Total Pageviews

Friday 30 October 2015

Bandung Trip Part 3: Pasar Gasibu

Happy sunday people!


Sesiapa hantu pasar sila angkat tangan???? Hantu pasar??? 


Aku salah seorang hantu pasar. Orang kedah macam aku advance sikit. Kami panggil pasar, market. Omputih habis orang kedah noh. Baru hampa tau! hahahaha.. Kalau travel ke negara luar, memang tak boleh miss ke pasar. Aku suka suasana pasar. Sambil-sambil tu boleh tengok culture, sosial dan sebagainya. Tak lupa bagi hantu shopping, pasar menawarkan harga yang lebih murah berbanding tempat lain. 


Selalunya pasar pagi mahupun pasar malam yang besar dan happening beroperasi pada hujung minggu sahaja. Better plan your trip supaya sempat mengunjungi Pasar Gasibu Bandung! Pasar Gasibu hanya beroperasi pada hari ahad sahaja. Lokasi pula berada di Jalan Dipati Ukur, Kota Bandung. Kata supir aku, dekat aja dengan area Dago. Actually, supir aku yang advise kami ke sini. Kami tak tahu pun kewujudan pasar ni. Suasana Pasar Gasibu lebih kurang macam Pasar Karat di Shah Alam. Happening gila! Ianya mula beroperasi seawal pukul 6 pagi sehingga pukul 12 tengah hari. 


Apa yang menarik di Pasar Gasibu? Pertamanya of course harga bergolek-golek lebih murah berbanding tempat lain. Ruginya tak beli banyak sourvenir di sini. Paling best, sometimes tak payah nak bargain pun sebab harga dah sangat murah. Satu lagi kat sini macam-macam barang dijual sampaikan tak terjangkau di kotak fikiran aku. Tak pernah lagi aku tengok orang jual umang-umang hidup di mana kulitnya diwarnakan dengan pelbagai corak dan warna. Unik! 


Sekiranya berkunjung ke sini, aku nasihatkan datang awal pagi agar tidak bersesak-sesak. Around pukul 9 ke atas, orang dah mula ramai. Selain tu, pastikan anda ingat pintu masuk dan keluar. Aku dan Cik Y pening-pening cari pintu masuk disebabkan terlalu ramai dengan manusia. Tak lupa, be careful with your bag. Banyak pencopek katanya. Peniaga kat sini siap pesan dengan aku dan Cik Y, agar sling bag kami sentiasa berada di hadapan badan. Pesanan terakhir, berhati-hati dengan duit anda agar tidak banyak dilaburkan di sini. Phewwww....






obral=murah







Rugi tak beli mask kat sini. Balik Malaysia, semakin teruk pulak jerebu.














Pasar mulai sesak dengan pengunjung







Umang-umang ini masih hidup! Mau design apa?Doraemon?Spiderman?Angry Bird? 







Banyak tempat yang aku perhatikan ada menjual baju untuk patung barbie. Peniaga di sini menjahit sendiri baju-baju ini.







Rantai di atas aku beli dengan harga Rp10000 bersamaan dengan RM3. Ada banyak jenis patern yang unik dan cantik. Rambang mata! Kalau tempat lain seperti di Jalan Cihampelas, harganya lebih mahal. Terpaksa kena bargain lagi. Sempat juga aku beli dress dari kain batik Indonesia untuk my niece. Harga around Rp15000 je. Berpatutan dari beli di Tawau.


Akibat terlalu ramai manusia, maka ianya sedikit sebanyak membantutkan aku dari mengambil lebih banyak gambar. Di Pasar Gasibu juga menjual pelbagai jenis makanan. Nak rasa nikmat makan bersila berama-ramai, boleh lah datang ke sini. Apa-apa pun pasar ini perlu berada dalam your top list sekiranya anda travel ke Bandung. 













#Next mission nak terjah the largest market in Bangkok

Saturday 17 October 2015

Bandung Trip Part 2: Kampung Daun, Rumah Makan Masakan Padang & Paskal Food Market

Entri ni memang aku buat khas untuk story pasal makanan-makanan yang sempat aku rasa sepanjang berada di Bandung. Ada yang ok dan ada juga yang .....................   krik krik krik. 


