Total Pageviews

Thursday 19 February 2015

A Winter Story: Korea Trip (Day 7) - Changdeokgung Palace, Bukchon Hanok Village, Namsagol Hanok Village And Yoogane, Myeongdong

Hari terakhir kami di Seoul. Banyak tempat rasanya belum pergi. Mendoakan ada rezeki lagi dapat repeat trip ke Korea. Esoknya kami akan gerak ke Busan pula.


Lepas breakfast, kami plan nak ke Changdeokgung Palace. Palace ni agak berdekatan jugaklah dengan our guest house di Hyehwa. Tapi kalau nak menapak, agak take time jugak lah. Sebab tu plan nak naik taxi je. Kami dikenakan caj taxi sebayak 3000 won. Just touch your t-money. Selesai masalah! Sampai dekat kaunter, plan nak beli sekali pakej tiket masuk Secret Garden. Malangnya untuk english tour start pukul 11.30 pagi dan 1.30 pagi. Waktu kami sampai lebih kurang pukul 9.30 pagi. Tak kan nak tunggu lagi 2 jam? So, cancel pakej Secret Garden. Sedih! 









Lagi bertambah malang bila aku jatuh tergolek-golek kat sini. hahahaha.. Time tu Cik R sibuk belek beg dia. Yang ada just sekumpulan geng foreigner yang sibuk mendengar taklimat. Tengah best nak ambil gambar, kaki aku tersandung lalu jatuh atas pasir. Aduihhhhh!!!! Syukur sebab  hanya seorang je minah saleh yang nampak. Cik R yang duduk berhampiran pun tak sedar. Bila ingat balik, tak menahan nak gelak. Lepas jatuh, terus bangun check seluar risau terkoyak! Kah kah kah....















Info mengenai Changdeokgung Palace boleh rujuk gambar di bawah. Kalau tak salah aku ada lagi 2 buah palace dekat Seoul dan aku tak pergi palaces tu sebab ianya tutup pada hari berkenaan. Sesiapa yang nak ke mana-mana palace dekat Seoul, sila check dulu ye. Kang tak pasal-pasal buang masa begitu sahaja.




                           



Kagum kan tengok istana besar dekat bandar Seoul. Ada sebahagian darinya recontructed untuk mengekalkan balik binaan berkenaan di Korea. Next, kami ke Bukchon Hanok Village pula. Bukchon Hanok Village juga berdekatan dengan Changdeokgung Palace je. Lebih kurang 15 minutes walk mungkin! Keluar je dari pintu istana, kami belok ke kanan. Lebih kurang 10 minutes walk, kami belok ke kanan. Teruskan berjalan dan anda akan dapat lihat rumah-rumah trandisonal Korea di sebelah kiri dan kanan anda. 


Terdapat lebih 900 buah rumah tradisional di kawasan ini. Tapi aku dan Cik R sempat lihat beberapa buah je. Tak mampu nak cover satu village. Ada blogger mengatakan di sinilah tempat pengambaraan drama Personal Taste dilakukan. Serius sangat nice! Tambah-tambah aku suka dengan rustic design. Kedai-kedai area sini punya deco sangat menarik dan unik.












Basikal dan payung atas bumbung kedai uolls.. Aku yakin owner ni tengok filem P.Ramlee yang ada adegan moto naik atas bumbung. So, dia aplikasikan apa yang dia tengok dekat kedai die. hew hew hew...










Menarik nama kedai makan ni. Kalau buang huruf q lagi  menarik dan tertarik kau memang da bom! hahhahaha.. 


Antara mission aku ke Korea adalah untuk try pakai hanbok. Hasil research aku, dekat Namsagol Hanok Village ada disediakan perkhidmatan menyewa hanbok. Harga lebih kurang 3000 won. Aku baru tau yang rupa-rupanya Namsagol Hanok Village ni bersebelahan dengan Namsan Tower je. Ohhh rasa tertipu! Tepuk dahi sekali. Sampai je sana, aleh-aleh terpampang besar kedai gambar Arirang Studio yang sediakan servis sewa hanbok plus ambil gambar sekali. Bila tengok price, tepuk dahi dua kali!Hmmm... kempunan la gamaknya. 
















Tengok kasut ni teringat dekat triplet anak kepada Song Il Gook dengan Lee Haru dalam citer The Return of Superman. Kasut ni diperbuat daripada jerami padi. Kreatif!







