Total Pageviews
Monday, 31 March 2014
Thursday, 27 March 2014
Tak Kenal Maka Tak Cinta
Entri ini tiada kaitan dengan my future husband.
Harap maklum!
Hew hew hew...
Aku ada kawan yang meminta supaya aku bercerita tentang kehidupan di Semporna. Tarik nafas dulu... lepas slow-slow.. Okeh, aku dah ready untuk bercerita. Sudah hampir 3 bulan aku mengajar di sebuah daerah Semporna yang bersempadan dengan Filipina dan Indonesia. Daerah yang dulunya aku tidak kenal langsung akan kedudukan geografi, sosial, ekonomi dan budayanya. Kini, aku mula belajar akannya sikit demi sikit. Alhamdulillah, aku dah boleh sesuaikan dengan keadaan di sini.
Dulu aku pernah mengajar selama dua tahun di ibu kota Kuala Lumpur dan menjalani latihan praktikal di Putrajaya. Pengalaman mengajar di bandar ternyata sangat berbeza dengan Semporna. Aku masih ingat kata kawan sekelas aku. Dia risau dan takut sekiranya dia tak mampu menjadi seperti guru dalam filem Sang Pemimpi dan mengajar di sekolah ala-ala era 80an. Siapa sangka, rezeki dia sekarang di salah sebuah sekolah di Kudat. Sekolahnya terletak di Pulau Banggi dan terpaksa menaiki bot atau feri untuk ke sekolah setiap hari. Nasib aku kira agak baik sebab tidak perlu menaiki bot untuk ke sekolah. Syukran!
Aku akui, perbezaan budaya, sosial dan persekitaraan buat aku menangis pada awal 2 minggu pertama di Semporna. Minggu kedua berada di Semporna, aku dan kawan-kawan stress disebabkan rumah sewa kami tiada air selama hampir seminggu. Terpaksa aku dan kawan-kawan menjadi kambing sekejap. Atas belas kasihan PK HEM sekolah aku yang juga merangkap jiran rumah, kami follow dia naik atas hilux dan pergi angkut air waktu malam. Bila ingat balik rasa nak tergelak pun ada. Kemudian, time hujung minggu kami keluar seharian ke pekan semata-mata tak nak balik rumah sebab rumah tiada air. Phewwww.. Akhirnya kami sepakat berpindah ke taman perumahan yang tiada masalah air. Selesai masalah!
Mula-mula pindah ke sini, kami dijaja dengan cerita mengenai peristiwa berdarah di Semporna pada tahun lepas.. Seram jugak la aku dengar tapi bak kata abang aku, kematian dekat mana-mana pun boleh terjadi. Berserah je pada Allah and everything will be fine! Kepada insan-insan yang aku sempat mengadu masalah , terima kasih kerana sudi mendengar. Malu pulak sebab over mengadu.
Kebanyakkan penduduk di Semporna berbangsa Bajau. Ada juga yang berbangsa bugis dan lain-lain. Awal-awal masuk sekolah, ada budak tanya aku. Kemain laju dia bercakap. Then aku reply, boleh ulang sekali lagi ka? Saya tak faham apa yang kamu cakap? Boleh tak cakap slow-slow? Dulu aku budget aku je yang cakap over the laju tapi rupa-rupanya ada orang berjaya mengatasi kepantasan aku bercakap. hew hew hew... Lama-lama dah boleh catch up sikit-sikit. Part paling best, aku dan roommate aku orang utara tapi kadang-kadang kami berdua tercakap dialek Sabah semasa kami. Aduhaiiii.. Sudah terbiasa bha.
Cuaca di Semporna agak panas. Mungkin disebabkan berdekatan dengan pulau tapi bila waktu malam, merasa juga angin laut yang sepoi-sepoi bahasa tu. Nyaman! Sekali tu, aku dan roommate aku ditugaskan menjaga sukan peringkat daerah Semporna. Seminggu kami berada di padang bertugas menjadi pengadil balapan. Kesannya kulit kami berdua dah ala-ala warganegara Afrika. Bila check pengukur tona warna kulit, aku dah berubah 7 tona warna. Masing-masing tergelak tengok kulit sendiri. Seumur hidup tak pernah gelap sebegitu. Kah kah kah.. Masuk sekolah, pelajar mula menegur, kenapa cikgu jadi hitam? Jenuh aku tempek bedak 5 lapis tapi tiada effect pun.. Lepas tu mula la operasi pakai masker lemon campur oat la, yogurt la dan tiap malam aku tempek bedak sejuk. Pas seminggu lebih dah nampak sedikit perubahan.
