Total Pageviews

Wednesday 29 January 2014

Sabah: Semporna

Assalamualaikum.

Selamat bertemu kembali setelah hampir dua minggu lebih aku bercuti.. Macam tiada mood je nak menulis. Huhuhu.. Kalau dulu setiap hari mesti aku akan jenguk blog aku tapi sejak menjadi warganegara Sabah, aku dah melupakan blog aku buat seketika. Aku masih dalam proses nak sesuaikan diri dengan keadaan persekitaran di Semporna, Sabah. 

 

Kami sebagai guru-guru baru yang posting ke Sabah telah menjalani orientasi di Pearl International Hotel, Jalang Klang Lama selama 3 hari 2 malam sebelum berangkat ke sana. Hari kedua di sana, baru aku tahu yang aku ditempatkan di salah sebuah sekolah di Semporna. Kalau ndak tahu di mana lokasi Semporna, mari bah aku tunjukkan (aku dah mula belajar loghat sabah okeh! hehehe)

 







 

Nampak tak lokasi Semporna di mana? Tuuu....yang paling hujung tuu...... 

 

Untuk ke Semporna, kami mendarat di lapangan terbang Tawau. Perjalanan dari KLIA ke Tawau memakan masa selama 3 jam. Sampai di Tawau, kami dijemput oleh wakil sekolah masing-masing. Bagi sesiapa yang mahu ke Semporna, boleh menaiki van (van di Semporna dipanggil sebagai bas) di stesen bas Tawau atau anda juga boleh menaiki kereta sapu. Harga yang dikenakan jika menaiki van adalah sebanyak RM10 dan jika menaiki kereta sapu, anda boleh dikenakan caj sebanyak RM100. 

 

 

 




 

 

 

Perjalanan ke Semporna dari Tawau memakan masa selama 1 jam. Pemandangan pokok kelapa sawit memenuhi ruang perjalanan kami sebelum tiba di sekolah. Buat sementara waktu, aku dan rakan-rakan yang lain menumpang di kuarters guru yang masih bujang. Alhamdulillah, guru-guru di sini baik hati dan sudi memberi ruang untuk kami berteduh. 

 

Cikgu Su membawa kami ke pekan Semporna. Perjalanan memakan masa selama 15-20 minit dengan menaiki kereta. Aku melihat keadaan sekeliling yang ternyata sungguh berbeda di semenanjung. Aku juga terkejut melihat rumah-rumah di Semporna agak luar biasa besarnya. (nama je kampung tapi rumah mak aiiii!!!hahahaha). Menurut informasi yang aku perolehi, kebanyakkan mereka ini mengusahakan perniagaan sendiri atau memiliki tanah yang banyak. Aku nak tunjukkan rumah-rumah yang berjaya diambil di sepanjang jalan ke pekan Semporna. 

 

 

 



 


Pak cik owner rumah ni ndak mahu ambil aku sebagai menantu ke???hahaha

 

 

 

Pekan Semporna agak kecil. Kelihatan banyak pelancong asing yang melancong ke pulau-pulau berhampiran menginap di kawasan sekitar. Selain itu, adalah satu normal jika melihat anak-anak Semporna berkeliaran meminta sedekah dan menghabiskan masa di tapak pembuangan sampah. Ada di kalangan anak-anak Semporna ini tidak bersekolah dan ada yang masih tidak mempunyai kad pengenalan diri.

 

Jika tiba di pekan Semporna, kita dapat melihat  banyak pilihan restoran di tepi laut. Hari malam pertama tiba di Semporna, aku sempat makan di salah sebuah restoran di tepi laut. Suasana di pekan Semporna ketika malam agak sunyi pada pandangan mata aku. Hembusan  angin yang agak kuat menyebabkan kami kesejukkan.

 

 

 

 

Selain itu, aku juga berkesempatan mencuba nasi lalap yang agak popular di Sabah. Jika di lihat pada mata kasar, nasi lalap nampak lebih kurang sama dengan nasi ayam penyet. Sepupu sepapat mungkin mereka ini. Yang berbeza nasi lalap di kedai yang aku makan, sambalnya berwarna hijau. Pertama kali mencuba nasi lalap, aku telah jatuh cinta. Mungkin sebab rasa sambal yang pedas! Sepinggan nasi lalap ayam berharga RM6.00 (2 ketul ayam+sayur+sup) manakala nasi lalap ikan berharga RM7.00 (2 ketul ikan+sayur+sup). Next time, aku nak try cuba nasi payau pula.. Payau bermaksud rusa. Harga ayam di sini lebih mahal berbanding makanan laut. Dengar katanya harga lobster hanya RM50. Jom kita serangggg!!!!!!!!!!!!!

 


 

 

 

 

 

 

 

 

Cikgu-cikgu di sini menasihati kami supaya tidak membeli makanan di gerai-gerai di tepi jalan kerana tidak yakin akan kebersihannya. Harga makanan di restoran lebih kurang sama dengan harga makanan di Kuala Lumpur.

 

Sesiapa yang mahu ke pulau mabul atau pulau-pulau lain yang berada di sekitar, pastikan anda pergi dalam kumpulan yang besar kerana menurut informasi yang aku perolehi, harga dikenakan mengikut bot. Jika nak save budget, pandai-pandai la deal bagi mendapatkan harga terbaik. Dengar katanya, ada sebilangan pelancong yang terkono sampai dikenakan charga RM300 sekepala. Mahal okeh! Oleh itu sila lah berhati-hati supaya tidak terkono bah.. 

 

Aku akan habiskan cuti raya cina selama 4 hari bermula esok dengan mengemas barang untuk berpindah ke rumah sewa, melukis dinding kantin sekolah dan melancong ke Tawau. Terasa teringin bebenor nak mengunjungi Pasar Gantung di Tawau dan mencuba menu-menu yang menarik di sana. Nanti aku update okeh apa yang aku jumpa di Tawau. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Selamat Malam

 

 

 

 

 

 

 

 

#Redha dengan ketentuan Allah SWT