Total Pageviews
Sunday, 25 May 2014
Friday, 23 May 2014
Hari Guru 2014 Part 1
Tahun ni merupakan kali keempat aku menyambut hari guru. Semuanya disambut dalam suasana yang berbeza tetapi tetap memberi kenangan manis dalam hidup! Kalau korang tengok tajuk, kemain siap ada part 1 and part 2 lagi.hahahaha.. Hari guru sepatutnya disambut pada 16 Mei tapi pada tarikh berkenaan ada peperiksaan pertengahan tahun. So, sekolah tangguh dan sambut hari guru pada 23 Mei. Nak dijadikan cerita, roomate aku punya idea suruh buat bbq dekat rumah sempena menyambut hari guru. So, kami berlima pakat-pakat masak dan bakar apa yang patut. Berasap satu rumah! Semangat itu yang paling penting.
Makanan sikit punya banyak tapi makan tak habis pun. Apa yang pasti, sotong Semporna memang lain betul rasanya. Maybe sebab fresh kot! Bak kata kawan aku, ni semua ubat penyakit gout je. kah kah kah.. Padahal dia jeles tu bha kan?
Abis je exam, aku dapat undangan untuk hadir jamuan kelas 4 MPV. Time tu aku memang lapar bebenor sebab tak sempat makan. Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. So, aku pun lenggang-lenggang kangkung jalan ke bengkel MPV. Aku ingat jamuan sempena ada makanan lebihan yang mereka masak di bengkel. Aleh-aleh ada jamuan sempena hari guru. Guru kelas 4 MPV sendiri pun terkejut dengan suprise yang mereka buat. Bak kata Miss F, sepanjang 5 tahun dia mengajar di sekolah ni, first time dia merasa pelajar sendiri buat jamuan sempena hari guru. Ada dua menu yang unik yang aku jumpa time jamuan ni. Aku kalau bab-bab makan memang cukup terror habaq hang! hew hew hew...
Menu di bawah ni namanya telinga gajah. Cikgu-cikgu kata sedap selepas cicah dengan kuahnya yang dibuat daripada apa ntah. Macam tuna kalau tak salah. Kata pelajar aku, kesedapan telinga gajah ni bergantung kepada kuahnya. Siapa la hai yang letak nama makanan ni. Maybe sebab saiznya besar ala-ala telinga gajah maka orang pun namakan telinga gajah.
Yang ni pulak makanan tradisi orang Bugis. Time raya, menu ni antara yang top. Namanya buras. Berdasarkan pemerhatian dan rasa, buras ni dibuat dengan menggunakan beras biasa je kot. Ianya di bungkus dalam daun pisang dan kemudiannya direbus. Bila makan, rasa wangi-wangi daun pisang. Tambah-tambah dicicah dengan sambal ikan bilis mahupun pelbagai jenis sambal yang lain. Sedapppp uolls....
So, ini adalah antara punca-punca aku tak kurus-kurus walaupun berjauhan dengan family. hahaha.. Walaupun kadang-kadang berpeluh mengejar budak, berat badan I tetap tak turun-turun u know. Next time aku cerita sambungan Hari Guru 2014 part 2 pulak.. Ni cerita yang paling kemuncak. Suspens sangat! Nantikan......
Tuesday, 13 May 2014
Regatta Lepa 2014
Salam uolls...
Dah lama kan i tak ke udara??? Busy dengan peperiksaan pertengahan tahun plus tiada entri menarik yang nak di share. Sebenarnya dulu plan nak update entri pasal pengalaman ke festival orang bajau dekat Semporna yang dikenali sebagai Regatta Lepa. Malangnya time tu aku ke Tawau. Hmmm.. Kasihan bha dengan students aku yang beriya-iya ajak aku join mereka ke sana. It's ok. Next year ada lagi kan... So, aku sertakan sikit gambar-gambar yang di ambil oleh rakan sekerja sepanjang festival berlangsug. Dah mintak izin sama dia okeh! hew hew hew...
Untuk pengetahuan semua, Regatta Lepa ni memang setiap tahun disambut oleh orang bajau di Semporna. Beberapa hari sebelum festival berlangsung, sambu layang seperti bendera ala-ala sotong berwarni-warni tu akan dipasang di sepanjang jalan atau kampung. Kalau ditiup angin, memang nampak macam sotong kurita yang sedang menari-nari gitueww.. Mantap kan penerangan aku? Walaupun ada di antara korang tak pernah tengok in real life, mesti korang boleh dapat bayangkan daripada penerangan tadi kan?kan?kan?
