Total Pageviews

Tuesday, 13 May 2014

Regatta Lepa 2014

Salam uolls... 

 

Dah lama kan i tak ke udara??? Busy dengan peperiksaan pertengahan tahun plus tiada entri menarik yang nak di share. Sebenarnya dulu plan nak update entri  pasal pengalaman ke festival orang bajau dekat Semporna yang dikenali sebagai Regatta Lepa. Malangnya time tu aku ke Tawau. Hmmm.. Kasihan bha dengan students aku yang beriya-iya ajak aku join mereka ke sana. It's ok. Next year ada lagi kan... So, aku sertakan sikit gambar-gambar yang di ambil oleh rakan sekerja sepanjang festival berlangsug. Dah mintak izin sama dia okeh! hew hew hew...

 

Untuk pengetahuan semua, Regatta Lepa ni memang setiap tahun disambut oleh orang bajau di Semporna. Beberapa hari sebelum festival berlangsung, sambu layang seperti bendera ala-ala sotong berwarni-warni tu akan dipasang di sepanjang jalan atau kampung. Kalau ditiup angin, memang nampak macam sotong kurita yang sedang menari-nari gitueww.. Mantap kan penerangan aku? Walaupun ada di antara korang tak pernah tengok in real life, mesti korang boleh dapat bayangkan daripada penerangan tadi  kan?kan?kan?

 

 

Ni dia sotong yang menari-nari yang dijumpai sepanjang perjalanan ke Tawau

 



 

 

 

Hasil risikan, Regatta Lepa ni sudah berlangsung selama 21 tahun sejak dari tahun 1993 lagi. Lama bukan? Memang festival ni ditunggu-tunggu oleh rakyat Semporna. Banyak gerai yang dibuka, persembahan nyayian artis-artis dan yang part paling menarik adalah pertunjukkan bot yang dihias cantik. Dengar cerita, di atas bot akan ada penari lelaki dan perempuan menari tarian mengalai yang merupakan tarian suku kaum bajau. 

 

 





 

 

 

Itu sahaja coretan kali ini.Terima kasih atas sumbangan gambar! Kalau nak tengok banyak lagi gambar-gambar menarik Semporna, boleh terjah fb Nazekha Kanasidena. Harap tahun depan dapatlah join Regatta Lepa edisi 2015. Insyaallah, next nak update pasal hari guru 2014.

 


Kami guru Malaysia, 

Berikrar dan berjanji,

Bla...bla...bla.....

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pergi Giant nampak radio ni.. Terus beli sebab senang nak ajar budak praktis menyayi lagu untuk pertandingan nyayian Bahasa Inggeris peringkat Semporna nanti. Mari berusaha!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

#Menghitung hari nak balik kampung cuti pertengahan tahun yang bakal menjelang tiba.

No comments:

Post a Comment