Total Pageviews

Tuesday 30 September 2014

Land Below The Wind Trip: Mabul & Kapalai Islands Part 1

I'm backkkkkkkk!!!


Kita mulakan trip jelajah Sabah dengan meneroka Pulau Mabul dan Pulau Kapalai. Sebenarnya tak bercadang langsung nak terjah ke sana memandangkan aku akan ke Kota Kinabalu. Disebabkan pengaruh rakan tak sebaya, aku tergoda akhirnya.. Hitam pun hitam la.. janji boleh terjun laut.


Trip kali ni aku pergi bersama dengan 3 lagi rakan-rakan sekerjaya. Kami bersetuju untuk ambil pakej dengan Uncle Chang Agency memandangkan harga pun kira berbaloi lah. Pakej yang kami ambil berharga RM152 untuk cover dua pulau iaitu Kapalai dan Mabul plus makan pagi and makan tengah hari. Ok la kiranya tu kan? Untuk orang yang tinggal dekat Semporna macam aku ni lagi la boleh berjimat-cermat.









Seawal pukul 8 pagi, kami dah ready untuk menaiki bot ke Pulau Mabul. Perjalanan dari jeti pekan Semporna mengambil masa selama hampir 1 jam. Dalam perjalanan ni sempat la beramah mesra dengan 2 minah saleh dari Belanda. Salah sorang daripadanya akan join team scuba diving dan seorang lagi akan join team kitaorang yang tiada lesen scuba. Hanya mampu snorkeling jer jah oiiii.... Berminat untuk mengambil lesen scuba diving???Kat sini mostly mereka charge lebih kurang RM900 untuk sesiapa yang berminat untuk ambil lesen.


Akhirnya kami sampai di lodge milik Uncle Chang di Pulau Mabul. Perhhhhhh!!!! Air laut kehijau-hijauan dan kebiru-biruan membuat hati bertambah teruja nak terjun laut ni. Naik je atas lodge, kami breakfast dulu sebab perut dah meronta-ronta kelaparan. Untuk pengetahuan semua, Uncle Chang memiliki lodge untuk backpakers di Pulau Mabul. So, bagi sesiapa yang nak bermalam di sini, boleh la lihat pakej-pakej yang mereka sediakan. Berdasarkan pemerhatian aku, majoriti pelancong yang masih datang ke pulau-pulau di Semporna kebanyakkan dari China. Pelancong Malaysia tersangatlah kurang memandangkan perintah berkurung di kawasan perairan di Sabah masih belum tamat.













Selesai je makan, terus aku terjah bilik untuk mengambil peralatan untuk snorkeling. Malangnya kami baru diberitahu bahawa ada time table untuk snorkeling dan scuba diving seperti notis yang tertera dalam gambar di bawah. Ceit! Kiranya, kami dah ter'miss' masa untuk join trip paling awal. So, masa yang ada aku habiskan dengan mengambil gambar di sekitar lodge dan kawasan kampung berdekatan.


















Dah puas bergambar sekitar lodge, aku ke kawasan kampung berdekatan Pulau Mabul pula demi menghabiskan sisa masa sebelum gerak ke Pulau Kapalai. Aku nak bagi sedikit info pada anda hasil temuramah aku dengan rakyat Semporna. Senah seorang ni memang sangatlah peramah ye. Harap maklum!hahahaha.. Pulau Mabul ni bukan sepenuhnya hak milik kerajaan. Kira half half la.. Macam Pulau Kapalai, memang sepenuhnya bukan hak milik kerajaan. Kalau tak salah aku, antara private island yang lain adalah Mataking Island dan Sipadan Island. So, jangan ingat pulau-pulau di Semporna sepenuhnya hak milik kerajaan Malaysia. Next, kita layan dulu gambar-gambar yang aku ambil sekitar kampung di Pulau Mabul.




















Kata orang, kalau nak jalan kaki keliling Pulau Mabul makan masa selama 40 minit. Tak terasa pulak nak jalan kaki keliling pulau memandangkan cuaca teramatlah panas. Habis pedih muka aku. Aku just jalan kaki area kampung kaki berdekatan Uncle Chang punya lodge je. Sambil-sambil tu dapat la aku saksikan mamat seorang ni terjun laut semata-mata nak ambil baju yang jatuh daripada ampaian. Sabo jelah.. Kalau aku berumah di atas laut, memang hilang sabar gamaknya. Nak berlari-lari pun susah. Boleh runtuh rumah kalau nak main kejar-kejar. Tak lupa, nampak budak kecik(gambar atas) menembak ikan. Betul ke ayat menembak ikan??? Hentam sajalah labu!hahaha...














Next, kami dah sedia untuk ke Pulau Kapalai. Ini merupakan pengalaman pertama aku join snorkeling. Sebelum ni aku tau istilah mandi laut je.. 



Nak tahu apa selanjutnya yang terjadi, nantikan next entry soon! Kamsahamnida!






Saturday 20 September 2014

Land Below The Wind Trip

Hai uolls! Aku kembali selepas lebih kurang dua minggu sunyi sepi dibawa angin bayu.. Phewwwww... Terus rasa nak menyayi lagu Feminim. Angin bayu membawa diriku, sepintas lalu ku terkenang kamu.. la la la la la... Sedap tak? Cehhhhhhh........