Ni dia sotong yang menari-nari yang dijumpai sepanjang perjalanan ke Tawau
Hasil risikan, Regatta Lepa ni sudah berlangsung selama 21 tahun sejak dari tahun 1993 lagi. Lama bukan? Memang festival ni ditunggu-tunggu oleh rakyat Semporna. Banyak gerai yang dibuka, persembahan nyayian artis-artis dan yang part paling menarik adalah pertunjukkan bot yang dihias cantik. Dengar cerita, di atas bot akan ada penari lelaki dan perempuan menari tarian mengalai yang merupakan tarian suku kaum bajau.
Itu sahaja coretan kali ini.Terima kasih atas sumbangan gambar! Kalau nak tengok banyak lagi gambar-gambar menarik Semporna, boleh terjah fb Nazekha Kanasidena. Harap tahun depan dapatlah join Regatta Lepa edisi 2015. Insyaallah, next nak update pasal hari guru 2014.
Kami guru Malaysia,
Berikrar dan berjanji,
Bla...bla...bla.....
Pergi Giant nampak radio ni.. Terus beli sebab senang nak ajar budak praktis menyayi lagu untuk pertandingan nyayian Bahasa Inggeris peringkat Semporna nanti. Mari berusaha!
#Menghitung hari nak balik kampung cuti pertengahan tahun yang bakal menjelang tiba.
Friday, 18 April 2014
IKAN
Tetiba nak cerita pasal ikan dalam blog travel. Nampak tak ada sedikit kecelaruan jiwa di situ?hahaha.. Aku ada banyak keje sebenarnya walaupun sedang bercuti selama 4 hari. Tapi aku selalu buat seolah-olah I'm free!!!! Selalu macam tu kot! Bawak balik banyak keje kat rumah tapi satu habuk pun aku tak buat. Ini semua salah saka 'malas' yang selalu menumpang diri aku time balik rumah. Ingat aku tak nampak ke saka tu asyik follow aku naik kereta. Ceit! So, sesiapa ada petua bagi menghalau saka agar dia tidak berani ikut aku lagi time balik rumah, boleh share ye.. :)
Untuk pengetahuan semua, Semporna sekarang tengah dalam persiapan menyambut Regatta Lepa 2014 oleh suku kaum orang Bajau. Regatta Lepa ini akan berlangsung minggu depan. Hasil dari temubual orang tempatan, festival ni hanya ada dekat Semporna je uolls. Ianya berlangsung setahun sekali dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelancong luar. Katanya, hotel-hotel akan penuh dan jalan raya akan sesak! Aishhhh... Terpaksa aku siap sedia spare makanan dalam peti ais. Plan nak gak terjah tengok keadaan kat sana macam mana. Kalau aku pergi, aku akan update dalam blog.
Mana cerita pasal ikan ni??? Macam biasa pendahuluan aku selalu panjang. Ayat kasi hiperbola sikit dan ada bunga-bunga bagi menyerikan entri aku yang tak seberapa menarik ni. Petang tadi aku lepak makan dekat pekan Semporna. Tahap kebosanan aku sampai aku layan filem Frozen 3 kali uolls.. Sepanjang ke pekan, dah boleh nampak sambu layang dah banyak dipasang di sepanjang jalan.
Entri sebelum ni aku pernah kan bagi tahu pasal ikan di Semporna murah-murah. Selalunya aku beli dekat market atau di belakang Seafest. Area situ ikan fresh-fresh sket dan pelbagai pilihan. Tadi aku usha-usha gak cari kelibat sotong tapi nan hado. So aku tanya peniaga kat sana. Kenapa ndak ada sotong hari ini? Balas peniaga tu, sekarang ni musim terang bulan. Minggu depan baru ada sotong. Apakah musim terang bulan? Itu yang menjadi persoalan di sini. Sebelum ni aku selalu nampak ikan warna biru. Agak pelik bila first time tengok. Dalam hati tertanya-tanya, boleh ke makan ikan ni? Tak pening ke kalau makan? Lepas tanya abang aku, baru la aku tau yang ikan warna biru tu ikan Bayan. Kata abang aku, isi ikan ni sedap! Nanti aku nak tunjuk ikan fantastic four kat korang pulak.
Try tengok gambar di atas? Kat tengah-tengah tu ada ikan warna biru. Ikan tu lah ikan Bayan menurut abang aku. Boleh la lepas ni aku beli. Tu pun kalau aku rajin nak masak. Hew hew hew..
Setel beli ikan, aku dan kawan-kawan aku lepak makan dekat Samudera Cafe. Sebelah kedai ni la aku jumpa ikan fantastic four. Serius memang pelik ikan ni.. Abang aku yang part time jadi nelayan pun tak dapat identify jenis ikan ni.
Memperkenalkan ikan Fantastic Four
-
-
-
-
-
-
-
#Nama sebenar ikan ni adalah ikan batu. Serius macam batu da!
Subscribe to:
Posts (Atom)