Dari Namsagol Hanok Village dah boleh nampak batang hidung Namsan Tower. Next time, masukkan skali  Namsagol Hanok Village dan Namsan Tower dalam list hari yang sama je. 







Next, nak cari makan pulak. Aku dan Cik R terjah kedai makan Yoogane di Myeongdong. Kedai ni antara yang top di kalangan blogger-blogger Malaysia. So, dari stesen Myeondong, ambil exit 6 or 7. Nampak Nature Republic dan depan tu ada LLOYD. Korang kena belok kanan depan kedai LLOYD tu. Teruskan berjalan dan lihat sebelah kiri. Kedai Yoogane ni berada di sebelah kiri anda dan ianya betul-betul bersebelahan dengan GS25.








Oppa, marinated seafood fried rice dua! Euuwwww.. Tak kuasa nak ber'oppa-oppa' ni. Rasa nasi goreng ni not bad! Tambah-tambah makan time lapar. Rasa macam tak cukup pun ada. hahaha.. Waiter akan datang ke meja dan dia akan tolong gorengkan dari mula sampai siap dimasak. Side dish seperti kimchi, sayur kobis, pickled radish dan lain-lain boleh diambil sendiri. Free of charge!








Before ni aku dah pernah makan kimchi tapi serius tak lalu. Anak tekak tak boleh terima. Tapi dekat Korea aku boleh pulak makan. Apakah petanda ini??? Kebulur???? Kui kui kui... 


Kami balik ke guest house agak awal sebab nak kemas barang siap-siap. Get ready to Busan tommorow! 




Assalamualaikum





Monday 16 February 2015

Islands Trip Teaser

Hitam itu unik lagi menawan! slogan untuk 2 minggu ini. Al-maklumlah baru balik dari menerjah pulau-pulau di Semporna ni. Hitam plus berkilat je muka I. hahaha... Okeh, trip kali ni aku and the geng cover pulau Bohay Dulang, Maiga dan Sibuan. Kasi up sikit gambar yang berjaya diambil. Entri penuh kena tunggu entri Korea setel!










Wednesday 11 February 2015

A Winter Story: Korea Trip (Day 6) - Namsan Tower And Namdaemun Market

Dua bulan telah berlalu. Entri Korea tak habis-habis lagi taip! Hujung minggu ni aku akan terjah lagi 3 buah pulau di Semporna. So, hope sangat entri Korea dapat ditamatkan secepat mungkin bagi memberi ruang kepada entri terbaru.


Hari ke enam adalah hari bermalas-malasan. Rasa malas giler sampaikan aku dan Cik R catat record keluar dari guest house pukul 11 pagi. Bukan sebab bangun lambat tapi disebabkan oleh ter'over' leka bersembang dengan pekerja guest house. 


Keluar je dari guest house, kami terus terjah Daiso yang berhampiran dengan our guest house. Tujuannya nak mencari padlock! Nak ke Namsan Tower haruslah membawa padlock ye uolls. Saja je nak  menyemakkan ruang yang ada. Kalau boleh nak je bawak padlock besar gajah tapi tak mampu. Untuk lebih jimat, anda boleh bawa padlock siap-siap dari rumah. Kalau beli dekat Namsan Tower, kompem mahal. 


Aku round-round satu Daiso tapi padlock yang ada kecik je. Mampu nak tulis satu huruf je kot. Maka dapat la idea nak tulis atas benda lain asalkan ianya boleh digantung. Daiso di Korea lagi best compare dengan Daiso di Malaysia. Banyak jenis barang yang dijual dan harga barang bermula dengan 500 won. Tapi mostly barang di sana berharga 1000 won dan 5000 won.










Akhirnya, aku beli benda alah di bawah ni untuk digantung di Namsan Tower. Comel kan? Yang best 1000 won je. Nasib aku ada marker pen warna silver. So, elok bebenor tulis atas benda alah ni.











Aku dan Cik R plan tak nak naik cable car sebab nak save budget. Dari stesen Hyehwa, kami turun di di stesen Chungmuro. Kemudian exit 2 dan terus akan nampak pondok bas. Bas ke Namsan Tower bernombor 02 dan berwarna kuning. Kami bayar guna t-money je untuk ke Namsan Tower. Perjalanan nak ke sana sekejap je pun dan melalui kawasan yang berbukit. Selain naik bas dan cable car, anda boleh jugak jalan kaki sampai ke ke atas. Anda sanggup??? Phewwww.....