Di Lembang, Kampung Daun ni memang ngetops habis orang kata. Aku teruja nak datang lepas tengok Mad Market edisi Hanis Zalikha dulu. Dalam mad market, siap tunjuk ada orang buat performance bagai. Kemeriahan memang sangat terserlah. Bila aku sampai, tak semeriah yang aku sangkakan. Tak de pulak orang buat performance. Maybe sebab weekday kot! Tak pun performance tu khas dibuat untuk masuk tv je. 






Alat di atas ni perlu di ketuk untuk memesan makanan





Pelik-pelik nama menu di sini. Iga tu adalah daging. Buntut pulak adalah ekor.








Suasana makan di sini memang ala-ala kampung. Boleh pilih untuk duduk bersila atau duduk atas kerusi. Ada cara nak panggil waiter. Depan bangsal yang kita duduk, ada alat untuk diketuk (diperbuat daripada buluh rasanya). So, ketuk la benda tu sekali dua. Nanti waiter akan datang. Harga makanan dekat sini agak mahal tapi bersesuaian dengan suasana yang ditawarkan. Aku order nasi tembel (Rp60000) dan air mineral (Rp6000). Jangan lupa campur dengan tax 10%. Rasa nasi tembel ni ok ok je. Aku bagi rate 6/10. Nasi dan ayam tak panas pun. So, kurang menbangkitkan selera.





Nasi Tembel


Next is nasi padang. Aku try menu ni dua kali je. Masa turun dari Kawah Putih dan sewaktu dalam flight balik ke KL. Nasi padang dalam flight tak beberapa sedap. Actually, aku pun tak tau nak nilai tahap kelazatan nasi padang sebabnya baru pertama kali cuba. Tapi, nasi padang yang aku makan sewaktu turun dari Kawah Putih sedap dan murah. Recommended! Sewaktu turun dari Kawah Putih, anda perlu menyeberang jalan. Lokasi kedai ni berada dengan deretan gerai-gerai yang lain. Walaupun gerai agak buruk, tapi rasa tidak mengecewakan. Aku siap tambah sambal dia lagi. Aku bagi 8/10. 










Sambal hijau tu sedap! Siap tambah lagi. Harga menu di atas lebih kurang Rp15000-Rp16000. Teh tanpa gula diberikan percuma.  


Untuk menikmati makanan dalam suasana yang happening dan bandar Bandung, anda boleh datang ke Paskal Food Market. Yang ni memang sangat-sangat recommended! Kenapa??? Sebabnya di sini terdapat lebih daripada 100 gerai yang menjual pelbagai jenis makanan, mulai dengan makanan tempatan, western, Jepun dan Korea. Suasana open air dan ada pulak busker yang perform. So, memang layannnnn.... Harga makanan mostly dalam Rp30000 dan plus 10% tax. Untuk ke sini, aku roger Yoga je suruh bawakkan. Service supir udah dibayar untuk satu hari kan. Rugilah kalau tak guna sampai ke malam. Dua kali aku datang ke sini sebab tak puas makan.







Ni cuma sebahagian deretan gerai yang ada. Rambang mata nak memilih menu.








Ni iga bakar pedas. This is my favourite menu. Aku request nak extra pedas sebab aku ni hantu pedas luar biasa. Rasa sedap giler sebab dihidangkan panas-panas. Harga sekali nasi lebih kurang Rp35000-Rp40000 kot. Lupa sudah. Selain dari menu ni, aku dan Cik Y try satay apa ntah. Sedap sampai lupa nak ambil gambar. hehehehe.. Hari kedua ke sini, aku kempunan nak makan bebek (itik). Aleh-aleh katanya kuah belum sampai. Sedih! Terus order nasi goreng berapi. Memang berapi tapi lazat! Jika anda ke Bandung, jangan lupa ke Paskal Food Maket. Pasti tidak mengecewakan. 


