Total Pageviews

Monday 24 November 2014

Ke Korea Ke Kita

Assalamualaikum..




Dengan rasa syok level maximum aku ingin mengucapkan bahawasanya cuti sekolah sudah bermula. Hooray hooray its holi holiday... Terus nyayi lagu Boney M yang sangat lagend itu!




Lebih kurang seminggu lebih lagi aku akan ke Korea. Trip kali ini adalah yang paling lama dalam hidup aku iaitu selama 10 hari 9 malam. Trip ini meliputi bandar Seoul, Sokcho dan Busan. Risau sakit kaki nanti kalau asyik berjalan je.. Bertambah risau bila tengok cuaca di Korea semakin sejuk dari hari ke hari. Doakan semoga perjalanan ini lancar. 



Antara persediaan yang aku dah dan bakal buat ialah:

  • Passport: Esok, lusa baru terhegeh-hegeh nak renew passport.. Passport yang latest tak payah sedia gambar. Pergi je imigresen, ambil gambar kat sana je terus. Gambar dalam black&white.
  • Itinerary: Dah siap! Sangat penting benda alah ni okeh.. Kalau tak memang pecah kepala tanpa arah tujuan dekat Korea nanti. Rasa dah lengkap itinerary aku. Siap direction, budget kasar dan gambar. Thanks untuk blogger yang sudi berkongsi itinerary mereka.

  • Guest house: Dah booked through Agoda! I pilih yang murah-murah je dan berdekatan dengan subway yang boleh capai banyak tempat. So tak perlu nak tukar banyak train nanti.

  • Winter Coat/Jacket+long john: Yang ni tak beli lagi.. minggu depan baru nak beli. Sila google cuaca di Korea sewaktu anda ingin ke sana. Agak-gak winter coat/jacket tak mampu menahan kesejukkan, sila lah spare long john atau pakai baju berlapis-lapis dekat dalam. 

  • Glove: Aku recycle yang lama. Beli kat Daiso 2 pasang. RM5 sepasang. Tapi sakit hati sebelah sarung tangan aku dah hilang. Sabo jelah..

  • Kasut+stokin: Ni paling aku risau... Teringat kisah sakit kaki semasa trip China-HK. Aku memang tak nak pakai boot bulu-bulu bagai.. Gaya tak penting ye uolls yang penting kaki aku selesa. So, better usha sport shoes yang selesa dipakai sepanjang masa. Jangan lupa pakai stokin!

  • Botol air: Pakai supaya nak membuang hajat di toilet senang.

  • Ubat-ubatan: Penting ni uolls bagi sesiapa yang pernah mengalami sakit kaki time travel macam aku. Sediakan apa yang patut. Tiger balm, painkiller etc.. Sediakan lip balm sekali sebab bibir anda akan kekeringan dalam cuaca yang sangat sejuk.








  • Makanan: Aku tak beli luggage pun. Aku just bawak backpack dan sling bag. So, aku rasa aku taknak menyemakkan beg aku dengan makanan yang tak penting seperti keropok dan maggie. Aku plan just nak bawak minuman paket 3 in 1, serunding, ikan bilis kering dan bubur nasi dalam packet nipis tu. Jimat space beg aku. Nasi segera boleh beli kat Korea nanti.

  • International adapter: Aku dah ado benda ni tapi mana entah ianya menghilang... Uwaaaaaa!!! Kalau terlupa nak beli, aku ingat nak beli kat Korea jela..

  • Korea Won: Lagi 2,3 hari before fly baru ingat nak tukar. Plan nak tukar dekat Ampang Park atau Midvalley sebab dekat sana memang murah.

  • Exercise: Hmmmm... Panaskan dan aktifkan badan dulu anda before fly. Aku pulak dok aktifkan mulut dengan makanan je. Buruk perangai!















#Kadang-kadang Allah memberikan kesakitan supaya menjadikan kita sedar akan nikmat sihat. Sakit itu kifarah dosa.