Cikgu di sana pernah berpesan, jangan terlalu mengharapkan yang lebih dengan pelajar kamu. Aku tak pernah menduga pun akan dapat pelajar yang masih tidak boleh membaca walaupun berada di tingkatan 5. Yang pasti, aku akan cuba bagi yang terbaik.. Atleast they learn something from me. Jumlah A tidak menjanjikan bagusnya seorang guru itu. Yang penting, siapa kita pada mata pelajar. Betapa istimewanya anak-anak Semporna berbanding anak-anak di semenanjung.
Bangau-bangau, Bum-Bum dan Tampi-Tampi merupakan antara nama sekolah yang terdapat di Semporna. Kata seorang penduduk tempatan, di Semporna memang suka letak nama tempat ganda dua. Katanya, orang sini suka kahwin ramai sebab tu nama tempat pun diganda dua. Boleh pulak macam tu kan???hahahaha.. Tapi memang si Semporna banyak lelaki yang kahwin lebih daripada satu termasuklah Pak Cik Raspand orang kaya Semporna. Aku suka tengok rumah beliau yang serba mewah dan besar gedabak itu. Sempat seorang pelajar melawak dengan aku. 'Cikgu, anak pak cik Raspand ada yang masih bujang. Cikgu nak tak?'. Erkkkk.....
Rumah pak cik Raspand yang menjadi idaman setiap insan |
Di Semporna tiada shopping mall yang besar-besar. Yang ada just Giant dan G-mart. Kat sini lah tempat aku dan kawan aku membeli belah dan menunggu pak cik prebet sapu hantar balik rumah. Sambil tu mata kami melilau melihat persekitaran sekeliling. Masa mula sampai Semporna, rasa pelik dan kasihan tengok anak-anak bajau laut berkaki ayam ke hulu dan ke hilir. Ada yang menyelongkar tong sampah, meminta sedekah dan tak lupa ada yang ambil upah mengangkut barang. Sekarang kami dah lali dengan situasi sebegini. Pesan kawan, jangan kasi duit sebab risau nanti segerombolan yang datang terjah kita pulak.
Kalau nak pergi bank, kami terpaksa beratur panjang untuk keluarkan duit. Kadang-kadang geram juga sebabnya tak tahu apa yang dorang buat dekat mesin atm sampai lama sangat nak keluarkan duit tu. So aku tanya kawan aku yang berasal dari Tawau. 'Wei, ko tau tak kenapa dorang ni kalau keluarkan duit mesti lama gila mengadap mesin atm tu?Geramnya!' kataku.. Balas kawanku dengan slumber, 'Dorang tu bukan tau membaca pun. Sebab tu lama mengadap mesin atm tuh!'..hahaha.. Ada logiknya juga jawapan kawan aku tu..
Aku suka beli secara online. Ni antara habit aku yang tak boleh tinggal sampai sekarang. So, aku semangat la minta alamat sekolah dengan harapan abang posmen boleh menghantar barang yang aku beli dengan selamatnya ke sekolah. Aleh-aleh cikgu sekolah aku cakap, barang-barang kena ambil dekat pejabat pos sendiri sebab dekat Semporna tiada posmen. Walaupun Semporna tiada posmen, ianya tetap tidak menghalang aku daripada membeli secara online. Kih kih kih...
#Cuti selama seminggu akan berakhir dan aku akan kembali ke Semporna bagi menjalankan tugas seperti sedia kala.. Benar kata orang, tak kenal maka tak cinta. Lama-kelamaan kita akan terbiasa dan dapat menerima kekurangan yang ada.
Monday, 24 March 2014
Airplane Ears atau Barotrauma
Kali ni aku nak share pengalaman first time ever okeh sepanjang menaiki kapal terbang. Pengalaman merasa airplane ear atau barotrauma. Apa tu??? Sebenarnya kan, aku tak pernah ambil kisah atau dengan kata lainnya tak tahu pun wujudnya istilah airplane ear atau barotrauama ni. Bila eden dah terkono, rasa nak menangis kuat-kuat sambil hentak kaki dalam flight. Tapi mengenangkan steward comel dan hensem so tak jadi la aku melepaskan apa yang tersurat. Terpaksa berlakon cool padahal tengah sakit sangat-sangat..
