lagi kesedihan berhubung kehilangan MH370, kita selagi lagi diuji sekali lagi di bulan yang penuh keberkatan. Penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin juga tidak harus kita lupa :( .
#Al-Fatihah untuk mangsa-mangsa yang beragama Islam.
Saturday, 28 June 2014
Salam Ramadhan
Salam Ramadhan untuk semua readers beragama Islam.
Dah bertahun-tahun aku berpuasa di perantauan tapi ini kali pertama berpuasa di Semporna, Sabah. Feel memang lain macam!
Apa-apa pun Rukun Islam ini tetap perlu ditunaikan sebaik mungkin.
Selamat berpuasa!!!
Monday, 23 June 2014
Demi Indah & Razin, Aku Relakan....
Hew hew hew... Kemain gempak tajuk entri aku kan uolls.. hahahaha.. Sejujurnya aku agak histeria dengan drama terbaru TV3 yang hangat sekarang ni. Aku ni kategori penonton drama yang suam suam kuku. Aku akan memilih drama tertentu je untuk ditonton. Rasanya last drama yang aku follow adalah Love You Mr Arrogant.
Berdasarkan pemerhatian aku, penonton Malaysia memang suka menonton drama genre romantik komedi ala-ala Sebenarnya Saya Isteri Dia, Love You Mr Arrogant etc. Ada jugak yang mengeji drama melayu yang gemar mengolah semula cerita berdasarkan novel-novel cinta yang berada pasaran. Kata mereka, drama di Malaysia macam tiada peningkatan je. Whatever lah kan.. Pendapat masing-masing. Pada aku, aku mempunyai alasan tersendiri kenapa aku masih menonton drama-drama genre sebegini.
Sebab pertama, aku wanita bekerjaya. Curlass ko ayat 'bekerjaya' tu!hahaha.. Kadang-kadang rasa tension dan stress sangat-sangat. Takkan balik kerja nak suruh aku mengadap drama seram mahupun drama ber'genre' agak 'berat' yang memerlukan aku berfikir secara kritis? Hmmmm.. Tak nak lah aku! Bertambah stress nanti.. Kang silap-silap check in kat Tanjung Rambutan pulak.
Korang yang tengok drama macam ni mesti suka berangan kan??? Hey common la uolls.. Umur-umur wanita macam aku ni tiada masa nak berangan nak dapat suami perfect macam Tengku Razin tu. Rasa dalam dunia ni 0.0000005% je yang mempunyai ciri-ciri macam Tengku Razin. Aku just nak nyatakan yang penonton drama melayu sekarang ni not bad ok! Boleh fikir semua tu rekaan semata-mata. Tapi ada jugak elemen-elemen yang ditonjolkan dalam drama melayu sekarang masih wujud di alam yang nyata ok. Sekurang-kurangya pada aku drama melayu berganda lebih baik dan logik daripada drama Indonesia yang tak habis-habis dengan adegan juling biji mata plus sound effect yang mengarut. Nak tambah, drama Latin yang beratus-ratus episod sampai makan masa lebih setahun tu pun dua kali lima jugak.
Dah baca novel, takkan nak tengok cerita yang sama lagi di televisyen? Sorry, I bukan peminat novel cinta yer. Ombak Rindu, Wedding Breaker, Ku Kunci Hatimu di Laciku (contoh rekaan) mahupun Cinta Hingga Ke Liang Lahad (juga contoh rekaan semata-mata) tidak pernah ku beli mahupun ku baca. So, tak salahkan aku menonton drama melayu demi menghilangkan rasa bosan? hew hew hew.. Lagipun, hasil lakonan dalam drama mesti berbeza apa yang ada dalam novel. Kalau korang tengok KTAR, ada satu babak Indah bercakap seorang diri bagaimana dia nak berjogging tapi kelihatan cantik (sambil buat gaya sedang berjogging). Agak-agak dalam novel ada tulis tak ek babak ni???
| sampai tersembur-sembur nasi ko, Indah! |
Mutu lakonan setiap pelakon dalam KTAR sangat mantap! Actually aku perasan la si Izreen ni memang pandai berlakon. Tak sangka dalam drama ni, lakonan dia nampak so natural. Paling best, aku tak kenal pun hero KTAR. Pernah tengok mamat tu tapi tak pernah ambil port nama sebenar dia. Satu habuk drama dia pun aku tak pernah nengok. So bila nampak si Izreen berlakon, aku layankan jelah.. Dah tengok 3,4 episod, terasa la si mamat tu@Amar Baharin boleh berlakon watak Tajul Razin dengan baik. Pelakon extra yang lain pun curlas sangat-sangat. Rasa nak tampor-tampor je muka watak antagonis dalam drama KTAR.
Kata haters drama melayu, drama melayu ni asyik-asyik sama je.. Laki kaya kahwin dengan perempuan miskin. Lepas tu ada masalah rumah tangga disebabkan oleh orang ketiga tapi at last mereka bahagia jua.. Biasa la kan, cerita pusing-pusing tang tu jugak lah.. Kalau tak, masakan omputih asyik dok olah berkali-kali cerita Snow White, Cinderella, Beauty and The Beast etc hingga kini. Cuba korang search ada berapa banyakkah filem atau drama omputih yang mempunyai jalan cerita yang hampir sama. Banyak kan? Bukan filem atau drama omputih je tapi drama korea pun aku prasan pusing-pusing tang tu je jalan ceritanya. huhuhu.. Ingat lagi kata-kata lecturer aku semasa blajo di Uitm. Katanya, tak semua filem/drama omputih tu gempak. Bersepah-sepah je filem/drama dorang yang mengarut gak. Tak yah bagi contoh pun korang dah tau kan?kan? :)
Akhir kata tepuk dada tanya selera.. Kalau rasa nak release tension tontonlah drama atau filem komedi agar kepala anda tak diseliputi masalah yang tebal. Kalau rasa nak layan yang ber'genre' berat, ambil remote control terus tekan channel. Tak susah kan? Selamat Menonton!
#Gambar-gambar di atas adalah belas ihsan Mak Cik Google
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)






