Assalamualaikum.
Selamat bertemu kembali setelah hampir dua minggu lebih aku bercuti.. Macam tiada mood je nak menulis. Huhuhu.. Kalau dulu setiap hari mesti aku akan jenguk blog aku tapi sejak menjadi warganegara Sabah, aku dah melupakan blog aku buat seketika. Aku masih dalam proses nak sesuaikan diri dengan keadaan persekitaran di Semporna, Sabah.
Kami sebagai guru-guru baru yang posting ke Sabah telah menjalani orientasi di Pearl International Hotel, Jalang Klang Lama selama 3 hari 2 malam sebelum berangkat ke sana. Hari kedua di sana, baru aku tahu yang aku ditempatkan di salah sebuah sekolah di Semporna. Kalau ndak tahu di mana lokasi Semporna, mari bah aku tunjukkan (aku dah mula belajar loghat sabah okeh! hehehe)
Nampak tak lokasi Semporna di mana? Tuuu....yang paling hujung tuu......
Untuk ke Semporna, kami mendarat di lapangan terbang Tawau. Perjalanan dari KLIA ke Tawau memakan masa selama 3 jam. Sampai di Tawau, kami dijemput oleh wakil sekolah masing-masing. Bagi sesiapa yang mahu ke Semporna, boleh menaiki van (van di Semporna dipanggil sebagai bas) di stesen bas Tawau atau anda juga boleh menaiki kereta sapu. Harga yang dikenakan jika menaiki van adalah sebanyak RM10 dan jika menaiki kereta sapu, anda boleh dikenakan caj sebanyak RM100.
Perjalanan ke Semporna dari Tawau memakan masa selama 1 jam. Pemandangan pokok kelapa sawit memenuhi ruang perjalanan kami sebelum tiba di sekolah. Buat sementara waktu, aku dan rakan-rakan yang lain menumpang di kuarters guru yang masih bujang. Alhamdulillah, guru-guru di sini baik hati dan sudi memberi ruang untuk kami berteduh.
Cikgu Su membawa kami ke pekan Semporna. Perjalanan memakan masa selama 15-20 minit dengan menaiki kereta. Aku melihat keadaan sekeliling yang ternyata sungguh berbeda di semenanjung. Aku juga terkejut melihat rumah-rumah di Semporna agak luar biasa besarnya. (nama je kampung tapi rumah mak aiiii!!!hahahaha). Menurut informasi yang aku perolehi, kebanyakkan mereka ini mengusahakan perniagaan sendiri atau memiliki tanah yang banyak. Aku nak tunjukkan rumah-rumah yang berjaya diambil di sepanjang jalan ke pekan Semporna.
Pak cik owner rumah ni ndak mahu ambil aku sebagai menantu ke???hahaha |