Aku try juga makan di satu restoran ni di area mana ntah. Restoran ni agak terselit di celah lorong-lorong. Kami main redah je cari kedai makan. Kata aku pada si Yoga, 'Yoga, ko bawa kami ke kedai makan yang ok tapi tidak mahal'. Ekpedisi mencari bermula sehingga diketemukan dengan ayam semar pandawa. Tidak mengecewakan dan harga juga berpatutan.

 





Actually aku teringin nak try makan bakso tepi jalan tapi takut sakit perut. Last day dekat Bandung, aku dah tak tahan lapar sangat. Terus terjah gerai makan mee bakso. Tengah asyik makan, tiba-tiba ternampak kelibat sesuatu...... U.L.A.T!!!!!. Adoiiiiiiiii....... ada ulat sayur. Tragis.


Mee bakso ulat+avocado coklat



Before aku end up entry ni, jangan lupa try jus-jus buah di Kota Bandung sebab harga sangat berpatutan. Harga antara Rp5000-Rp7000. Jus sangat pekat okeh dan ada pelbagai jenis buah yang dijual. Makasar, terung apa ntah, avocado dan lain-lain lagi. 









#Igal bakar sentiasa dalam igauan.

Bandung Trip Part 1: Tangkuban Perahu, Floating Market & De Ranch

Hi!

Aku terjah Bandung selama 4 hari 3 malam pada bulan 9 yang lepas. Bandung memang dalam favourite list. Bila tengok tiket flight agak murah iaitu RM210 return (cuti sekolah), maka aku rembat jelah. Tak payah nak pikir panjang. Janji boleh tengok negara orang dan dapat hilang stress dah memadai.


Before nak fly ke Bandung, berlaku sekali lagi tragedi hampir-hampir ditinggalkan flight. Nak menangis okeh! Al-kisah flight aku  dari Tawau ke KL  pukul 6.40 petang (last trip). Manakala flight ke Bandung keesokkan harinya pukul 6.50 pagi. Ikut plan aku, malam tu nak overnight dekat KLIA2 je. So, pukul 4.30 petang aku drive dari Semporna ke airport Tawau. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam. Nak dijadikan cerita, before sampai Balung jem panjang giler! Adusssss... Aku dah menggelabah ni. Patutnya dalam 15 minit je dah nak sampai airport. Kenapa jem pulak ni??????. Masa tu aku membayangkan aku akan miss flight ke KL dan Bandung. Lagi menggelabah tahap dewa bila tengok jam hampir sejam jugak aku trap dalam jem. Lepas je area Balung, kereta dah mula bergerak lancar. Time ni lah aku pecut kereta macam orang gila. Akhirnya pukul 6.20 petang aku berjaya sampai airport. Lepas je imigresen, aku tengok skrin. Naa..... flight delayed sejam!  


Aku jumpa Cik Y di KLIA2. Ini merupakan pengalaman pertama aku dan Cik Y bermalam di airport. Yang bestnya, kami boleh slumber tido atas lantai depan kedai apa ntah. Aleh-aleh kena halau dengan pak guard. Cis! Last sekali, kami terlena atas kerusi je. Tu pun tido mati jugak la. Pukul 5 pagi, kami siap-siap get ready untuk fly. 






Kami tiba di Bandung pada pukul 8.05 pagi. Before flight nak landing, boleh nampak kepadatan kota Bandung. Sampaikan aku macam flight nak landing atas rumah orang je. Keluar dari airport, supir aku Yoga datang jemput. Patutnya Opik yang ambil kami. Selama ni aku deal dengan Opik je. Malangnya Opik bawak tourist dari Singapore. So, dia suruh kawan dia si Yoga ni bawak kami. Aku ok je. Masa first tengok si Yoga ni rasa macam scary pun ada. Nampak macam tak terurus mamat ni. Bila dah kenal,  rupanya mamat agak blur jugak lah dia. 'Eh Yoga, kau tau tak nama kau nama sejenis senaman?' soal aku. Krik.. krik..krik... 