Tak best kalau anda tak menunjukkan skill conteng-menconteng sekiranya berada di Korea. Aku dan Cik R tak melepaskan peluang yang ada. Kalau buat perangai macam ni kat Malaysia, kompem dipandang keji oleh masyarakat. hahahaha....


** Siapa lah yang tulis ni???geli! hew hew hew








Aku suka giler tengok hiasan bunga seperti dalam gambar di atas. Merata-rata aku nampak bunga ni. Aku syak ianya sejenis sayur! Elok je kembang semerbak. Macam salad pun ye.. Kobis bunga pun macam ye.. Kesimpulannya????

Next destination is Namdaemun Market. Kami tunggu di pondok bas bernombor 05. Lebih kurang 15 minit, bas pun datang. Tujuan ke Namdaemun nak meng'usha' souvenir. Sebelum ni aku dan Cik R dah beli sikit keychain dan fm di Itaewon. Bila sampai je sana, market penuh dengan baju sejuk ala-ala old skool gitueww.. Ahjumma dan ahjusshi punya style!


Bila usha harga fm, aku dapati harga di Itaewon lebih murah. So, memang tak beli lah. Aku dan Cik R plan nak ke kedai tu semula nanti. Apa yang aku beli di Namdaemun Market???? Aku beli scarf je sebab murah. Sehelai 2000 won tapi made in China. Orang Korea pakai dekat leher tapi aku jadikan tudung. Yang penting tak perlu iron.











Aku rembat gak scarf yang made in Korea. Kualiti kain lagi better compare dengan yang made in China punya. Harga kalau tak silap aku lepas di bargain dapatlah sehelai 4000 won. Berkenaan harga souvenirs, aku banyak dapat info yang mengatakan harga bagi 4 biji fm lebih kurang 8000 won-10 000 won. Tapi dekat kedai Korean Souvernir di Itaewon, anda boleh beli 4 biji fm seperti gambar di bawah dengan harga 6000 won. Dah jimat 2000 won! Aku tak terjah Insadong, so aku tak sure harga fm di sana berapa won. Tapi berdasarkan pemerhatian aku selama 6 hari berada di Korea, harga 4 biji fm seperti gambar di bawah mostly dijual dengan harga 8000 won.







Keluar je dari stesen Itaewon, anda perlu exit 3 sekiranya nak ke masjid dan Muree Restaurant. Untuk ke kedai Korean Souvenir, kena ambil exit 4. Keluar je exit 4, jalan straight lebih kurang 5 minit. Then pandang sebelah kiri anda. Insyaallah jumpa kedai ni. Owner kedai boleh cakap melayu sikit-sikit. Yang tak menahan, dia asyik-asyik dok ulang ayat 'Insyaallah, murah..murah..'. Disebabkan beli banyak sourvenir, ahjusshi tu kasi gift. Ok la kan dari nan hado.



Lepas Namdaemun Market, kami terjah Muree Restaurant lagi. Kali ni makan macam sebulan tak makan! Ohh my........ 







Kemudian lepak dekat Holly Coffee Cafe dekat Myeongdong. Disebabkan keluar lewat pagi tu, so balik pun agak lewat jugaklah berbanding dengan hari-hari lain. Lagipun esok adalah hari terakhir kami berada di Seoul sebelum berangkat ke Busan. Kena gunakan masa yang ada secara maksimum!









Kebanyakkan dalam stesen subway penuh dengan kedai yang jual pelbagai jenis barang. Aleh-aleh terasa nak terjah kedai-kedai yang jual merchandise dekat Myeongdong station. Aku beli la jugak untuk aku dan kawan as kenangan walaupun aku bukan hardcore k-pop fan pun. Sambil usha-usha tu aku sempat la tanya owner kedai. Aku just nak tahu group kpop yang paling meletop sekarang. Owner tu reply group yang tengah top sekarang adalah Exo dan Apink. Ok, aku memang tak pernah dengar lagu kedua-dua group ni pun. hew hew hew...





Sanggup beli t-money berharga 10000 won semata-mata ada gambar artis kpop??? Ohhhh noooooo!!!!!!!!!!!!








Yes! Habis jugak entri day 6... So masih berbaki lagi 3 entri lagi. Harap dapat habiskan dengan cepat. 

Assalamualaikum.