Total Pageviews

Saturday 31 August 2013

Guangzhou-HK-Shenzhen-Guangzhou trip part 5: Pria Indonesia

1 Febuari 2013

 

Akhirnya aku kembali dengan kisah selanjutnya semasa di HK. Tajuk aku kemain kan?Saja nak jadikan pemanis kisah aku yang tak seberapa menarik ni.

   Hari kedua di HK, aku dan Cik DA plan nak ke Avenue of Stars dan Disneyland. Aik, apa kaitan kisah aku dengan pria Indonesia?Nanti aku citer okeh.. Pukul 8 pagi aku dan Cik DA dah get ready keluar untuk ke Avenue of Star. Aku dan Cik DA sarapan maggi dan milo panas yang kami bawa siap-siap dari rumah. Memandangkan lokasi Avenue of Star tak jauh dari tempat penginapan kami, maka aku dan Cik DA jalan kaki je ke sana. Masa yang diambil lebih kurang 10-15 minit. Nak dijadikan cerita, cuaca hari kedua di HK panas kot! Aku rasa macam kat Malaysia je even time tu tengah musim sejuk. Bala..Bala...hahahaha...

 

 

#Aku dan Cik DA menginap area Nathan Road dan kawasan biru adalah Avenue of Stars (boleh rujuk peta di atas). 

 

 




 

  Aku dan Cik DA lepak dekat Avenue of Stars tak lama sebab kami nak ke Disneyland  pulak. Selepas cuci mata dan ambil gambar, aku dan Cik DA bergerak ke stesen MTR yang terdekat. Ok, kita rujuk MTR map balik bagi memudahkan rujukan perjalanan anda.

 

 




   Untuk ke Disneyland, aku dan Cik DA naik MTR di stesen Tsim Sha Tsui line merah terus ke stesen Central. Pastu, naik MTR line oren terus ke stesen Sunny Bay. Nampak tak line pink tu? Line tu memang khas untuk ke Disneyland je. So turun je kat stesen Sunny Bay terus naik special train line pink ke Disneyland.

 

 

 



   

   Semasa dalam MTR ke Disneyland ni la aku jumpa pria Indonesia. Sebenarnya kan, aku budget mereka ni lelaki melayu. Salah seorang daripada mereka duduk sebelah aku. Aku dengan yakinnya tanya dia macam ni..Nak pergi mana? Disneyland ke? (Nampak tak keramahan aku di situ?hahaha..) Aleh-aleh dia jawab dalam bahasa Indonesia. Nasib dia reply dalam bahasa Indonesia. Atleast dia faham apa yang aku tanya. Kalau dia reply macam ni, hmmm sorry miss, I dont understand, macam mana?tak ke malu bukan?hahaha... Cik DA siap cakap kat aku, macam mana la hang boleh yakin ja cakap melayu dengan dia? Secara logiknya, sebab muka dia macam melayu. Sebab tu aku yakin dan confident. Sepanjang perjalanan aku dan Cik DA bersembang dengan mamat Indon ni. Mereka ni masih belajar di universitas  dan selalu gak travel bila tiba cuti semester. Katanya, next trip mereka nak ke Langkawi. Yang pasti, naik AirAsia sebab nak jimat!hahaha..

 

 

  #Kita serumpun

Kenapa aku lagi rendah dari Cik DA?











 

 

   Satu perkara yang aku suka mengenai orang Indonesia apabila rakyatnya fasih berbahasa Indonesia walaupun berlainan bangsa. Agak kagum bagaimana Indonesia mampu memartabatkan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa utama sehingga kini. Even yang muka mix omputih pun aku yakin boleh cakap bahasa Indonesia dengan lancar. Waktu dalam flight nak balik  KL, ada mamat chinese Indonesia duduk sebelah aku. Tak budget pun dia orang Indonesia  sebab gaya dia kemain lagi macam artis K-pop.  Then aku ternampak pasport hijau dia tuh. Aku pun slumber la cakap melayu bla..bla.. Elok je dia reply dalam bahasa Indonesia.. Fasih! Part paling best, dia siap layan running man dan aku pun dengan muka tak malu tumpang tengok sekaki. Buruk perangai! 

