Sawadika.
Jumpa lagi uolls.. Aku pergi ke Krabi pada 30 Mei - 2 Jun (4 hari 3 malam). Hasil pembacaan aku, start bulan 6-12 adalah low season sebab time tu cuaca tak menentu. Takut hujan lebat. Tapi kan, rezeki aku dan Cik R barangkali sebabnya waktu kami di sana, cuaca ok je. Yang bestnya bila low season, kita boleh tawar harga terbaik untuk semua pakej.
First of all, misi ke Krabi is to ride an elephant!!! Aku dan gajah tak boleh dipisahkan. Nak rasa feel duduk dekat leher gajah. Bayangkan gajah duduk atas gajah??? Erkkkk... hahahaha.. Secondly, nak kayaking!!! Aku nak dapatkan new experience. Lagipun, mana aku pernah berkayak sebelum ni. So, hasil tawar-menawar, aku dapat price 1400bath seorang untuk kedua-dua aktiviti ini.
Untuk pengetahuan uolls, ada dua tempat untuk aktiviti kayak. Satu di Ao Thalane dan satu lagi di Baan Bor Thor. Trip ke Ao Thalane ni lebih murah sebab dekat berbanding Baan Bor Thor. Keistimewaan berkayak dekat Baan Bor Thor adalah keunikkan dan kecantikkan 'cave'nya. Boleh enjoy pemandangan dalam cave. So, kami pilih trip ke Baan Bor Thor.
Alamak, harga macam tak sure pulak. Bubur nasi tu rasanya harga lebih kurang 50bath kot. Pancake tu dalam 40bath. Pancake kat kedai makan depan masjid memang mahal pun compare dengan kedai lain.
Pagi tu, kami breakfast dulu. Pukul 8.30 pagi, van datang pick up kami di hotel. Perjalanan mengambil masa selama sejam. Sampai je di sana, kami dihidangkan dengan tea and coffea. And our tourist guide on that day is Mr Jeffrey from Philippine. Sangat enjoy dengan dia sebab dia happy go lucky. Sekali tu eden terkono dia.
Jeffrey: I can speak Spanish.
Aku: Ohhh.. really?
Jeffrey: U ask any question in English, then I will reply in Spanish.
Aku: Ok. How old are u???
Jeffrey: Spanish
Aku: hahahaha (Kojaqqq hang noh!)
Before start berkayak, si Jeffrey ni bagi sikit taklimat. Cara nak paddle dan sebagainya. Yang kuat sikit, duduk belakang. 'I think I'm strong enough' kata aku dekat si Jeffrey. Yakin boleh kot! hahahaha.. Aku dan Cik Y je from Malaysia. Yang lain dari Euro, Singapore, Thailand and Korea. Couple dari Euro tu memang dah mahir berkayak. Laju je ke depan. Yang lain masih terkial-kial. Kejap-kejap pusing kiri, pusing kanan plak. Lama-lama makin ok. Walaupun panas terik, aku tetap enjoy the moment.
Ready to depart
Pelanggaran terjadi disebabkan masih blur-blur. Perlu ada sefahaman dan kesepakatan dalam setiap kayuhan.
Mostly penduduk sini kerja nelayan. Perjalanan melalui paya bakau sangat indah walaupun peluh menitis membasahi muka dan badan. Boleh nampak bukit bukau di sekeliling. Then kami stop di Thanboke Koranee National Park. Dekat sini kami masuk dalam The Big-Headed Ghost Cave, juga dikenali sebagai Skull Cave atau Tham Pee Hua Toe. Gua ni dah lama wujud sejak zaman prasejarah lagi dan dianggarkan berusia 3000 tahun. Di dalamnya ada beberapa lukisan lama. Kononya ada hantu berbadan manusia tapi berkepala macam haiwan yang mendiami gua ni. Hmmm... Ada juga imej tangan dan lain-lain.
Tiba di Thanboke Koranee National Park. Jom masuk gua!
The hands
Nampak tak lukisan hantu yang berkepala seperti burung dalam gambar di atas???
Anaconda head.
Stalagmites and stalactites.
Our happening group!
Perjalanan diteruskan lagi dengan melihat Lod Cave dan Sea Cave. Jom layan gambar yang berjaya diambil.
