Total Pageviews

Saturday 20 July 2019

How We Survived In India

Hi. Welcome back!

 

Terasa nak sambung menulis blog tapi tak berminat nak menulis tentang trip aku day by day. Trip euro memang dah tersadai. Trip Perth and umrah pun innalillah... 

 

Tiba-tiba aku dapat idea nak menulis how we survide in India. Entri ini aku akan sentuh tentang apa yang aku makan dan minum di India dan segala peritiwa scam yang kami lalui. Walaupun ada yang dah aku share dalam previous entri, aku tetap nak tulis pasal ni gak. Lantaklah kan nak syok sendiri. Hahaha...

 

So, mari aku kongsikan macam mana kami berjaya survive di India tanpa cirit birit walaupun dua orang kawan lelaki aku  'game' aku dan Cik Y. Dorang masak maggi guna air paip panas dekat toilet bilik dorang and then bagi kami makan. That time memang tak syak apa-apa cuma rasa pelik kenapa dorang baik hati sangat masakkan maggi untuk aku and Cik Y. Kami ni yang memang kepenatan dan kebulur nak mampus makan kaw-kaw punya tak ingat dunia. The next day baru dorang cerita 'kejahatan' dorang. Nasib tak cirit weh. Korang boleh baca banyak traveller memang advise awal-awal jangan cuba-cuba minum air paip hotel. Awas!

 

Boleh katakan everyday sehari  sekali je kami akan makan luar untuk cut budget. The rest kami makan maggi, rendang, instant rice dan tak lupa jajan. To be honest coki-coki dan biscuit stick brand pejoy sangat heaven dinikmati time travel especially during winter. Memang both are my favourite!

 

 

Yang perisa coklat, green tea and oreo tu sedap kot! Sesuai bagi sesiapa yang nak menambahkan lemak yang sedia seperti aku.

 

 

Dah alang-alang cakap pasal jajan ni, ada lah sekali dua kami try jajan dekat India. Model depan plastik bungkusan tu gambar Salman Khan. Sampai sekarang terngiang-ngiang lagi aroma jajan tu. Bau dia macam telur busuk aka kentut. Hahaha.. 

 

Keropok brand ni lah. Cuma tak sure perisa yang mana satu. Yang pasti depan plastik muka Salman Khan. Sedap punyeeeeee!!!!!! Kata abang Man dalam gambar di atas

 

 

Untuk mengelakkan dari cirit-birit memang kami try elak beli street food. Tapi ada je aku beli cookies dan kek area tepi jalan dekat Srinagar town. Dekat Kashmir  nampak macam bersih sikit lah.

 

 


Kami beli limau dengan pisang dekat mamat ni area Jaipur. Dekat depan restoran Muhammadi Palace. Buah limau sekilo 50rs dan pisang sekilo 20rs. Murah kan?






Yang atas ni maggi masala. Kawan aku order makan dekat Sonamarg. Tak ingat rasa sedap ke tak. Sedap lagi maggi kari Malaysia aku rasa. Sebab Kashmiri sendiri pun cakap maggi Malaysia sedap. Dekat sini jugak lah aku kena 'urine' bila order chicken soup apa ntah. Sekali yang datang sup kuah lebihan maggi. What the fishhhh!!!!  Hahaha... Aku tak simpan pulak gambar rupa sup yang aku order tu. 

 

 

Keluar je dari restoran tu, salji lebat. Salji yang turun umpama kesedihan yang aku rasai makan chicken soup aka lebihan kuah maggi masala. Kalau travel buddies aku baca blog ni mesti dorang ketawa bila terkenangkan rupa chicken soup aku tu.

 

 

Next, aku nak share  beryani yang aku makan dekat India. Tapi kebanyakkan nama restoran aku tak catat dalam buku catatan aku. Satu kesilapan di sini. Sepanjang berada di India, boleh katakan kerap jugak lah makan beryani. Sampai dalam flight pun beryani. Awal-awal rasa excited sebab sedap lain macam. Original mari from India gituewwwww.. Lama-lama rasa muak gila. Pleaseee aku nak makan pasta, nasik lemak, tom yam dan segala jenis masakan mee!!!!!!!!

