Japan-Korea Trip Day 7: Ihwa Mural Village & Nami Island
Assalamualaikum.
Anyeohaseyo.
Hi!
Tak sabar nak habiskan lagi satu, dua entri. Then, boleh fokus pada trip early December nanti. This trip will be the longest trip so far. Tak sabar!!!!
Awal pagi hari ke-7, kami plan nak ke Ihwa Mural Village memandangkan lokasi ini berdekatan sahaja dengan tempat penginapan kami di Hyehwa. Kalau dari Hyehwa station, keluar Exit 2. Ini adalah kali kedua aku ke sini. Tempat ini adalah one of my favourite places selain Nami Island. Dulu aku ambil Exit 1. Jauh kena menapak. Better ambil Exit 2 demi kesejahteraan kaki anda. Gambar di bawah cuma sebahagian daripada gambar yang diambil. Yang lain tu boleh tengok di entri A Winter Story: Korea Trip Day 5 - Street Art Ihwadong .
Akibat kebosanan menunggu lelaki dua orang tu, terpaksa lah cari idea untuk menghilangkan kebosanan melampau. Maka, terhasil lah gambar lakonan tak seberapa menjadi ini.
Kalau ambil exit 2, jalan ke depan sikit then nampak signboard di atas. Teruskan berjalan dan anda akan dapat melihat banyak mural art yang cantik dan kreatif.
Elephant!!!!
Memandangkan hari ini adalah Christmas Day, banyak lah Korean keluar berjalan memenuhi kawasan tumpuan pelancong termasuklah di Ihwa Mural Village. Kemudian nampak geng gadis remaja berlima di atas. Kami tawar diri ambil gambar mereka. Agak-agak berapa umur mereka ni? Lepas ditanya, rupa-rupanya baru 14 tahun. Tapi dah terror pakai foundation dan lipstick merah menyala okeh. Aku umur 14 tahun satu muka penuh jerawat plus sunburn tahap kritikal. Steady je keluar rumah belemoih pakai tudung senget-senget. Remaja sekarang memang advanced.
Pernah tengok 2 Days 1 Night Season 3 episode Teacher All-Stars? Dalam reality show tu, salah seorang cikgu ada cerita tentang masalah melibatkan pelajar perempuan di sekolahnya yang suka memakai makeup di sekolah. Memang di sekolah tak membenarkan pelajar pakai makeup pun. So guru perempuan memang dah sediakan cleanser dan arahkan mereka ini mencuci muka masing-masing. Bukan student dia je kuat makeup, student aku pun 2X5. Tengah perhimpunan boleh dia sapu lip gloss sambil tengok cermin. Aku perhatikan je dari jauh. Aleh-aleh terperanjat tengok aku ada depan dia. Be careful ye students. Anda sedang diperhatikan!(sambil bagi jelingan maut) Hahaha.
Antara famous arts di Ihwa Mural Village. Kalau nak ambil gambar terpaksa beratur .
I came back after a year and found my handwriting is still there. Terkilan tak bawak marker pen untuk update kedatangan aku selepas setahun di Ihwa Mural Village. Amalan meconteng di Korea adalah sebahagian dari art kot. Merata-rata tempat ada kesan conteng sampaikan dekat bangunan KBS pun tak terkecuali. Try buat dekat bangunan Sri Pentas TV3. Silap haribulan jadi viral dan masuk TV3 free!
Tak senonoh lelaki dua orang ni. Ada je idea mengarut bikin orang ketawa.
Next destination is Nami Island. Memang rugi kalau datang Korea tapi tak terjah Nami Island sebab view Nami Island memang amazing. Kalau boleh nak terjah setiap seasons tapi kekangan cuti menjadi penghalang utama. Memang impian nak datang Nami Island ketika salji penuh menutupi bumi. Malangnya impian belum kesampaian lagi. Mungkin the best month is in January. Walaupun kali kedua ke sini, tapi tetap pening dengan train nak ke Gapyeong. Perjalanan memakan masa selama satu jam. Dalam train memang seat full. Kami dengan penuh keyakinan duduk bersila atas lantai je.
Dari Gapyeong station, kami ambil bas untuk ke Nami Island. Ada dua station bas di luar station Gapyeong. Yang menghala ke Nami adalah station bas di seberang jalan. Anda perlu melintas ke seberang jalan untuk ke sana. Masa ni ramainya manusia beratur nak naik bas. Hampir majoriti bersama pasangan masing-masing. Sambil menunggu, kami makan dulu bekalan roti yang ditapau. Harga sehala menaiki bas ke Nami Island adalah 1000 won.
