Total Pageviews

Monday 25 November 2013

Sarawak 2010

Sorry, kisah ini sudah lama basi... (Bagitau siap-siap)

   Aku malas nak tulis pasal pengalaman ke Sarawak sebenarnya sebab dah tak ingat banyak benda yang berlaku sepanjang trip di sana. Aku kan pelupa sikit.. Kadang-kadang bila kawan-kawan aku cerita kisah masa zaman belajar 6, 7 tahun lepas, aku akan blurr kejap.. Then baru akan usaha mengingatnya balik. Ada satu hari tu adik beradik aku citer pasal perangai hodoh aku masa kecik-kecik tapi aku buat muka macam tak bersalah sebab aku dah tak ingat.. Aku ingat part yang baik-baik je dan part yang buruk-buruk aku buang jauh-jauh. Baguskan aku?hehehe.. Bak kata Jep sepah time Maharaja Lawak, barang yang lepas jangan dikenang..

   Trip ke Sarawak aku pergi berdua je dengan adik laki aku.. Susah la kalau pergi trip ngan adik laki berdua je. Orang akan pandang pelik bila part nak check-in hotel.. Adoiii.. pandang lain macam je sebab masing-masing muda kan. Mesti mereka ingat aku dan adik laki aku ni kapel yang sosial then pergi trip sekali. Ceit! Ada satu peristiwa lagi yang menggelikan bulu ketiak sewaktu aku di sana. Tungguuuu....

   Flight aku ke Sarawak pada pukul 11 pagi kot. Lebih kurang la.. Flight dari Penang-Kuching, Sarawak mengambil masa selama 2 jam.. Pagi-pagi lagi mak aku dah ready hantar kami ke airport Bayan Lepas Penang. Aku sampai di Sarawak lebih kurang dalam pukul 1 petang. Sempat aku dan adik aku melantak dulu sebelum check-in hotel. Aku memang tak ingat hotel aku nama apa okeh!Harap mak long ye... Tapi lokasinya berhampiran dengan Kuching Waterfront. Time nak check-in ni la pekerja-pekerja hotel usha pelik kat aku sebab aku book 1 je bilik untuk dua orang (twin bedroom). Dalam hati nak je citer budak laki tu adik aku.. At the end, bila dah lepak-lepak dan kenal dengan pekerja hotel, aku cerita je laki tu adik aku..

 

 

 

 




   

 

 

   Kalau tak salah aku, aku stay di Sarawak 4 hari 3 malam.. Cukup kot 3 malam sebab macam tak menarik je tempat-tempat kat sana. 2 hari pun ok bagi aku kalau sesiapa nak ke Sarawak. Aktiviti kami banyak dihabiskan dengan melepak-lepak area Kuching Waterfront, berjalan kawasan sekitar dan juga ke Semenggoh Wildlife Centre. Suasana di Kuching pada waktu malam agak sunyi dan banyak kedai yang tutup. Akibat kebusanan yang teramat, aku dan adik aku buat tindakan bijak dengan pergi menonton wayang. Panggung wayang sebelah hotel la katakan.. Dua malam aku dan adik aku pergi tengok midnight movie.. 

   Okeh, aku dah bersedia bercerita kisah yang terjadi pada waktu malam di Kuching.. Ada sekali tu aku dan adik aku round-round area hotel. Ada banyak penjual-penjual jalanan menjual sejenis minyak gambir yang aku sendiri tidak tahu fungsinya. Yang paling aku tak suka, mereka ni jual benda-benda 18sx jugak.. Kalau jumpa benda-benda ni dekat Bangkok dan HK aku tak kisah sangat. So, aku memang tak layan penjual jalanan sedemikian rupa. Ntah macam mana adik aku pergi tanya pasal minyak gambir tu. Penjual tu kemain bercerita fungsi minyak tu bagi kaum lelaki bla..bla..bla.. Aku yang duduk jauh sikit ni dah bagi hint kat adik aku suruh blah.. Last-last penjual tu cakap macam ni kat adik aku. Katanya adik aku sesuai la pakai minyak ni sebab baru kahwin (sambil memandang kepada aku). Whattttt!!!!!!!?????? Terus aku bidas kata laki tu adik aku.. Terus dia say sorry... Eeeuuwwwww geli aku! Tak payah kot nak promote-promote barang tanpa tanya dulu..