 

 


Restoran kat atas ni adalah restoran pertama yang aku jejak dekat Kashmir. Beryani ayam dia lazat dan satu lagi lemonade dia memang terbaik! Memang lain dari yang lain. Selain chai dan segala jenis tea yang ada dekat India, aku memang suggest korang cuba Indian lemonade. Boleh nampak kan gelas dekat gambar di atas tu. Tu lah air lemonade. Nampak tak padu langsung tapi jangan hanya memandang luaran semata-mata. Korang boleh tengok dekat YouTube macam mana dorang bancuh air ni. But kami tak lah beli yang tepi jalan. Cuma setiap kali makan dekat restoran, kami akan order air lemonade.





Yang atas ni pun aku tak mencatat nama apa. Rasa not bad! Aku makan ni on the way balik dari Gulmarg.



Restoran Muhammadi Palace Jaipur




Dekat Jaipur, kami try makan dekat Muhammadi Palace. Rasanya dua kali kami makan dekat sini. Siap tapau beriyani untuk makan atas train. Restoran ni memang recommended oleh traveller yang lain. Pada pendapat aku, memang sedap pun. Chicken kurma dia padu! Rupa langsung tak sama macam kurma dekat Malaysia. Yang datang Jaipur, boleh lah datang sini. Harga pun tak lah mahal sangat. Boleh lah nak makan sehari sekali.  Jimat punya pasal.











View rooftop Tuk Tuk Backpacker Jaipur. Layan gila sambil minum chai sambil lepak-lepak sembang dengan traveller lain. Sempat lah sembang dengan mamat dari Perancis. Kongsi-kongsi pengalaman sepanjang berada dekat India.

 



Indian chai

 





Free breakfast dekat Smyle Inn, Paharganj. Breakfast dekat sini memang terbaik walaupun menu dia setiap hari roti, telur, pisang, kek, cereal, susu n kopi. Cukup dah buat aku kenyang sampai ke petang.  Time stay dekat sana, ada juga jumpa traveller dari Malaysia.

 

 

Pada aku, Paharganj adalah area yang sangat worst tapi sebab location memang sangat strategik dengan train station plus banyak hostel/hotel budget, memang sangat sesuai untuk backpacker stay area sini. Dekat sini lah aku jumpa local kencing bersepah. Open air toilets are everywhere! Kawan aku pulak menyaksikan mak cik sedang menyelak sari lalu membuang di tepi jalan. Kah kah kah. Paling best sebelah toilet ada gerai makan. Ramai pulak pelanggan gerai makan tu. Eeeuwwwwww.... 




Harga semalam dekat Smyle Inn ni korang boleh check dekat mana-mana website. Yang penting tak mahal mana pun. Dalam bilik pun ok. Cuma nak ke situ kena melalui Main Bazaar yang sangat sesak di waktu kemuncak.





Next, aku nak cerita bab scammer pulak. Scammer di India memang tak boleh lari. Sebelum sampai India, memang aku dah get ready baca dan tanya dengan traveller lain. Start dari Kashmir, tak boleh lari dari scam weh! Samaada anda perasan anda sedang diperdayakan ataupun tidak ja. Ada aku baca dari blog lain yang cakap semua kashmiri yang kita deal dekat Kashmir tu sama ja. Cakap pusing-pusing! Pada pengalaman aku ada betulnya. Cuma aku bersyukur dekat Kashmir aku dapat elak beberapa scam yang pelik macam dekat Tanmarg dan Gulmarg. Setiap kali mereka approach, memang kami tak layan. Aku perasan rupanya harga yang kita deal dengan tour guide tak sama dengan team yang lain! Time aku jejak Kashmir, ada lagi team berlima dari Malaysia. Satu lagi team bertiga. Team aku plak berempat. Tapi harga yang aku bayar lagi murah dari team berlima tu. Aku paling kesian pada team yang bertiga. Dah la kena bayar mahal. Dalam USD pulak. Lepas tu seminggu dekat Kashmir, langsung tak jejak Gulmarg. Memang gila! Dorang terlalu percaya dan ikut apa yang guide cakap.  Jadi aku memang advise korang kena bertegas dengan guide korang. Mantapkan ilmu di dada tentang tempat yang kita nak pergi. Ready awal-awal kalau-kalau dorang buat ayat pusing-pusing. Plan your trip well. Apa-apapun Kashmir memang terbaik untuk diterokai. 

 

Jom layan sikit gambar-gambar sepanjang aku dekat Kashmir. 

 

 





Pahalgam



Riding horses sambil feeling-feeling dalam movie Narnia. View memang cantik sangat. Subhanallah.