Before fly, kami dah siap-siap dengan itinerary kami. Aku minta Yoga bawa kami ke Lembang. Di Lembang ada wisata-wisata seperti Tangkuban Perahu, Floating Market, De Ranch, Kampung Daun dan lain-lain. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam melalui kawasan tanah tinggi. Nyaman sekali dong cuaca awal pagi di Bandung. Jalan menuju ke area Lembang sangat sempit dan bengkang-bengkok. Sekitar jalan boleh nampak kawasan rumah-rumah penduduk tempatan yang agak kurang terancang dan rapat di antara satu sama lain. Di sekitar jalan penuh dengan peniaga jalanan. Majoriti daripada mereka menjadikan perniagaan sebagai cara mudah untuk meraih pendapatan. 


Sepanjang perjalanan, kami memang bertanya macam-macam sama si Yoga. At least we gain something and at the same time Yoga ni tak lah segan plus boring. Jika menuju ke Tangkuban Perahu, ada banyak gerai tepi jalan yang jual satay kelinci (arnab). Oh yang ni aku tak sempat rasa. Rugi sangat!





Jarak rumah sangat rapat antara satu dengan yang lain. Ala-ala rumah di Korea.





Tiket masuk ke Tangkuban Perahu berharga Rp200000 seorang (weekdays). Jika anda bawa kenderaan masuk, dikenakan caj lagi sebanyak Rp25000. Tiket ke Tangkuban Perahu agak mahal bagi pelancong asing. Jauh berbeza dengan harga tiket penduduk tempatan iaitu sebanyak RP20000 sahaja. 


Gunung Tangkuban Perahu terletak sekitar 20km di utara Kota Bandung. Gunung berapi ini masih aktif dan menjadi lokasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi di Jawa Barat. Gunung Tangkuban Perahu memiliki beberapa kawah diantaranya Kawah Ratu, Kawah Upas, Kawah Baru dan Kawah Domas.






Kawah kelihatan kering. Menurut Yoga, dah lama hujan tak turun di bumi Bandung.





Kuda padi




Best dengar pak cik ni main angklung.







Kami spend tak sampai sejam pun di Tangkuban Perahu sebab nak rush ke tempat lain pulak. Next, kami ke Floating Market. On the way nak ke Floating Market, aku dah rasa loya-loya. Turun je dari kereta, terus muntah. Erkkkk... 







Tiket masuk Rp 15000 seorang dan bisa tukar dengan secawan air. Just tunjuk tiket anda dan pilih air yang anda mahukan. Untuk membeli makanan di sini, anda perlu tukar duit dengan token. Token paling kecil bernilai Rp5000. Disebabkan tekak aku masih tak selesa, aku tukar Rp10000 je. Berdasarkan pemerhatian aku, kebanyakan makanan berharga Rp20000 ke atas. Aku dan Cik Y share duit beli pisang goreng cheese coklat. Rasa kurang menyengat! Kebanyakan masa dihabiskan dengan menikmati pemandangan sekeliling.







Aku tukar dengan air sunkist tapi rasanya mendukacitakan. Better korang tukar dengan lemon tea.





View sekitar Floating Market










Pisang goreng dibwah ni harga Rp20000.





De Ranch menjadi pit stop ketiga kami. Hasil risikan dari lama sesawang, aku terpesona dengan kecantikan tempat ala-ala perkampungan cowboy ni. Bila dah sampai, erkkkkk.... Tak macam perkampungan pun. De Ranch pada aku lebih sesuai untuk kunjungan family yang ada anak-anak kecil. Selain menunggang kuda, di sini juga menawarkan permainan khususnya untuk golongan kanak-kanak. Tiket masuk berharga Rp10000 dan anda boleh tukar tiket dengan susu sapi. Susu sapi ni ada beberapa perisa dan aku pilih perisa nescafe kot. Sedap!




susu sapi










Ok, kita sambung nanti untuk Part 2. Untuk Part 2, aku fokus pada makanan je. Tetiba pulak rasa lapar. Ayuh ke dapur!