Wednesday 12 November 2014

Land Below The Wind Trip: End Of Journey

Berbalik kepada entri sebelum ni, lepas Desa Dairy Farm, kami singgah kejap depan pintu Memorial Park. Ambil gambar di depan pintu je uolls sebab banyak tempat lagi nak singgah. Lupa nak cakap, kalau ke Kundasang banyak sayur murah-murah area tepi jalan besar. Boleh la singgah membeli kalau uolls rasa sayur tu tak layu dan tak busuk kalau bawa balik ke Semenanjung. Kalau tak silap aku, harga bagi 3 jenis sayur adalah RM10. So, boleh la pilih sayur campur-campur korang nak. Masa first time ke Kundasang dengan student dulu, aku sempat membeli cili warna putih. Kempunan wehhh sebab aku pernah makan cili putih tu dengan pho time dekat Ho Chi Minh City dulu. Slurpppppp……..





Pekan Kundasang








I like!!!!







Sepanjang nak ke Kota Kinabalu dari Kundasang, kami sempat singgah dan ambil gambar di Kinabalu Park, Pekan Nabalu, Jambatan Tamparuli, rumah terbalik dan Tanjung Aru. Kebanyakkan tempat ni kami singgah kejap-kejap je. Ambil gambar, tengok nature dan blah… hahaha.. Pada aku, antara tempat-tempat yang kami singgah, aku paling suka jambatan Tamparuli kot sebab ada nilai tersendiri dan ia juga menjadi identiti bagi daerah Tamparuli. Kira lagend la jambatan ni. Masih kukuh! Area jambatan ni ada pasar basah dan kering. Aku sempat beli pisang goreng RM3 tapi mak cik tu bagi penuh seplastik. Untung bah kalau berbahasa sabah dengan rakyat tempatan. 


Kinabalu Park















Pekan Nabalu
















Jambatan Tamparuli















Tiba-tiba aku teringat kisah ngeri. Aku bukan pembunuh!!! Aku tak bersalah!!! Ohhh tidakkkk!!!! Kisah ni terjadi lepas kami singgah Pekan Nabalu. Time tu hujan renyai-renyai dan kemudiannya semakin lebat. Jalan pulak bengkak-bengkok, naik dan turun bukit. Nak dijadikan cerita time turun bukit ntah macam mana tetiba ada seekor ayam yang rabun plus kurang cerdik melintas jalan tanpa memandang kiri dan kanan. Aku memang tak mampu nak elak. Kalau brek mngejut time jalan licin plus turun bukit memang boleh excident gamaknya. Maka, hilanglah nyawa seekor ayam kampung di Kundasang. Maafkan daku! Sobs sobs sobs...



Tanjung Aru is our last destination sebelum kami kembalikan semula kereta di airport. Tanjung Aru ni dekat sangat dengan airport. So, tak perlu risau nak tercari-cari. Dekat Tanjung Aru ni lah aku tercari-cari ais kacang buah yang hangat diperkatakan. Masa first time pergi Tanjung Aru, aku tak jumpa benda alah ni. Kali kedua aku pergi barulah jumpa. Memang lokasi gerai ni jauh sikit.. Kena menapak ke hujung persisiran pantai baru jumpa. Rasa ais kacang ni so so je.. Sedap lagi ais kacang coklat dekat Shah Alam uolls.. Tapi yang bestnya, buah die berlambak-lambak dan pelbagai jenis. Boleh lah try kalau anda penggila buah tegar macam aku.



Kesimpulannya, cuti selama seminggu dipenuhi dengan round Sabah je. Dua kali aku turun KK (sekali guna jalan darat yang memakan masa selama 12 jam dan sekali lagi naik flight) dan sempat cover dua pulau di Semporna. Tak lupa, aku pernah tulis entri pasal merancang budget trip ke KK dengan hanya RM500 dan ianya telah tercapai! Kalau nak round KK memang boleh jimat asalkan anda pergi berdua atau lebih. Anda boleh jimat part sewa kereta, minyak dan penginapan. Nak cover KK selama 3 hari dua malam dan memadai bagi aku. Tak lupa kalau airasia buat promo, teruslah cepat-cepat beli tiket. Rancang perjalanan anda dan selamat bercuti.




Tanjung Aru














Aku jumpa Adira AF tengah bantu mak dia jual buah rambutan. Tak percaya??? Jap aku tunjuk. Keh keh keh....




Buah tarap

Adira sangatttttt...hahahaha..