Hujung bulan 1, aku dipostingkan ke Semporna. Time ni la aku merasa apakah itu barotrauma. Padahal sebelum-sebelum ni aku tiada masalah pun naik kapal terbang. Tapi kali ni, mak aiii.. Tak tahan!!! Sakitnya telinga aku!!!!! Aku rasa seperti ada benda menyucuk-nyucuk dalam telinga. Time tu jugak aku dengar ada budak menangis dan suara-suara yang menahan kesakitan. Ianya berlaku lebih kurang 5 minit semasa kapal terbang nak mendarat. Bila dah mendarat, rasa sakit tu masih ada. Yang pasti, pendengaran aku time tu kurang clear lah. Muka aku lebih kurang macam gambar di bawah ni time tengah tahan sakit tapi aku cantik sikit la. Ceitt!!!
Lepas je mendarat, aku pun tanya la kawan-kawan yang lain. Ko sakit telinga tak? Sakit la sikit, jawab orang sebelah aku.. Aku tanya lagi kawan yang lain, sakit tak tadi masa dalam flight? Tak pun sebab aku tido dengan nyenyaknya kata si polan. Phewwww.... So, aku pun terjah la pak cik google dan hasilnya aku berjaya mencari jawapan kepada permasalahan yang terjadi.
Skema Jawapan
Soalan: Mengalami sakit telinga semasa berada di dalam kapal terbang
Dikatakan hampir semua penumpang kapal terbang tidak dapat lari
daripada merasai tekanan di bahagian dalam telinga ketika pesawat hendak
berlepas mahupun mendarat. Gangguan sindrom telinga pesawat yang juga
dikenali sebagai airplane ear atau barotrauma ini boleh mengakibatkan telinga
berdengung dan rasa sakit di bahagian dalam telinga.
Apa yang lebih teruk, keadaan ini boleh berlarutan selepas beberapa jam pesawat mendarat.
Apa yang anda alami bukan perkara biasa. Biasanya, penumpang hanya mengalami sedikit tekanan dan telinga berdengung, tetapi selepas pesawat mendarat, ia sudah hilang sepenuhnya.
“Mungkin kesihatan yang kurang baik ketika menaiki kapal terbang memburukkan lagi tekanan telinga pesawat yang dialami,” ulas Perunding dan Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, Dr. Raymond Tan Suan Kuo.
Ditafsirkan sebagai kecederaan pada bahagian telinga tengah, gejala tersebut disebabkan oleh perubahan tekanan udara sewaktu dalam penerbangan.
Tekanan telinga pesawat boleh berlaku di kedua-dua belah telinga.
Ia akan lebih serius apabila penumpang terbang ketika sedang mengalami selesema, hidung tersumbat, alahan hidung, tekak atau jangkitan resdung.
“Gejala yang sama juga boleh berlaku jika memandu di kawasan pergunungan atau berada di tempat yang tinggi serta ketika menyelam skuba,” jelas Raymond.
Menurutnya lagi, tekanan udara yang tidak seimbang di antara telinga tengah dan tekanan udara persekitaran boleh menghalang gegendang telinga bergetar secara normal.
Apabila tekanan udara persekitaran berubah secara mendadak, saluran eustachia yang menghubungkan bahagian tekak dan telinga tengah tidak dapat memberi reaksi pantas yang boleh menyeimbangkan tekanan menjadi punca gangguan ini terjadi.
“Pesakit
resdung dan penghidap selesema atau jangkitan hidung berisiko untuk mendapat
tekanan yang lebih teruk berbanding penumpang yang sihat,” nasihatnya.
(10 markah)
Bila dah baca baru aku tau kenapa sebelum-sebelum ni aku ok je naik kapal terbang tapi hari kejadian sebaliknya. Memang bila berada di tempat tinggi kita akan merasa tekanan dan menyebabkan telinga kita berdengung. Tapi masa kejadian, aku demam dan selesema uolls. Demam terpaksa berpisah dengan family terchenta. Manja sangat kannn??? So, ni antara fakta kukuh yang menjadi punca aku merasa apa itu Barotrauma. Uisshhh.. kalau boleh memang aku tak nak sakit telinga berulang lagi. Tambah pulak, aku akan kerap menggunakan khidmat kapal terbang sejak bekerja di borneo.
Untuk mengelakkan kejadian dari berulang, pastikan anda ada sesuatu untuk dikunyah seperti asam atau gula-gula getah bila berada di tempat tinggi.
#Nak seludup pizza la bawak masuk dalam kapal terbang Air Asia.. Erkkkk....
Subscribe to:
Posts (Atom)