 

 

Stop point Baisaran Valley dekat Pahalgam, boleh lah nampak banyak geng kashmiri yang akan approach korang. Sila sediakan perisai jika tak berminat dengan pakej-pakej yang ditawarkan.






Sonamarg 

 

 



Gambar atas ni area rumah guide aku. Area situ rumah gabak-gabak gila. Bilik luas cuma heater tak cukup panas. Sejuk gila. Aku deal dengan Shuja Rather. Taip je nama tu dalam fb. Tapi nak pesan, makesure korang study well dan deal betul-betul dengan mana-mana guide yang korang ambil. Overal dengan dia aku bagi 8/10.. Kalau tak silap aku, dengan Shuja ni dia ambil 6500rs per person untuk 5 hari 4 malam. Harga cover transport, accomodation, breakfast dan tiket Nishat Garden/Pari Mahal rasanya. Lupa dah. The rest memang kami bayar sendiri. Satu yang best dengan dia, kita boleh request kakak ipar dia masak. Memang masakan kakak ipar dia sedap. Sorang dia caj 300rs. Boleh lah kalau nak merasa makan dekat dapur rumah feeling-feeling kashmiri.



My travel buddies. Aku nak popularkan dorang dalam blog aku yang bersawang.

 







 



Pari Mahal


 

 Dal Lake

 

 

 Road to Gulmarg



 

Berjaya menepis segala jenis scam dekat Gulmarg. Jalan kaki dari tempat parking kereta sampai ke ticket counter. Jauh jugak lah menapak plus dengan trek licin. Kawan aku siap jatuh lagi. Apa yang kami buat? Gelakkan dia kuat-kuat! Hahaha.. Kami tak sewa boots pun sebab masing-masing memang pakai boots dah. Memang dekat Gulmarg berjimat habis.

 




 Sweet corn atas first phase Gulmarg. Tak sedap. Boleh lah buat nak merasa.

 









Time beratur nak beli tiket gondola ke phase 1, kami perasan yang kawan aku tu je the only foreigner yang beratur beli tiket sendiri.  The rest memang local. Ada jugak terbaca pasal scam tiket gondola Gulmarg ni. Memang dah set nak jalan kaki dan beli tiket sendiri. Actually, sepanjang dari tempat parking kereta nak ke ticket counter, ada je kashmiri yang approach kami. Sanggup dorang follow kami almost 2km walaupun kami dah tolak cara baik. Tak nak jugak give up pujuk kami. End up, dorang give up jugak! Memang rasa sangat kasihan dengan kashmiri yang mencari rezeki time winter dengan ambil upah guna sledge. Tapi kena faham jugak yang kami ni backpacker. Cuma kalau boleh nak minimize our budget.




 View dalam gondola tp phase 1




Imagine kalau kashmiri tarik aku pakai sledge ni. Dalam keadaan sejuk pun boleh berpeluh aku rasa. 

 




Ada few restaurants dekat phase 1. Spent time dekat sini sambil minum coffee. 

 

On the way nak balik dari Gulmarg kami ternampak kebun epal. Minta driver stop kejap. Dapat lah merasa tengok dan pegang buah epal walaupun tinggal saki baki buah je lagi. Nak masuk sini macam kena bayar. Murah je tapi aku dah tak ingat berapa harga dia.






 

 

 

Dekat Paharganj, Old Delhi, Agra dan Jaipur beberapa kali kami kena scam auto rickshaw. Caj paling tak boleh blah dari Paharganj ke Sarojini Market auto driver caj 1000rs. Padahal awal-awal driver ok dengan 300rs yang kami bargain. Jarak nak ke Sarojini Market memang jauh jugaklah. dekat 8-10km kot. Time tu gembira kemain lah dapat bargain harga 300rs. Sampai je Sarojini Market, kami hulur wang 500rs sekeping. Driver tu boleh cakap dia nak lagi 500rs. Time tu aku pegang kamera boleh slumber acah-acah nak snap gambar and report pada polis. Terus kami blah! Memang langsung tak pandang dah. Burn 200rs.  So, kalau traveller yang stay area Paharganj, sila jangan deal dengan auto area situ. Kena jalan sikit keluar sampai jumpa jalan besar. Deal auto area jalan besar lagi ok kot rasanya.

