Total Pageviews

Saturday 18 April 2015

A Winter Story: Korea Trip (Day 9) - Jagalchi Market, Taejongdae And Gukje Market

Finally entri Korea dah sampai ke penghujungnya.


Hari ni merupakan terakhir kami di Korea dan esok kami akan berangkat pulang ke Malaysia. Trip pada hari ini lebih kepada santai dan bermalas-malasan je. Aku dan Cik R menyahut cabaran nak pakai jubah di musim sejuk. Korean tengok sambil jeling-jeling dari kejauhan. Dalam hati sedang mengutuk le tuh. 


Pagi tu kami terjah Jagalchi Market dulu sebab berdekatan je dengan hostel. Tak sampai 100 meter pun. Dekat sangat lah! Jalan-jalan sambil tengok seafood yang dijual. Aleh-aleh ade ahjussi panggil aku dan Cik R dan kasi kami pegang king crab. Perhhhhh! Ini antara pengalaman dan favourite photo yang aku suka sepanjang berada di Korea. Hasil dari wawancara (curlass sangat bahasa aku), king crab ni isinya tak banyak mana pun. Harapkan berat je lebih sebab kulit tebal. Harga mahal pulak tu..







Cik R tak pakai winter coat pun. Giler kebal kulit die. hahaha.. Mesti dia tengah tersedak sekarang ni.








Ikan dalam bakul tengah ni nipis mak aiii. Aku ingatkan ikan dekat Semporna 'ikan piring' (kalau tak salah namanya) adalah  ikan paling nipis pernah aku tengok. Aleh-aleh yang ni lagi nipis. Kalau nak tengok makanan laut yang pelik-pelik, boleh lah datang sini. Kata Cik R, rugi dia tak bawak pes tom yam. Kalau tak, merasa seafood tom yam di bumi Korea.













Kami meneruskan perjalanan ke Taejongdae. Untuk ke sana, korang perlu turun di Busan station dan kemudian keluar pintu 7. Then, korang akan nampak beberapa bus station. Ingat, jangan main hentam tuggu di bus station yang korang suka. Sila tunggu di bus station yang ada tulis bas no 88 atau 101 je. Kalau tak, sampai ke sudah tak naik-naik bas gamaknya. 







Sambil tunggu bas, kita cuci mata dulu. Bagi sesiapa yang pernah datang ke Seoul dan Busan, boleh nampak perbezaan wajah dan fesyen antara dua bandar ini. Wajah rakyat Busan lebih asli. Tak nampak plastik sangat. Bentuk muka pun banyak yang bersegi je. Makeup pun tak lah tebal macam gadis-gadis di Seoul. Kalau di Seoul bukan setakat orang muda je bergaya okeh, nenek umur 60, 70 tahun pun hebat berfesyen! Terasa tergugat aku menengok. hahaha...







See, mamat Korea ni memberikan pose dan melemparkan senyuman paling manis ke arah aku. Cehhhhhh....








Perjalanan ke Taejongdae memakan masa selama hampir 45 minit dan Taejongdae adalah station bas yang terakhir. 


Sampai di Taejongdae, korang boleh pilih nak round dengan berjalan kaki or naik Danubi. Tak sanggup aku nak jalan kaki sampai penghujung. Jauh kot. Kena menapak naik bukit lagi. So, aku dan Cik R beli siap-siap tiket Danubi yang berharga 2000 won. Nak dijadikan cerita, tram lambat lagi nak bergerak. Aku dan Cik R buat keputusan nak round sendiri dulu. Kalau tak larat, korang tunggu je dekat mana-mana perhentian. Nanti tram akan stop dan pick up korang. Yang penting, simpan tiket baik-baik.










Gambar di bawah ni lah our first perhentian di Taejongdae. Layan blues tengok laut. Segar je udara. Taejongdae ni famous sebagai tempat rekreasi dan selain tu, Pulau Tsushima Japan  juga boleh dilihat dari sini.













Ayuh teruskan perjalanan. Menapak naik bukit sambil bergossip tentang kenangan best sepanjang berada di Korea. Agak-agak dah letih, kami stop dan tunggu tram datang pick up.






Our second perhentian adalah dekat observation Deck. Aku dan Cik R lepak-lepak sambil baca information yang terdapat di sini.










Taejongdae map yang berbentuk bulatan. 












Eh... tetiba ada anak patung vavi ni pulak. Aku dapat benda alah ni time on the way nak balik dari Taejongdae. Aku ada main game pecahkan belon pakai dart. Aleh-aleh ni je yang aku dapat. Dari buang, aku kasi je benda ni dekat Bada (pekerja dekat our hostel). Dia suruh aku tulis nama dekat belakang benda alah ni as kenangan. 







 

Tak boleh tahan tengok senyuman vavi ni. Rasa nak bagi penampor je.. hahahaha... Kemain lebar dia senyum. Aishhhh... 

Dari Taejongdae kami bergerak balik ke Jagalchi Station. Gukje Market berdekatan dengan our hostel jugak. Just perlu lintas jalan besar je. Gukje Market ni pada aku yang best sebab banyak  vintage item. Adusssss.. duit nan hado. Cuci mata jelah nampaknya.








Design backpack dekat Korea memang mengancam. Kualiti pon not bad. Beg di atas ni harga lebih kurang RM30-RM40 rasanya. Berkenan tapi kalau beli tak tahu nak sumbat celah mana. 











Teringin nak makan goguma ahjussi ni. Konon-konon nak round Gukje Market dulu then baru beli. Last-last tak jumpa ke sudah.











Bangunan warna biru tu our hostel. Memang dekat sangat dengan Gukje Market. Lintas jalan besar je. 




Aku nak share sikit pasal pengalaman di Busan dan Seoul. Tadi aku ada cakap pasal Korean dekat Seoul dan Busan berbeza sikit. Korean dekat Busan nampak lebih kasar percakapannya. Sekali tu, aku ingat ada pergaduhan ke apa sebab dengar suara ahjussi tengking dengan kuat dekat metro station. Rupa-rupanya, dia panggil bini dia je pun. Ceit! Selama dekat Seoul, aku dan Cik R banyak dipertemukan dengan Korean yang baik dan ramah tak kira tua atau muda. Ada yang sanggup membantu walaupun langsung tak boleh bercakap dalam bahasa inggeris. 


Next, kisah kelakar cousin aku masa dekat Busan. Cousin aku datang Busan beberapa hari lepas aku balik Malaysia. Dalam train di Busan mostly penuh dengan ahjussi dan ahjumma. Time naik train, then tiba-tiba dia gelabah. Sebabnya keliling dia penuh dengan ahjussi dengan ahjumma je. Dia takot salah naik gerabak yang khas untuk orang tua-tua je. Kah kah kah.. Memang berbeza kalau uolls naik train dekat Seoul dengan Busan. 


Sampai sini jelah entri aku sepanjang berada di Korea. Harap dapat kongsi sedikit sebanyak info untuk sesiapa yang plan nak berkunjung ke sana. Apa-apa pun, trip Korea ni memang sweet dan sentiasa tersemat dalam ingatan aku. 


Next entri aku akan share experience ke Pulau Bohay Dulang, Maiga dan Sibuan. Tunggu!!!!!











#Vacation is a stress reliever