 

 

 

Suasana waktu malam





    Hari kedua di Kuching kami join trip ke Semenggoh Wildlife Centre. Kami ambil pakej dekat hotel. Harga seorang aku tak ingat la. Rasa lebih kurang RM20-RM30 kot. Kalau tak salah aku dekat Kuching ni, lokasi tempat pelancongan dengan tempat pelancongan yang lain agak jauh. Memang tiada pilihan kecuali sewa kereta atau join mana-mana pakej yang disediakan. Pagi-pagi dah ada orang pick up kami naik van ke sana. Just aku dan adik aku je orang Malaysia yang join. Van kami penuh dengan mat dan minat saleh je. Sampai kat sana, dapek la aku nengok orang utan dari jarak yang dekat. Waktu sampai tu pulak memang ngam-ngam waktu orang utan ni makan, maka banyak la orang utan ni bergayut-gayutan dan menghampiri makanan yang disediakan.

 

 








 


   Bab makanan di Kuching ni macam tiada banyak pilihan. Aku dan adik aku makan di kedai muslim depan hotel je. Ade jual nasi campur dan makanan bergoreng. Harga pula rasanya agak mahal berbanding harga makanan di semenanjung. Ada sekali aku makan di Sebila Cafe area hotel jugak. Tapi kena rajin berjalan sikit baru boleh jumpa kedai makan ni sebab lokasinya tersorok sikit. First time aku try makan mee kolok dekat kedai ni la.. Rasanya ok ok je. Macam makan maggie dengan kuah sup plus kicap.. Aku try gak laksa sarawak kat sini. Rasa so so juga.. Mungkin sebab first time try kan dan aku tak tahu tahap kesedapan kedua-dua jenis makanan ni sebenarnya macam mana. Kalau tanya laksa penang atau laksa kedah aku tau la level kesedapan dia. Tak gitu? Sebab dah biasa makan kannn...








Licin mee kolok aku






   Gambar di bawah pula diambil sepanjang  di Waterfront, Kuching. Area Waterfront tu ada banyak gerai-gerai kraftangan. Aku rasa dekat Kuching je aku boleh beli keychain dengan harga 50 sen sebiji. Dah la banyak design and ada juga yang hand made. So banyak juga keychain dan fridge magnet yang aku angkut. Aku beli juga shoulder beg yang diperbuat daripada cantuman kain-kain batik Sarawak. Macam rare dan unik! Harga kalau tak salah RM15.












Shoulder bag yang berjaya dibeli. Selepas 3 tahun baru aku menggunakannya ketika ke HCM City.





   Kalau korang bercadang nak beli kek lapis Sarawak dan terubuk masin, boleh la naik sampan ni dengan menyeberang sungai Sarawak ni. Sekali naik sampan dikenakan caj 50 sen sekepala.. Dekat seberang sungai ada beberapa gerai makan dan gerai-gerai yang menjual terubuk masin dan kek lapis Sarawak. Sempat la aku dan adik aku lepak-lepak kat sini sambil tengok sunset..












  










Sekian, terima kasih

Saturday 23 November 2013

Hantu Dalam Botol Kicap

 

 

 

 

 

 

Sewaktu peperiksaan Pendidikan Islam Tingkatan 4 kelas perdagangan berlangsung, aku akan  berlegar-legar dalam kelas untuk memastikan peperiksaan berjalan dengan lancar. Bila menjaga kelas yang hujung-hujung, macam-macam ragam boleh aku saksikan. Tapi aku akan sedaya upaya memastikan mereka berusaha menjawab soalan daripada membiarkan kertas kosong begitu sahaja.

 

Tok..tok..tok...

 

 

Aku mengetuk meja bagi mengejutkan pelajar yang sedang tidur.

 

 

Kadang-kadang aku akan membantu pelajar membetulkan ejaan.

 

 

Seorang pelajar mengangkat tangan lalu aku menghampirinya.

 

 

Cikgu, betul tak saya eja Alhamdulillah macam ni? Tanya pelajar itu kepadaku dengan perlahan.

 

 

Ketika lalu di tepi meja seorang pelajar, aku perhatikan dia cuba menjawab soalan berikut:

 

Berikan 4 contoh perbuatan khurafat?

 

 

 

Jawapan yang diberikan pelajar itu adalah 'menyimpan hantu'.

 

 

 

Lalu aku  tidak semena-mena bertanya dengan perlahan kepada pelajar itu. 

 

 

 

 

 

Aku: Simpan hantu di mana?

 

 

Pelajar: Dalam botol kicap... (muka yakin tanpa rasa bersalah)

 

 

 

 

 

Aku berlalu pergi sambil tersenyum-senyum. Hatiku berbisik, kuatnya la hai pengaruh  filem Hantu Dalam Botol Kicap ke atas minda anak-anak kini.

 

 

 

Salah Siapa? David Teoh ke???

 

 

 

 

#Tepuk dada tanya selera

 

 

 

 

Salah saya ke nye pun adoiii???

 

 

 

 

 

 

Friday 22 November 2013

Najwa Letop

Rasanya dah lama aku tak pakai tudung bawal. Dekat setahun dah kot! Semua tudung bawal aku lipat dan simpan elok-elok dalam satu beg.

 

Habis hang pakai apa? 

 

Of course la shawl bagi mengikut trend terkini.hahaha.. 

 

Ceitt! Aku pakai shawl bukan mengikut trend tapi aku rasakan shawl lebih mudah dipakai, labuh, murah dan kadang-kadang tak perlu di'iron'. Yang penting, aku tak perlu nak spray starch bagi memastikan shawl aku tak senget benget ketika ditiup angin. Kadang-kadang aku kagum melihat gadis-gadis memakai tudung bawal tanpa ada masalah senget benget. Jeles!

 

 

Jeles tengok Kak Juma pakai bawal okeh!

 

 

Aku memakai shawl sepanjang menjalani praktikal di salah sebuah sekolah di Putrajaya.  

 

Suatu hari semasa menaiki tangga, aku telah bertembung dengan beberapa orang pelajar yang  sedang menuruni tangga yang sama.

 

Tiba-tiba salah seorang pelajar berkata kepada rakannya.

 

 Eh, ni ek Cikgu Najwa Letop yang ko cakap tuh? (sambil sengih beramai-ramai)

 

 

 

 

 

 

Hatiku pun berkata, kurang asam korang panggil aku Najwa Letop!!!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

#Sebab aku pakai shawl aku digelar Najwa Letop. Terus rasa nak menyayi, segala kata cacian yang telah engkau berikan, membuatku rasa kosong-kosong.............. :)

Wednesday 20 November 2013

Perubahan


Aikkk.... 

 

Pesal blog hang asyik berubah? Sat design macam ni.. Sat design macam tu.. Aritu design berbunga-bunga mekar setaman. La dah takdak.. Layu di tasik madu tak pun layu di pusara bak lagu Pojiah Latip dan Samihah Omar. Nampak sangat hang ni macam tak dak pendirian kan? Mudah berubah hati? Mesti susah nak puaskan hati hang kan?

 

 

 

Hmmm... 

  

 

 

Dalam kehidupan perlu ada perubahan ke arah yang lebih baik

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

#Al-Fatihah untuk adik Ahmad Ammar Ahmad Azam yang telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya di kota Istanbul.


Monday 18 November 2013

Keychain & Fridge Magnet

Jujurnya aku belum puas untuk menjelajah negara-negara lain. Insyaallah kalau ada rezeki bolehlah aku memasang angan-angan untuk melihat ciptaan Allah SWT yang terbentang luas lagi! Setakat ini aku dah pernah ke Indonesia (ketika kecil dulu), Thailand, China, Hong Kong dan Vietnam. Bak kata somebody dalam filem Sang Pemimpi, kalau nak bermimpi yang tinggi-tinggi, bermimpilah... tapi kena harus yakin dengan mimpi itu dan temui jalan yang terbaik untuk meraihnya. Maka, mari kita bermimpi dan memasang angan-angan mulai hari ini. Tak salahkan?Asalkan kita yakin dan sentiasa berusaha untuk mencapainya.

