Total Pageviews

Saturday, 5 November 2016

Japan-Korea Trip Day 8: Ehwa Womans and Yonsei University, Insadong & Eid Restaurant, Itaewon

Hi.. 

Its November already.


Dah tak lama dah for the next trip. Its Euro Trip. Me and my friend, Rheitta will cover London, Paris, Brussels, Amsterdam and Istanbul. Excited but a little bit nervous juga sebab sering dijaja dengan kes pick pocket di Paris. Hopefully our trip will be ok. Itinerary dah 90% siap! Pakaian, budget dan makanan pun dah list down dalam kepala otak sikit-sikit. Hahaha... Winter coat aku beli dekat Lazada je sebab murah. Quality pun not bad! Boleh lah korang usha. Just barang take time sikit untuk sampai sebab barang dari oversea. We try to do this trip not over than 6k including transportation (flight, bus, train), accommodation, makan, and last but not least shopping sikit!!! Insyaallah. 


Sebelum tu, kena habiskan entry yang tertunggak. Untuk hari ketiga di Korea, aku plan nak terjah university dekat Korea. So, Ehwa Womans dan Yonsei University menjadi pilihan sebab kedua-dua university ni tak jauh antara satu dengan lain. After breakfast, terus kami gerak ke sana dan turun di stesen Ehwa Womans University. Then ikut je direction yang ada. Maka sampai lah kami ke university yang agak special sebab pelajarnya hanya wanita sahaja. Boys out there, boleh lah anda cuci mata.



Di bawah ni adalah sebahagian gambar di Ehwa Womans University. Aku just cover sebahagian area sana je.





Pintu masuk utama






Sisa salji yang turun semalam







Yang berkaca di antara kiri dan kanan lorong di atas tu adalah perpustakaan. Unik kan? Sewaktu lalu antara lorong tu, boleh nampak deretan rak-rak buku melalui cermin kaca tu.





Terserempak dengan cikgu dengan anak murid datang buat lawatan ke sana. Deabak! At young age tapi dah didedahkan tentang kewujudan university. Aku dulu masa sekolah rendah tak tau pun university tu apo ko bendo ni eh. Hahaha... Kalau buat lawatan pun setakat lawatan ke muzium gitu je. 


Next, kami terjah Yonsei University pula. Actually, cousin aku study dekat sini dulu. Aku ada nampak dia post gambar area situ yang cantik giler especially time snow turun dengan lebatnya. Maka, memang tak lepaskan peluang lah. Nak ke Yonsei University, boleh turun di Sichon station (line hijau). Sichon dan Ehwa Womans University station berdekatan je. Tapi disebabkan malas nak menapak tanpa direction yang jelas, kami decided untuk naik train je. Then ambil exit 2. Area sini agak happening jugak lah. Banyak deretan kedai yang unik-unik sepanjang jalan menuju ke Yonsei University.






Ada sesiapa hilang piano? 





Nak ke Yonsei University kena menapak sikit sampai ke hujung jalan seperti dalam gambar di atas. Sambil berjalan boleh singgah kedai-kedai tepi jalan tu. Macam aku dan Cik Y buat. Memang favourite kami terjah kedai kosmetik especially Etude House. Keluar je kedai, terus rasa lawa sebab dapat try makeup free. Ahjusshi jual stokin siap kata 'yeppuda' sambil tunjuk pada mata. Hahaha.. Terus terasa nak pakai eyeshadow 24 jam. Ahjusshi tu siap tanya aku dari Pakistan ke? Aku balas, no.. no.. Malaysia. Dia pun angguk-angguk dan kata Malaysia, Indonesia bla bla bla. Terus aku ketawa bagai nak gila. Dua kali aku pergi Korea, dorang tanya aku dari Pakistan ke? Ooo mak kau! Muka aku original malay kot. Hahaha.. siap hidung kembang bak jambu air lagi.

By the way, aku memang suka eyeshadow dan eyebrows Etude House. Murah sangat-sangat harga kalau dibandingkan beli di Malaysia or beli secara online. Jangan lepaskan peluang!






Ada mural art di penghujung jalan nak ke Yonsei University. Waktu ni lah tetiba hujan turun dengan agak lebat. Terus clueless nak berteduh dekat mana. Then ternampak satu building dan dalamnya ada cafe etc. Terus masuk dalam tu. Building tu bersebelahan  dengan Yonsei Cancer Center.






Jalan menuju ke Yonsei University. Sikit lagi nak sampai. Malangnya tiada jodoh. Insyaallah kalau ada rezeki, boleh datang ke sini lagi.








Duduk melepak sambil minum coffee sementara menunggu hujan stop. Time melepak ni lah tiba-tiba sakit perut. Then no idea nak mencari tandas. Terus naik escalator dan masuk ke Yonsei Cancer Center. Aku dengan muka yakin terus masuk dan mata melilau cari sign toilet. Lawak betul bila fikir. Merasa juga masuk dan rasa suasana dalam hospital di Korea. Hahaha.. 


Insadong. Masa first trip ke Korea pun aku tak berkesempatan ke sini. So gunakan peluang yang ada ke sini. Kami stop di Anguk station (line oren). Area sini juga happening dengan pengunjung dan ada street performance.







Kenapa cute sangat patung-patung ni?












Perut sudah kelaparan. Jom kita ke Itaewon. Nak terus singgah masjid. Kami rancang nak makan di Eid Restaurant. Tahun sudah terjah Eid Restaurant tapi tutup. Harap kali ni ada rezeki lah.







Wajib singgah bila datang Korea.






Yeaayyyy bukak. Lokasi Eid Restaurant ni atas lagi dari masjid Itaewon. Kalau dah nampak pintu masjid tu, terus kan berjalan. Selain Muree, Eid ni antara yang famous jugak lah dalam kalangan Malaysian. Nak dijadikan cerita, penuh orang dalam restoran. Nasib ada meja kecik untuk makan berdua. Tapi memang kecik betul lah meja dan restoran tu. Menu hari tu pun tak seberapa banyak. Aku main pilih je asalkan boleh makan and try local food. Rasa not bad. Harga set di bawah 12000 won. Dia akan bagi side dishes seperti kimchi (menu wajib) dan yang dua lagi tak sure pulak nama apa. Kalau tak salah yang satu tu macam ikan bilis masak apa ntah. Maafkan saya. Memory dah expired. 









Masa masih banyak. Memandangkan esok dah nak balik Malaysia, rugi pulak kalau balik awal. Ke Myeondong lagi kita! Hahaha.. Biar pun ramai manusia, mesti nak ke sini jugak. Sempat lagi beli tteokbokki ahjumma yang aku story dalam entri sebelum ni. Berhantu betul tteokbokki dia. Sampai sekarang masih terngiang-ngiang. 

Habis sudah entri hari ke 8. Bye! 


Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment