Hari Guru 2014 Part 2
Semua paper budak aku dah setel tanda.. Fuhhhhhh!!! Lega habaq hang! boleh la aku balik semenanjung dalam keadaan yang tenang. Siap dah key in dalam SAPS. Jangan jeles cikgu-cikgu yang tak setel tanda lagi.hahahaha.. (gelak jahat)
Berbalik pada kejadian hari guru 2014. Sekolah kami telah menyambut hari guru pada hari jumaat baru-baru ni. Hari khamis malam sebelum tu, kawan aku plan buat bbq dekat sekolah. Hidup aku dengan makanan memang tak boleh dipisahkan sejak duduk Semporna ni. hew hew hew.. So, pukul 7 malam, kami gerak ke sekolah untuk sediakan apa yang patut. Terima kasih kepada pak guard dan mak guard yang menjadi tukang bakar ayam. Lepas tu, turn budak-budak asrama plak yang bakar. Cikgu-cikgu tolong makan je... :)
Rasa nak imbas kembali pengalaman sambutan hari guru pada tahun 2010, 2011 dan 2013. Berdasarkan pengalaman aku mengajar selama 2 tahun di salah sebuah sekolah di ibu kota (2010-2011), sambutan hari guru di sana disambut dengan meriah. Hari guru menjadi hari di mana guru-guru menunjukkan bakat masing-masing untuk meghiburkan pelajar-pelajar. Time ni lah kita dapat saksikan pelajar-pelajar bergelak ketawa menyaksikan gelagat guru mereka. Ada yang menari, menyanyi, berlakon dan lain-lain. Cikgu-cikgu memang sporting! Tahun 2011 aku juga terlibatkan menjayakan sketsa lakonan+nyanyian dengan guru-guru baru yang lain. Ingat lagi time ni aku terlupa skrip. Dengan yakinnya, aku menyanyi ikut skrip aku sendiri. hahahaha.. Ini antara pengalaman yang masih dalam ingatan sehingga kini.
Tahun 2013 pula adalah tahun di mana aku menjalani latihan praktikal di Putrajaya. Tema hari guru time tu adalah Arabian. Tahun ni jugalah first time aku menyayi dengan live band. Kata pelajar aku, bila lagi cikgu nak tinggalkan kenangan di sini. Ok fine, aku sahut cabaran! Lagu pilihan, Cant Take My Eyes Of You. Memang aku tak sempat nak praktis pun dan ini pertama kali aku menyayi dengan live band. Susah! Akibatnya nyayian hancur! Ngeri rasa.. Malu aku tengok video nyayian aku sendiri. Kah kah kah... Apa-apa pun, semua tu menjadi kenangan yang akan tersemat dalam ingatan sampai bila-bila. Sekurang-kurangnya niat nak hiburkan pelajar dah berjaya. Hehehehe...
Bagaimana pula sambutan hari guru di Semporna? Kata cikgu di sini, sambutan hari guru di
sini tidak lah meriah seperti sekolah-sekolah di semenanjung. hmmmm.. Pada aku sambutan di sini masih lagi meriah dengan aktiviti permainan yang diadakan. Antara permainan yang diadakan adalah kembar siam mengupas bawang, musang berjanggut dan acara menghias pelajar menggunakan kertas. Guru-guru juga sangat sporting! Tak menahan aku ketawa tengok kembar tak seberapa nak iras berlari seiringan. Bahagian persembahan dikuasai sepenuhnya oleh pelajar-pelajar. Jom kita layan gambar-gambar sepanjang hari guru yang bertemakan warna oren.
Part kemuncak adalah penganugerahan kepada guru-guru. Antara anugerah yang diberikan adalah guru paling aktif, guru paling komited, guru paling dedikasi, guru paling prihatin dan guru paling popular. Undian dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah. Kemain kami bersorak bila melihat rakan-rakan seangkatan yang baru sahaja berkhidmat tak sampai 5 bulan memenangi anugerah. Tiba anugerah guru paling prihatin, aku langsung tak sangka yang aku berjaya mendapat undian paling tertinggi. Memang sentap kot time tu! Dalam hati tertanya-tanya ada juga pelajar-pelajar yang mengundi aku yang tak sampai 5 bulan kot berkhidmat. hahaha... Walaupun anugerah ini tak sehebat Oscar mahupun Anugerah Bintang Popular, aku akan jadikannya sebagai pemangkin untuk terus memberi khidmat bakti dengan sebaik mungkin.
#Ucapan-ucapan ikhlas seperti selamat hari guru dan terima kasih cikgu adalah hadiah paling terbaik yang saya terima sepanjang bergelar seorang guru. Touched!
No comments:
Post a Comment