 

 

 

#Lebih kurang macam ni la rupa dan style mamat chinese Indonesia tu.. Betul tak Cik DA?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

#Bahasa Jiwa Bangsa

Independence Day

 

My Country,

My Homeland,

The people live united and progressive,

May God grant blessings of happiness,

May our King, have a successful reign.

 

 

 

 

 

 

 

 

#Semoga Malaysia mencapai kestabilan daripada aspek politik, ekonomi dan sosial berlandaskan Islam.

Sunday 25 August 2013

Zakiah Nurmala







  • Masih ingatkah anda akan filem Indonesia Sang Pemimpi?

     

Sesiapa yang menonton filem ini pasti takkan menyesal kerana ianya sarat dengan mesej dan pengajaran. For all teachers, u should watch this film.

Aku rasa ni la satu-satunya filem Indonesia yang aku suka dan betul-betul menghayati setiap babak. Kalau nak suruh aku hayati filem My Heart, Ada Apa Dengan Cinta dan seangkatan dengannya, aku surrender awal-awal.. hahaha..

 

Antara kata-kata indah yang terungkap oleh seorang guru kepada pelajarnya dalam filem Sang Pemimpi:

~ Kalau nak mimpi yang tinggi-tinggi,mimpilah....tapi kena harus yakin dengan mimpi itu dan temukan jalan yang terbaik untuk meraihnya~

 

waduh..waduhh...indah sungguh kata-kata itu......

 

 

Berbalik kepada topik...

 

  • Masih ingatkah akan pelakon yang membintangi filem Sang Pemimpi? 

     

Gadis di atas bernama Maudy Ayunda memegang watak sebagai Zakiah Nurmala dalam filem Sang Pemimpi. Cantik bangat bukan? Penonton filem Sang Pemimpi pasti takkan lupa babak Arai menyanyi lagu Fatwa Pujangga depan rumah si Zakiah Nurmala demi menambat hati gadis pujaannya. Maudy Ayunda juga gadis yang sangat berbakat (bisa belakon, nyanyi, main alat muzik)  dan bakal menyambung pengajian di Oxford University dalam bidang ekonomi.. Awesome!!!! 











#Bertuahnya Arai kerana dapat menambat hati Zakiah Nurmala


Thursday 22 August 2013

Bila Pelajar Era Kini Berbicara

     
  • Cikgu, betul ke kalau suami dan isteri bla..bla...bla......dapat pahala? (sambil merujuk kepada novel cinta yang dibacanya)

 

  • Cikgu, tudung cikgu senget la..Meh saya betulkan...

 

  • Cikgu naik kereta boyfriend/girlfriend cikgu kan hari ini? Saya nampak cikgu drive kereta baru..

 

  • Cikgu, cikgu punya kemeja tak matching la dengan tie cikgu...



  • Cikgu ada girlfriend/boyfriend tak? Bila cikgu nak kawin?

 

  • Pada pendapat cikgu la kan, sepatutnya  seseorang cikgu tu boleh tak bla...bla...bla...?

 

  • Cikgu!!!! (sambil buat flying kiss kat cikgu dari jauh)

 

 

 

 

#Ragam pelajar sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Maka guru juga perlu berubah!

 

 

 


Wednesday 21 August 2013

Guangzhou-HK-Shenzhen-Guangzhou trip part 4: Bismillah Kebab+Ladies Market

Ramai yang kata gambar dekat Bangkok cantik.. Pakai DSLR ke? Ni jawapan aku, aah.. Kamera abang.. Try tengok gambar waktu kat Guangzhou, Shenzhen dan HK. Tu baru kamera cikai aku. Kualiti gambar kurang memberansangkan sikit. Setakat nak ambik gambar buat kenangan, ok la.. Senang nak bawa pergi mana-mana.

   Bercakap pasal makanan dekat HK, tetiba plak teringat sos dekat kedai makan Bismillah Kebab.. Mantap! Siap tokey kedai tapau untuk aku lagi. Dia bagi free je.. Tu pun pas aku kemain puji cakap sos dia sedap..hahahaha.. Sepanjang 3 hari 2 malam dekat HK, aku makan sekali sehari je dekat kedai makan Bismillah Kebab. Lokasi kedai dalam Chungking Mansion. Ada banyak lagi kedai makan halal dalam Chungking Mansion tapi aku dah interview orang kat situ. Dia cakap kedai yang boleh dipercayai hanya Bismillah Kebab. Kenapa makan sehari sekali je? Nak habaq mai ni..Harga makanan dekat HK memang mahal. Nasi kosong je harga lebih kurang RM20.. Sekali makan total harga aku sorang je dah RM50-RM60. Walaupun mahal, aku dan Cik DA puji masakan dia. Sampai sekarang memang tak boleh lupa sos, nasi goreng dan sup ayam dia kan Cik DA?

 

  

 Waktu malam pulak, aku dan Cik DA pergi ke Ladies Market. Tempat ni memang pelancong datang untuk membeli souvenirs. Aku just beli fridge magnet dan t-shirt je.. Harga barang memang mahal dan sila rajin untuk tawar-menawar ye.. Mintak je kurang 50%-70%. Pasti anda tak akan menyesal. Kalau tak silap aku, Ladies market beroperasi waktu petang sampai ke malam. Untuk ke sini, boleh naik MTR line merah dari stesen Tsim Sha Tsui dan turun ke stesen Mong kok. Stesen MTR dekat HK memang besar dan kadang-kadang mengelirukan sebab ada banyak pintu keluar. So, sila rujuk signboard. Even dah rujuk signboard, aku dan Cik DA tetap sesat..

 




 

 

 

 

 

 

#Lokasi tempat penginapan aku adalah di Nathan Road iaitu di antara stesen MTR Tsim Sha Tsui dan East Tsim Sha Tsui. Kawasan ini sangat popular dan menjadi tumpuan backpaker untuk menginap

Guangzhou-HK-Shenzhen-Guangzhou trip part 3: The Peak

31 Januari 2013

 



Kita sambung lagi entri semasa di HK..Harap dapat memberi informasi kepada sesiapa yang bercadang nak travel ke HK. 

   Masuk je bilik, aku dan Cik DA mandi dan rehat jap. Petang tu kami nak ke The Peak pulak. Kami beli tiket pakej naik tram+Madame Tussaud siap-siap dekat hotel. Tiket untuk masuk ke Disneyland pun aku beli kat hotel je. Memang lebih murah compare kalau beli dekat kaunter tiket. Harga tiket aku tak ingat la pulak. Korang boleh google search sendiri la ek..

   Untuk sampai ke The Peak, aku naik MTR line merah dari stesen Tsim Sha Tsui dan terus ke stesen central #boleh rujuk MTR map#. Dari stesen central, aku jalan kaki ikut signboard yang ada sepanjang jalan untuk sampai ke The Peak. 

 

 









Ting tong... 

   Kita dah sampai dekat pintu kaunter tiket The Peak.. The Peak merupakan titik tertinggi di Pulau Hong Kong. Nak ke The Peak kita kena naik Peak tram. Madame Tussaud sedia menanti di atas sana. Waktu kami naik, orang memang tak ramai lagi. Waktu turun dari The Peak, memang penuh dengan manusia je.. Memang rezeki aku dan Cik DA la sampai awal. Kalau tak, terpaksa kami beratur dan berebut-rebut dengan manusia yang tersangatlah ramai.

 

 


Peak tram

  

 

 Bagi aku Madame Tussaud ni so so je... Tapi kalau korang nak datang sini next time, baik tak payah la masuk. Naik tram sampai The Peak pun dah ok. Sekarang Malaysia pun dah ada koleksi patung lilin dekat i-city Shah Alam. Siap ada patung lilin Tungku Abdul Rahman Putra Al-Haj lagi.. Hari tu mak aku bising kenapa Malaysia tak buat patung lilin pejuang-pejuang Malaysia seperti Mat Kilau dan lain-lain pas tengok news dekat tv. Semangat tak mak aku???

 

 

#Antara gambar yang diambil semasa di Madam Tussaud.