 

 


 

Walaupun kena scam auto on the way nak Sarojini Market tapi bila dapat window shopping dekat sini boleh jadi hilang ingatan sekejap. Berbaloi beli kain dekat sini compare beli dekat Jaipur. Tapi kualiti kain ada ja yang mudah tertetas benang. Hmmmm... Barang-barang lain yang boleh korang usha seperti sarung kusyen (murah gila!), keychain, baju bundle, lampu perhiasan dan lain-lain lagi.

 





Thambi siap request aku ambil gambar dia. Time ni tengah traffic jam. Lepas snap, siap minta nak tengok gambar dia elok ke tak. Hahaha...



Selain tu, dekat Agra pun apa kurangnya. Kemain kami percaya dengan pak cik auto ni sorang ni. Nak bawa round Agra plus bawak kedai souvenir murah-murah. Hampeh kami tak beli pun. Dia ingat aku tak baca blog ke yang fm dan keychain murah area depan Taj Mahal. Beli je dengan peniaga kaki lima area situ. Last-last dia give up lepas kami langsung tak membeli dekat kedai yang dia bawak. Terus dia turunkan kami dekat gate Taj Mahal. 

 


Ini lah pak cik auto dekat Agra yang aku maksudkan. Dari Agra Catt Station dia caj 200rs nak ke hotel Osakataj. Then, kami boleh pulak berjanji nak deal dengan dia bawak round Agra after lunch. Memang satu kesilapan dekat sini.




Kawan aku kat atas berbaju merah ni tengah mengelak dari memandang pakcik driver auto tu sebab air liur pak cik tu asyik terpercik. Kami yang duduk dekat belakang gelak tak ingat dunia menyaksikan gelagat beliau. Nasiblah hang wei! Hahaha...






 Jalan kaki nak ke Taj Mahal. Ada je yang nak mengikut dan approach.

 

Nak beli fm, beli lah dekat luar gate Taj Mahal. Boleh pilih-pilih. Murah pulak. Harga rasanya aku ada mention dalam previous entry.

 



 Nak jejak Taj Mahal bukan sahaja terpaksa melalui scam yang bersepah tetapi terpaksa jugak berhimpit-himpit dengan local. 

 


Ini je gambar terbaik berempat depan Taj Mahal yang berjaya kami ambil. Tu pun kena photomb. Hmmmm...







Scam kain dekat Jaipur. Kain yang kami beli banyak tak ok. Mudah terkoyak dan tertarik. Survey lah dulu sebab kawan aku dah terkena. Kedai A jual harga lain, kedai B jual harga lain. Beza ratus-ratus rupee pulak.

 






Dekat Jaipur kami kena scam auto jugak. Kena dekat Tuk Tuk Backpacker hostel tempat kami stay. Driver bawak pergi kedai souvenir mahal. Pastu luar kedai ada penjaga kedai muka macam gengster movie tamil. Seram gila! 

 


 View dari luar tingkap Tuk Tuk Backpacker hostel, Jaipur.


 

View dari depan hostel. Tu lah driver auto yang kami deal. Dia cakap dia muslim. Janji nak bawak kedai murah-murah tapi ntah mana-mana bawak kami.







 

Sian tengok anak-anak ni keluar dari kelas minum paip je. Gambar di ambil dekat salah sebuah sekolah dekat pekan Jaipur.

 

 

 

Overall aku rasa paling berbaloi dan paling puas hati bila kami book taxi dengan Smyle Inn hostel nak ke airport. Tak salah caj yang kena memang murah. Tapi aku dah lupa harga berapa. Kalau ikut buku catatan aku, sorang aku bayar dalam RM5 lepas convert ke RM. Memang tak langsung rasa kena SCAM! hahaha.. Jadi kalau ada yang nak ke airport dari Paharganj, boleh lah deal dengan Smyle Inn sendiri.

 


Thanks ahjumma dari Korea yang ambil gambar kami berempat ni dekat Paharganj. Nak harapkan local ambik, pic memang out gila!

 

 

 

 

Cukuplah kot aku tamatkan entri aku sampai sini je. Trip India memang tak akan aku lupa dalam ingatan. Balik je dari trip, aku turun around 2kg walaupun almost everyday pekena beryani. hahaha...

 

India menjadi negara ke-15 yang aku jejaki. Target nak capai 20 negara tapi ntah bila dapat aku capai. Doakan saya!

 

 




 

 

 

 

 

 

****Rindu nak jadi pelarian tidur dekat aiport dan menjadi perhatian local yang lalu lalang.