   Sebelum ini aku pernah mengatakan yang tujuan aku travel adalah untuk melihat negara orang. Apa yang aku lihat dan temui di negara luar, aku save dalam otak. Sebagai backup, aku tulis dalam blog dengan harapan aku tak lupa memori yang aku lalui sebelum ini. So kebanyakkan trip aku adalah trip yang tidak perlu mengeluarkan modal yang besar sebab aku tak meletakkan shopping sebagai perkara utama sekiranya ke mana-mana. Lagipun, eden bukan anok orang kayo! Jika ada lebihan duit sedikit, baru aku beli something yang unik untuk hadiahkan pada diri sendiri.

 

Kalau aku kaya...

   

 

 

   Okeh, memandangkan aku ni bukan sukarelawan, jelitawan mahupun jutawan yang mampu beli mini cooper sejibik semata-mata dapat 5A dalam UPSR, maka aku akan menghadiahkan diri sendiri dengan keychain atau fridge magnet kalau pergi mana-mana trip. Simple dan murah! Koleksi aku tidaklah banyak sebab aku baru berjinak-jinak dalam dunia mengumpul benda alah ni. Kadang-kadang ada juga insan-insan yang bermurah hati bagi dekat aku fridge magnet dan keychain bila mereka travel luar negara. Yang penting, aku simpan elok-elok dalam laci almari. Kalau adik aku kacau, memang aku cepuk dahi dia.. hahaha..

 





   

 

 

   See, memang tak banyak sangat koleksi aku berbanding traveller lain yang peti aisnya penuh dengan fridge magnet sampai terpaksa beli peti ais lain semata-mata nak lekatkan koleksi fridge magnet mereka. Macam hiperbola je.. macam tipu je.. hahahaha... Aku ada beberapa ekor gajah yang aku beli memandangkan aku sukakan haiwan itu. Kenapa gajah? Sebab aku dah bosan sebab ramai sangat yang suka kucing, kucing dan kucing... Maka kita cari haiwan yang comel dan unik! So, aku memilih gajah sebagai haiwan peliharaanku. Sesiapa yang ingin menderma gajah-gajah yang unik, boleh la email kepada aku dan aku akan kasi alamat nanti.. hahaha..

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

# p/s: Kalau anda jumpa keychain gajah-gajah yang unik dan menarik, boleh la sekali sekala buat amal jariah dengan menderma kepada aku.. kih..kih..kih.. tapi...........

 

 

 

-

 

 

 

 

 

 

 

 

-

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

-

 

 

 

 

 

 

 

-

 

 

 

 

 

 

kalau hadiahkan gajah pakai sampah sarap macam gambar di bawah, i tak nak la walaupun macam rare je gajah ni..hahaha...

 

Wednesday 13 November 2013

Perahu Kertas








Perahu kertasku kan melaju membawa surat cinta bagimu

Kata-kata yang sedikit gila, tapi ini adanya

Perahu kertas mengingatkanku betapa ajaib hidup ini

Mencari-cari tambatan hati, kau sahabatku sendiri

 

Hidupkan lagi mimpi-mimpi (cinta-cinta) cita-cita (cinta-cinta)

Yang lama ku pendam sendiri, berdua ku bisa percaya

 

Ku bahagia kau telah terlahir di dunia

Dan kau ada di antara milyaran manusia

Dan ku bisa dengan radarku menemukanmu

 

Tiada lagi yang mampu berdiri

Halangi rasaku, cintaku padamu

 

Ku bahagia kau telah terlahir di dunia

Dan kau ada di antara milyaran manusia

Dan ku bisa dengan radarku menemukanmu



Oh bahagia kau telah terlahir di dunia

Dan kau ada di antara milyaran manusia

Dan ku bisa dengan radarku menemukanmu



Nyanyian oleh: Zakiah Nurmala @ Maudy Ayunda


 

 










#Allah telah mencipta manusia berpasang-pasangan walaupun di dunia ini ada bermilyaran manusia pasti akan ketemu jodohnya


Tuesday 12 November 2013

Life Is A Never Ending Learning Process









#Wajah kepuasan terserlah apabila berjaya mengecapi apa yang diimpikan. Alhamdulillah.