 

Cuti selama seminggu dihabiskan dengan jelajah Sabah memaksimum yang mungkin. Macam banyak entri je perlu di'update' dan mungkin memakan masa sedikit. Aku try habiskan before aku ke destinasi lain hujung tahun nanti. Insyaallah. So, aku sharekan sikit antara tempat-tempat yang sempat aku terjah. Antaranya adalah Bukit Tengkorak, Pulau Kapalai, Pulau Mabul, Desa Dairy Farm Kundasang, Poring Hot Spring, Tanjung Aru, Tagal Sg. Moroli, Kinabalu Park, Jambatan Tamparuli, Sabah Tea Garden dan lain-lain.

 

Dalam banyak-banyak tempat yang aku berjaya terjah, aku suggestkan anda turun ke Semporna untuk merasa sendiri pengalaman snorkeling mahupun scuba diving di Pulau Mabul dan Pulau Kapalai. Kecantikkan hidupan laut di sana seriously sangat awesome! Walaupun berubah tona warna kulit, pengalaman ke pulau tetap menjadi poojaan hatikuuuu.. Jika anda mendarat di Kota Kinabalu pula, jangan lepaskan peluang menikmati keindahan panorama Kundasang especially Desa Dairy Farm. Deabakkkk!!!

 

Jom kita warming up dulu dengan melihat beberapa gambar yang berjaya aku ambil. Gambar-gambar lain akan di'update' dalam entri berikutnya.......

 

 

 

 











#Harap dapat mencuri sedikit ruang dan masa untuk update blog

Saturday 6 September 2014

Fakta Yang Perlu Diketahui Tentang Semporna

  •  Kaum Bajau merupakan kaum majoriti penduduk di Semporna. 

     

     

     

  • Anak Bajau laut memang hebat berenang. Air dan sampan merupakan mainan mereka sejak kecil. 

  • Kata anak-anak bajau, petua nak pandai berenang adalah dengan menelan sotong mentah. Erkkkkkkk..

  • Tahukah anda, terdapat banyak lagi pulau yang popular dan cantik di Semporna selain Pulau Mabul dan Pulai Sipadan. Antaranya adalah Pulau Kapalai, Pulau Sibuan, Pulau Bohay Dulong, Pulau Mataking dan Pulau Pom Pom.

     

     

     

  • Regatta Lepa merupakan sambutan yang paling ditunggu oleh kaum Bajau. Festival ini akan diadakan setahun sekali sahaja. 

  • Sambu layang akan dipasang menandakan akan ada sambutan seperti majlis perkahwinan yang bakal berlangsung. 

     

     

  • Pengangkutan utama di Semporna adalah kereta sapu dan van.

  • Caj yang dikenakan ke kawasan berdekatan jika menaiki kereta sapu adalah RM2 sekepala.

  • Bagaimana mahu mengenal pasti  kereta sapu? Sila tunggu di tepi jalan. Jika anda mendengar ada kereta hon kepada anda, ia bukan bermakna driver itu mahu mengorat anda! tetapi ia merupakan isyarat jika anda mahu menaiki kereta mereka atau tidak.

  • Penduduk Semporna menggelar van sebagai bas besar.

  • Tiada lampu isyarat sepanjang jalan di Semporna. So, bayangkan cara mereka memandu???

  • Tarian igal merupakan tarian tradisional kaum Bajau.

  • Harga makanan laut yang fresh yang dibeli di pasar sangat murah. 

     


     

  • Sangat susah untuk mencari ikan keli di Semporna. Kempunan tau tak!!!!!!!!!!!

  • Ikan buntal antara menu kegemaran penduduk Semporna. Isi ikan buntal akan dicarik-carik dan dimasak. Menu ini dinamakan sagol.

  • Harga makanan yang siap dimasak di kedai sangat mahal. Kadang-kadang lebih mahal berbanding harga makanan di Kuala Lumpur.

  • Adalah normal bagi segelas milo ais berharga RM3.00++.

  • Kebanyakkan kawasan di Semporna dikelilingi oleh ladang kelapa sawit.

     

     

     

  • Rumah di Semporna besar-besar. Walaupun sudah mempunyai keluarga sendiri, mereka lebih gemar tinggal sebumbung.

     

     

     

  • Penduduk di sini menggelar Semporna sebagai pekan Sampah.

  • Semporna selalu mengalami masalah air. Cuacanya pula sangat panas.  

     


     

     

  • Jika ke pekan, anda boleh melihat anak-anak bajau laut berambut perang dan berkaki ayam ke hulu dan ke hilir mencari sesuap nasi.

  • Sebilangan penduduk Semporna mempunyai habit meludah di kaki jalan. So, please mind your step!

  • Giant merupakan pasaraya yang terbesar di Semporna. 

  • Hanya terdapat satu restoran fast food di Semporna iaitu KFC.

  • Penduduk Semporna kebanyakkan bertubuh kecil dan berkulit sawo matang. Maka, aku boleh diklasifikasikan sebagai gergasi kot oleh mereka. Phewwwww....

  • Jangan berangan barang yang dibeli secara online di hantar di depan pintu rumah anda. Tiada penghantaran ke rumah dilakukan sebaliknya anda sendiri perlu ambil di pejabat pos laju.