Entri ni merupakan entri penamat Land Below The Wind Trip… Tiba masanya aku nak buat preparation ke Korea selama 10 hari 9 malam secara backpack. Setakat ni, itinerary aku dah completed. Malangnya, passport baru terhegeh-hegeh nak renew, winter coat dan barang-barang sampingan lain baru nak beli nanti. Phewwwwww…..





Assalamualaikum.











#Lagi 3 minggu nak ke Korea. A winter trip will begin............


Saturday 8 November 2014

Travel Partner Part 2

Entri ini merupakan sambungan daripada entri Travel Partner Part 1 yang aku post hampir setahun yang lepas. Tudiaaaaa.... tudiaaaaa..... ada sambungan lagi uolls... 





Tiba-tiba terasa nak tulis pasal travel partner lagi. Aku rasa sesiapa yang pernah travel secara backpack dalam group yang ramai mungkin pernah merasa pengalaman-pengalaman ngeri apabila tidak sebulu dengan makhluk-makhluk ini... Rasa nak cepuk, hentak dan kasi smackdown lapan puloh enam bilion kali je kan???








Sebab itulah pemilihan travel partner yang baik sangat penting! Aku pernah ingatkan kawan aku supaya memilih rakan yang boleh dibawa berbincang ketika travel. Kang tak pasal-pasal kena ikut kepala otak dia je kan. Kalau rakan anda jenis tidak penyabar dan mudah naik angin pun satu hal. Masalah... masalah..... Habit lain yang perlu anda perhatikan adalah kekerapan masa rakan anda bangun daripada tido. Yang ni kisah benar yang dialami oleh rakan aku sendiri ketika dia dan rakan-rakan travel ke Australia.. Cuba anda bayangkan kalau travel partner anda ni jenis liat nak bangun pagi. Setiap hari paling awal pun dia akan bagun pukul 10, 11 pagi. Nak dijadikan cerita, anda dah plan nak ke tempat sekian-sekian awal pagi. Tak berbulu ke anda melihat dia sedang nyenyak dibuai mimpi atau dengan kata lainnya tido mati! Lagi sakit hati bila makhluk ini nak mandi pun ambil masa sampai berjam-jam...


Anda dan rakan anda perlu mempunyai matlamat atau fokus yang sama ketika travel. Ni pun point yang amat aku titik beratkan time travel.  Contohnya, fokus utama anda ke Korea lebih kepada sightseeing. Aleh-aleh, travel partner anda nak ke Korea sebab nak  membeli belah barang-barang kecantikan, kasut, baju etc sampaikan beranak-pinak beg. Last-last anda pula terpaksa menjadi tukang mengangkat beg insan ini. Lagi terasa hati, bila part sightseeing je, rakan anda kelihatan muram dan kebosanan. Maka, aku yakin perjalanan anda jadi tidak best, menyedihkan dan penuh dengan rasa sakit hati yang sangat mendalam. 



Aku perhati je perangai korang.....





Berhati-hati mengajak rakan yang anda tidak kenali sepenuhnya join trip anda.. Kalau rakan berkenaan sekepala dengan anda, untunglah! Kalau tidak........... sambung ayat ni sendiri.



Setakat ini je dulu entri kali ni.. Mungkin lepas ni akan muncul entri Travel Partner Part 3 pulak kan. Jenuh nak korek idea dan cari info dengan rakan-rakan yang lain. If anda ada pengalaman yang best ataupun ngeri tentang travel partner anda, bolehlah share dengan menghantar komen di bawah. Thanks!











#Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan

Friday 7 November 2014

Land Below The Wind Trip: Desa Dairy Farm

Lepas cover Poring Hot Spring, Tagal dan Sabah tea Garden, kami bermalam di Rocky Mountain Lodge, kundasang. Cuaca memang sangat sejuk pada waktu malam.. Agak-agak cuaca dekat Korea time winter macam mana la gamaknya nanti.. Aishhhhh…







Esoknya, pagi-pagi lagi kami terjah Desa Dairy Farm. Aku tak sure pukul brapa Desa Dairy Farm buka. Tapi antara pukul 8.30 pagi-9.30 pagi kot.. Lebih kurang time tu lah.. Tiket nak masuk ke sini berharga RM5. Lepas beli tiket, ayuh kita ambil gambar dulu. Rugi datang kalau tak ambil gambar. Memang cantik pemandangan di sini. Kata orang view sini ala-ala New Zealand gituew kannn.. Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa.. Nyaman je rasa ok! Sampai je sana boleh lihat lembu tompok-tompok hitam putih ni sibuk makan rumput. Lupa pulak nak korek maklumat lembu ni spesis apa.

