Friday 1 November 2013

5 Perkara Menarik Tentang Ho Chi Minh City

 

Tajuk di atas secara umumnya sahaja. Tajuk penuh adalah 5 Perkara Menarik Tentang Ho Chi Minh City Menurut Firasat Aku. hahaha... Lain orang lain pendapatnya. Maka aku ingin menegaskan sekali lagi bahawasanya entri ini dibuat atas pendapat dan pengalaman aku sendiri. Korang jangan pulak nak bidas ek. Kang aku cepuk kepala sekali...wakakaka.. (gelak baru sekarang nampak!). 

 

 

5 Perkara Menarik Tentang Ho Chi Minh City adalah:

 

 

 

1) Rakyat Vietnam boleh berbahasa melayu

 

Kalau korang stay area Ben Than Market, majoriti peniaga boleh berbahasa melayu. Bila lalu je depan mereka, korang akan dengar la aunty atau uncle ni panggil korang macam ni, adik, kakak mari, mari.. murah!murah! Ada yang siap fasih berbahasa melayu lagi. Aku dan Cik Ain memang tak speaking dah habaq hang. Mostly kami bantai cakap bahasa melayu je. Lagi Senang! Sesiapa yang menginap di Saigon Pink Hotel mesti akan nampak bellboy bernama Tung Nguyen. Kemain popular dia ni.. Hari ketiga baru sempat aku dan Cik Ain bertegur sapa dengan dia. Kemain bersemangat dia bercerita dekat aku dan Cik Ain. Dia cakap gadis Malaysia cakap dia macam Tomok la pastu siap ada yang bagi hadiah jam (sambil tunjuk jam yang dia pakai tu). Amboiiii ko Tung, sampai tahap macam tu orang Malaysia sayang ko. Aku dan Cik Ain berpendapat dia ni nice la. That why orang Malaysia yang menginap kat sini boleh kamceng dengan dia. Aku ambil kesempatan jugak korek info pasal Vietnam kat dia. So bagi membalas jasa ko Tung Nguyen, aku dah berjanji nak promote gambar ko di blog aku. muahahaha.. Selain itu, si Tung ni cakap sangat mudah nak belajar bahasa melayu. Aku suruh la dia ajar simple word seperti terima kasih dalam bahasa Vietnam. Kemain tergeliat nak sebut. Aku surrender awal-awal. Susah!

 



Tung Nguyen

 

 

 

Kanak-kanak di bawah ni pula berumur 11 tahun. Masih memakai uniform di waktu malam kerana menolong ibunya berniaga. Yang paling aku kagum dengan budak ni, dia boleh bercakap 15 bahasa. Ooo maaakkk kaauuuu!!!! Kita yang dah lama hidup ni pun tak mampu nak menguasai lebih dari dua bahasa. Katanya, dari umur setahun dia follow mak dia merantau ke negara luar untuk berniaga. Akhirnya, umur 11 tahun dia dah mampu cakap 15 bahasa habaq hang. Bahasa melayu dan english dia memang fasih. Aku test dia suruh cakap bahasa korea pulak. Kemain dia ber'anyo haseyo'..hahaha..

 

 

 

 

 

 

 

2) Skill Menunggang Motorsikal

 

Seperti yang sedia maklum, pengangkutan utama penduduk di sana adalah motorsikal. Memandangkan Vietnam bukan negara maju maka tidak pelik lah bila tidak ramai penduduk yang mampu memiliki kereta sendiri. Skill menunggang motorsikal mereka agak mengagumkan bagi aku sampai boleh kena heart attack.hahaha.. Serius sangat scary okeh! Tambah-tambah part round board atau simpang yang tiada traffic light.. Lagi boleh kena heart attack bila nak melintas jalan. Mula-mula sampai di Ho Chi Minh City, aku dan Cik Ain memang agak gabra nak melintas. Tapi kebanyakkan yang pernah datang ke sini mengatakan penunggang motorsikal akan automatik berhenti atau mengelak bila melihat kita sedang melintas. Pada aku still kena berhati-hati dengan pandang kiri dan kanan dahulu sebelum melintas. Tak boleh main terjah je.. Satu lagi, korang perasan kan yang patern helmet mereka ni sangat colourful dan bermacam-macam design. Yang penting helmet mereka ni jenis helmet 'steng' (helmet setengah atau separuh). Unik dan sangat rare!

