Total Pageviews

Friday 8 January 2016

Thailand Trip 2015 Day 6: The Venezia, Santorini Park & Swiss Sheep Farm

Sawadikha.


Happy new year readers! 


Berbalik pada entri yang lepas di Hua Hin. Aku bermalam sehari sahaja di Hua Hin. Next day, aku check out pada pukul 11 pagi. Backpack simpan dalam hostel je sebab nak keluar jalan-jalan. Lagi pun train aku pukul 7 lebih malam. Aku plan nak ke Santorini Park and Swiss Sheep Farm je. Sekali, lain pulak jadinya. Before aku ke sana, aku try godek-godek blog. Mostly blogger buat day trip je dari Bangkok ke tempat ni. Pada aku macam merugikan masa sebab nak return Bangkok semula. Dah alang-alang nak ke Hatyai, aku beli je tiket train Hua Hin-Hatyai terus. Jimat masa dan duit. 


Aku ada tanya-tanya jugak price nak ketiga-tiga tempat ni. Mostly around 1000 baht. Ishhh.. mahal kot! Sekali pekerja hostel cakap ada service tuk tuk berharga 800 baht untuk ketiga-tiga tempat ni. Terus aku on je. Masa naik tuk tuk, tiba-tiba terasa nak ke The Venezia. Dah alang-alang kan, pergi je lah. Perjalanan ke The Venezia makan masa lebih kurang 15 minit. Tiket masuk ke The Venezia berharga 180 baht. Actually ada pakej-pakej lain yang boleh add on. Pada aku cukup lah round-round area situ. Lagi pun cuaca mak aiiiii.. PANAS!  Aku lupa nak inform yang Hua Hin-Cha Am sangat terkenal dengan cuaca panas. Tak ramai pengunjung pun sewaktu aku ke sana. The Venizia ni mendapat inspirasi daripada bandar Venice, Italy. 







Pekerja hostel yang sangat friendly and kind. Selesa sangat-sangat stay dekat Tid Tarad Hostel walaupun hanya semalam.







Antara pakej yang ditawarkan berserta harga. Ada mini train, games, zoo, gondola cruise dan lain-lain.











Overall, The Venizia kurang best! So, terpulang pada anda nak singgah ke sini atau tidak. Pada pendapat aku selain suasana yang tak meriah dan panas, The Venizia ni macam kekurangan sesuatu daya penarik. 


Next, jom ke Santorini Park!  Lokasi Santorini Park adalah di Cha-Am tetapi bersempadan dengan Hua Hin. Kira sipi-sipi sangat dengan Hua Hin. Maaf if tersalah info ye. Santorini ni memang dalam wish list aku sebabnya binaan di sini mendapat inspirasi daripada Santorini, Greece. Kira agak unik la kan. Perjalanan ke sini dari The Venizia memakan masa selama lebih kurang 30 minit. Tiket masuk pula berharga 150 baht sahaja. Lebih murah. Walaupun kawasan Santorini Park juga tidak terlalu luas, tapi aku suka dengan binaan yang ada. Banggunan di sana dicat dengan warna biru dan putih. Cantik! Suasana di sini agak meriah dengan pengunjung jika dibandingkan dengan The Venezia.






Harga tiket untuk penduduk tempatan hanya 50 baht. Untuk pelancong luar pula 150 baht. Cukup berbaloi pada aku.










Dari jauh rasa macam ada laki usha aku je. Sekali bila tengok dekat-dekat, mamat ni rupanya. Cehhhhh......







Ada 2 atau 3 kedai je yang aku jumpa jual souvenirs. Harga boleh tahan mahal. Plan nak beli fm tapi fm yang dijual tak cukup unik dan tak padan dengan harga. 








Siapa cakap kucing tak boleh terbang?







Di Santorini Park juga ada permainan untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Cuma kena bayar tiket lain untuk setiap permainan. 






Penat round singgah minum green tea buble satu! Rasa kurang power. Tetap tak boleh menandingi green tea Cha Payom. Memang korang yang datang Thailand dan jumpa kiosk Cha Payom, try la any beverage kat sana.





Oppsss!!!!!!!!!!