Tiket ke Nami Island masih sama harganya iaitu 8000 won.
Crowded
Tiba-tiba nampak orang tengah shooting. Dari jauh nampak macam budak perempuan dengan lelaki dewasa. Terus usha dengan lebih dekat. Rupa-rupanya, Choo Sarang!!!!!!!!!!. Mereka tengah shoot The Return of Superman. Tapi bila tengok episode ni dalam tv, part dekat Nami Island pendek je. Banyak yang dah di cut.
Choo Sarang nampak tak selesa dengan orang ramai. Ada sekali tu nampak dia nangis tapi berjaya ditenteramkan oleh ayahnya. Bagi yang tak pernah menonton The Return of Superman, boleh lah layan di youtube or 391 (KBS World). Choo Sarang ni antara anak celebrity yang agak popular di Korea dan Jepun. Tapi sekarang Choo Sarang dan ayahnya dah out dari rancangan tu.
Kali ni datang Nami ada beberapa snowman siap dengan baju traditional negara masing-masing. Yang paling kiri tu, snowman Malaysia.
Baru jalan sekejap, dah lapar. Terus kami ke restoran Asian Cuisine. Restoran ni serve menu halal. So, dont worry. Walaupun kali kedua ke Nami Island, aku tak terasa lagi nak makan nasi goncang. Nampak macam so so je nasi goncang yang sering dihebohkan dalam blog tu. Sedap ke tak?
Menu di atas always be my favourite kalau ke Nami Island. Rice with spicy stir-fried octopus and vegetables. Kawan aku yang lagi tiga tu order yang with grilled chicken. Pada aku, Korea octopus tetap the best. Terus terliur.
This is mine!
Kali ni datang Korea aku tak beli banyak souvenir sebab dah banyak membeli masa trip lepas. Just beli fm di Nami Island sebab ada tulisan Nami Island walaupun harga boleh tahan mahal. Masa aku pergi tahun 2014, 1000 won lebih kurang RM 3.20. Trip kali ni, selepas setahun 1000 won bersamaan RM 3.80.
Make your wish
Hari dah mulai gelap. So, kami plan nak ke Myeondong pula. Masa tunggu train dekat Gapyeong station, kawan aku yang pakai cap tu hilang. Kami ingatkan dia main-main je. Puas kami bertiga mencari satu station. Nak dijadikan cerita, kami kena tukar train di Dongdaemun station nak ke Myeongdong. Aku dan Cik Y, nak ke tandas. On the way nak ke tandas, ternampak mamat tu. Hahaha... Macam tak sangka boleh jumpa dekat Dongdaemun station. Nasib terasa nak ke tandas. Kalau terus ke Myeongdong, memang tak jumpa dah mamat tu. Kami ada tanya, macam mana dia boleh hilang. Katanya, dia slumber je naik train tanpa sedar sebab terlalu mengantuk.
Dekat Myeongdong ni lah kami berjaya menyaksikan snow fall. Tengah sibuk berjalan, aku perasan benda putih atas winter coat aku. Aku ingatkan taik burung. Bila pandang langit, taraaaaa.................... Dah ada tanda-tanda snow nak turun. Terus berdoa dengan harapan snow semakin lebat dan lebat.
Masa nampak langit time ni, terasa sangat teruja. Speechless.
Tunggu snow sambil makan odeng dan tteokbokki tepi kaki lima. Memang terbaik tteokbokki dan odeng mak cik ni. Spicy! Sampai aku repeat beli next day. Sebekas ni kalau tak salah 2000 won.
Goguma
Salji semakin lebat
Kami balik ke hostel pukul 12 malam lebih. Naik taxi sebab train dan bus dah nan hado. Puncanya kami boleh marathon ke tandas dekat Myeongdong station sebab sakit perut. Naik taxi dari Myeongdong ke Hyehwa kena lebih kurang 20000 won. Mahal gila tapi terpaksa. Tak kan nak jalan kaki tengah malam sambil menyaksikan snow fall.
Hari ni merupakan hari terakhir kami berempat. Esoknya kawan lelaki aku akan ke Ho Chi Minh pulak. Aku dan Cik Y akan meneruskan misi ke local university.
Bye!
No comments:
Post a Comment