 

 




 

 

 

 

 

 

3) Gajah

 

Sepanjang berada di Ho Chi Minh City, aku dan Cik Ain perasan terdapat banyak cenderahati berbentuk gajah, monyet dan kerbau. Peminat gajah seperti aku berasa agak musykil dan tertanya-tanya kenapa mesti gajah? Thailand yang terkenal dengan gajah pun tidak menjual sebegitu banyak cenderahati berbentuk gajah (berdasarkan pengalaman aku ke Bangkok dahulu). Jadi aku pun bertanya kepada peniaga di Cho Ben Thanh dan dia mengatakan gajah memang menjadi identiti negara Vietnam. Yeker? Aku ada buktinya.. 

 

Let me show u...

 

 

 

 

 

Taraaaa.... 

 

 

Dekat duit 1000 dong pun ada gambar gajah.  Maka kemusykilan aku kini sudah terjawab. Sekian..

 

 

 

 

Aku yang merupakan peminat haiwan bernama gajah sudah pasti tidak melepaskan peluang membeli cenderahati berbentuk gajah untuk simpanan peribadi. Aku nak share juga beberapa keping gambar cenderahati berbentuk haiwan kesayanganku yang sempat diambil sepanjang berada di sana. Macam comel je, macam cantik je... :)

 

 


Dari kiri: Encik Gajah, Puan Monyet dan Cik Kerbau







aku punya!

Puppet

 

 

 

 

 

4) Penggunaan Mata Wang

 

Ho Chi Minh City memang sudah dikenali di kalangan pelancong yang kaki shopping. Memang tak sah kalau makcik-makcik, pakcik-pakcik, abang-abang dan kakak-kakak yang datang sini kemudian tak beli kain cotton, baju kurung ready made, beg deuter dan sebagainya. Urusan urusniaga di sini sangat mudah apabila mereka menerima 3 jenis mata wang iaitu Dong, US Dollar dan RM. Semasa nak ke area Ben Thanh dari airport, aku dan Cik Ain naik bus no 152. Disebabkan tiada duit kecil, pemandu bas menyuruh kami membayar menggunakan duit US Dollar. Terasa macam kagum je naik bas kat Vietnam tapi pakai US Dollar. Kalau naik bas rapid kat KL just accept RM je okeh! Selain itu, sebelum membeli kena bijak bandingkan jenis matawang yang mana paling menguntungkan. Aku rasa guna dong dan RM kot yang paling untung.. Sesiapa yang rasa dia lemah dalam matematik tu, sila la bawa calculator. Kang pening pulak nak mengira pakai tangan dan kaki tuh.

 

 

 

 

 

 

5) Pho dan Kopi Ais 

 

Pho dan kopi merupakan makanan dan minuman rasmi penduduk Vietnam. Aku perasan banyak kedai dan gerai yang menjual pho dan kopi ais. Apa yang boleh aku cakap, pho dan kopi ais Vietnam memang terbaik! Adalah sangat rugi jika berkunjung ke Vietnam tapi tidak mencuba pho dan kopi ais di sana. Jangan pula sampai je Vietnam terus nak cari nasi lemak tak pun nasi goreng. Bersusah payah aku promote pho dan kopi ais dalam blog aku. Kalau korang degil jugak tak nak try memang eden nak bersara terus dari arena blogging ni. Kemain punya ayat!hahaha.. Pho di kedai makan Hajah Basiroh memang sangat lazat dan kopi ais di gerai Amin Halal memang sangat kick! Pho dijual dengan harga 60000 dong semangkuk manakala kopi ais pula berharga 20000 dong segelas. Yang paling penting kedai Hajah Basiroh dan gerai Amin Halal terima pembayaran duit menggunakan RM. So tak perlu risau ye.. Makan lah sebanyak mana yang anda mahu!hehehehe...

 

















#Walaupun pho di Vietnam sangat sedap, kueyteow sup mak aku totap menjadi poojaan hatiku..hahaha