Dah puas bergambar di Santorini Park, aku suruh driver tuk tuk bawa kami ke Swiss Sheep Farm. Lokasi Swiss Sheep Farm tidak jauh dari Santorini Park. Hanya perlu melintas jalan raya yang besar dan berjalan dalam 10-15 minit mungkin. Tetapi, banyak blogger cakap tak berani nak melintas jalan yang segedabak besarnya tu. Tambah-tambah kalau banyak kereta. Scary! Driver tuk tuk membuat pusingan u-turn untuk ke Swiss Sheep Farm. Turun dari tuk tuk, aku fikir banyak kali. Nak masuk ke tak, nak masuk ke tak.. Sebabnya cuaca tersangatlah panas. Kulit muka aku dah pedih. Untuk yang tiada masalah kulit sensitif kira ok lah. Pada yang ada masalah macam aku ni, sakitnya alahai.... So cancel! Ambil gambar depan Swiss Sheep Farm pun jadi lah.











Tak dapat masuk tapi dapat ambil gambar depan Swiss Sheep Farm pun jadi lah. Tapi tetap kempunan nak bagi kambing biri-biri makan. Kena usulkan trip ke Australia lah nampak gayanya.







View dari luar Swiss Sheep Farm. Macam tiada orang je.






Disebabkan tak jadi masuk Swiss Sheep Farm, driver tuk tuk nak bawak round area pantai Cha-Am. 








Pantai di Cha-Am nampak agak happening. Banyak gerai-gerai makanan dan lain-lain dibuka berdekatan pantai. 






Sampai hostel, terus panaskan makanan yang aku beli semalam. Memang dah minta izin nak makan, lepak, guna toilet dan bathroom  sehingga pukul 5 dengan pekerja hostel. Sebab tu aku kata pekerja hostel tu sangat baik. Lepas makan, aku keluar hostel sebab nak usha jalan ke Hua Hin Railway Station. Lebih kurang 15 minutes walk jugak lah nak sampai ke sana. Hua Hin Railway Station adalah station keretapi yang tercantik di Thailand sebab 'design'nya masih mengekalkan ciri-ciri tradisional.






Cantik kan?






Berhadapan dengan station keretapi Hua Hin,  aku jumpa 2 buah gerai makan muslim. So, aku rancang nak makan petang nanti. Pukul 5 petang, aku siap-siap mandi dan keluar dari hostel. Thanks to hostel staff for your kindness.  On the way nak ke stesen keretapi, aku singgah makan di kedai muslim yang aku jumpa tadi. Owner gerai boleh cakap melayu. Aku perasan dekat menu dia tak tertera harga. So, aku tanya lah harga menu yang tertera. Dia tergagap nak jawab sambil pandang isteri dia. Aku macam syak dia nak menipu aku. Aku takut nanti terkono. Sebab tu aku tanya dulu harga before order. Aku order nasi apa ntah yang disuggest oleh owner gerai. Rasanya cukup sekadar untuk mengisi perut kosong.




Harga nasi di atas kalau tak salah 450-600 baht. 







Harga tiket train ke Hatyai dari Hua Hin lebih kurang 800++ baht untuk lower bed. Upper bed lebih kurang 700++ baht. Sewaktu di stesen keretapi, terjumpa pulak mamat chinese Kedahan yang aku jumpa sewaktu naik minivan nak ke Hua Hin. Syok sembang dengan depa sebab selalunya chinese utara cakap pelat utara jugak. Depa ni dah hampir 2 minggu di Thailand. Sempat depa tunjuk gambar festival apa ntah yang disambut di Chiang Mai dengan aku. Actually, awal trip memang aku plan nak ke Chiang Mai tapi tiket flight sangat mahal sangat. So, tak jadilah plan ke Chiang Mai.



 Tunggu punya tunggu, train tak sampai-sampai. Delayed lebih kurang 30 minit macam tu lah. Tiba-tiba lampu di stesen keretapi menyala. Suasana di stesen keretapi Hua Hin berubah serta merta. 




Tara.........









Perjalanan dari Hua Hin ke Hatyai memakan masa lebih kurang 12 jam. Ini adalah third time aku tidur atas katil dalam train. Yang pasti, aku sangat suka sebab selesa.






 Assalamualaikum