Selain itu, kalau dah terjah sini jangan lupa ambil peluang rasa fresh milk. Memang sedap! Ada 2 jenis perisa susu iaitu plain dan chocolate. Harga susu boleh dirujuk pada gambar di bawah. Ada juga cenderahati seperti keychain, fm dan t-shirt dijual. Aku suggestkan kalau sesiapa ke sini, anda perlu membeli keychain atau fm sebagai kenangan. Kenapa aku kata perlu???  Soalan higher order thinking skill(hots) ni.. Sebabnya, keychain dan fm kat sini tak dijual di tempat lain. Yang kedua, aku rasa fm dan keychain Desa Dairy Farm je yang cun, cantek lagi comel berbanding keychain dan fm biasa yang dijual di tempat lain. So, wajiblah uolls beli ye…. Curlass sangat kan jawapan aku kannn??? Hew hew hew.. Lupa pulak nak inform, harga sebiji fm adalah RM5 dan keychain RM3. So, aku rembat 4 biji untuk diri sendiri.
 


















Aku membuat kesimpulan, Desa Dairy Farm adalah antara destinasi terbaik di Kundasang, Sabah yang patut uolls pergi. Kalau tak terdaya nak ke New Zealand, datang Desa Dairy Farm pun jadilah kannnn...




 
Nantikan entry penamat Land Below The Wind Trip.. BYE!



Wednesday 5 November 2014

Land Below The Wind Trip: Rocky Mountain Lodge

Kami memilih untuk bermalam di Rocky Mountain Lodge, Kundasang. Untuk pengetahuan uolls, lodge ini baru dibina pada tahun lepas. Kalau cari dalam Agoda memang nan hado ye.. Korang search kt google dan fb. Senarai harga, lokasi semua ada dinyatakan. Harga memang ok sangat!








Kalau korang berada di pekan kundasang, korang akan nampak simpang nak ke Desa Dairy Farm dan War Memorial. So, masuk je simpang dan  teruskan perjalanan sehingga anda jumpa Desa Dairy Farm. Bila dah Nampak Desa Dairy Farm, teruskan perjalanan anda lagi lebih kurang 2km dan akhirnya anda bakal berjumpa dengan Rocky Mountain Lodge yang tersergam indah di atas bukit. Lodge ini juga berhadapan dengan Kiram Village dan lain-lain. Jalan nak ke lodge ni pun mencabar sebab terpaksa naik turun bukit. Memang slow motion kami bawak kete.. Semputtttttt…..








kawasan parking depan lodge





Harga untuk semalam bagi single+queen adalah RM90. Kira kami bahagi kepada 3 jadinya sekepala perlu bayar RM30 je.. Sebenarnya ada banyak je lodge dan hotel tepi jalan besar area Kundasang tapi harganya memang mahal. Tak berbaloi nak stay semalam je. Memandangkan nak ke lodge ni naik kete dah semputtt semacam , maka kami tapau makanan siap-siap jela… So, tak payah nak naik turun bukit ke pekan kundasang semata-mata untuk makan. Lokasi lodge ini memang best pada aku sebabnya pagi-pagi boleh nampak kelibat gunung kinabalu di hadapan lodge. Keluasan bilik juga ok dan ada balcony. Aircond tiada dalam bilik dan bagi aku tak perlu pun sebabnya sejuk sangat okeh…. Sesiapa yang plan budget trip ke Kundasang, boleh lah stay kat sini. Sangat-sangat recommended!









Nampak ndak gunung kinabalu tu???






Aku rasa cukup lah aku promote lodge ni… Confirm ramai orang akan berkunjung ke lodge ni lepas entri ni di publish.. Cehhhhh…….. Bajet blog femes sangat kannn????