Like a mermaid
On the way nak balik ni lah paling mencabar. Kena paddle melawan arus. Serius agak menguji ketahanan fizikal dan mental aku. Sakit tangan woooo.. At the end, we were team no 3 to arrive. Kira not bad la kan? Phewwwww...
Aktiviti berkayak ni makan masa selama hampir 3 jam jugak lah. Bila semua team dah tiba, kami get ready untuk lunch. Lunch memang disediakan sebab dah termasuk dalam pakej. Lepas selesai makan, kami gerak ke destinasi seterusnya untuk elephant trekking. Kita sambung dalam next entri nanti. Selamat bersahur!
#Balik dari berkayak, rasa lenguh-lenguh tangan tahap kritikal.
Sawadika..
Tahun ni percutian didahului dengan trip ke Krabi. Insyaallah ada lagi 2 percutian yang aku nantikan tahun ni. Yeayyyyyy!!!! Tiket flight ke Krabi aku beli tahun lepas lagi. Tu pun RM210 return. Kira not too cheap gak la. Tapi ok la kan sebabnya aku fly waktu cuti sekolah. Alangkah indahnya kalau boleh fly bukan waktu cuti sekolah. Hmmmm....
Trip aku more pada relax je. Nak hilangkan stress. Aku dan Cik Y tak pulak buat itinerary kaw-kaw punya. Just kami punya mission nak merasa kayak, riding elephant and round islands. Masa selebihnya, makan, makan and makan. Baru hilang semua stress aku yang bersarang di otak setelah sekian lama.
Pergi mana-mana buku catatan harus dibawa.. Awal-awal je semangat nak mencatat. Lama-lama lupa sudah. hahahaha.. Catat pakai pen merah yang tak tahan tu. Mentang-mentang sibuk menanda paper budak.
Ni hanya lakonan Cik Y je.. Tu buku dan pen aku!!!!!
Flight kami pukul 1.15 petang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Waktu di Thailand lewat sejam dari Malaysia. Keluar je terus cari tiket bas nak ke Aonang. Tiket berharga 150 bath sehala. Kami dah book Aonang Goodwill awal-awal. Ramai yang recommend hotel ni. Lokasi jauh sikit dari Aonang beach tapi dekat dengan kedai makan halal. Sebelah hotel, ade masjid. Pagi-pagi buta, bangun, keluar hotel dah boleh cari kedai makan area situ. Semuanya mudah habaq hang.
Ni lah rupa bas nak ke Aonang.
Exit airport, dah boleh nampak bas dekat luar. Naik, dan cakap je dengan driver nak ke hotel korang. On the way nak ke Aonang, bas akan stop dekat Krabi town dulu. Sesiapa yang nak ke hotel area situ kena turun dan naik van lain rasanya. Sampai je hotel, terus solat dan siap-siap nak keluar semula.
The first elephants we met. Cute!
Aku dan Cik Y round-round usha harga pakej. Memandangkan hari dah agak lewat, so kami plan nak ke Krabi Night Market atau dikenali sebagai Walking Street Night Market. Night Market ini hanya beroperasi pada hujung minggu sahaja. Nak ke sana, boleh naik van. 200 bath untuk return. Tiket boleh dibeli dekat kaunter hotel or mana-mana travel agent. Selalunya van akan pick up dekat hotel pada pukul 6.30 petang dan balik pukul 9.30 malam. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Krabi Night Market antara attraction place yang patut korang pergi jika anda ke Krabi. Why???Let me show you..
Harga untuk souvenir lebih murah di sini. 5 biji keychain or fm dijual dengan harga 100 baht. Kalau beli sebiji 20 baht. Beli 12=200 baht. Tapi bergantung juga pada design. Ada keychain dan fm yang unik sebab handmade. Harga lebih mahal sikit lah.
Yang bawa anak-anak, boleh try mencanting batik. Tapi mostly kalau kelas pendidikan seni dekat sekolah pun dah didedahkan dengan benda ni.
Kreatif kan? Jahit kain buat cover buku.
Bihun sup!!!
Inilah sesi yang dinanti-nantikan oleh aku. hahahaha.. Tapi kena be careful sebab bukan semua peniaga jual makanan yang halal. Harga makanan tak mahal mana pun. Standard harga dekat pasar malam lah. Lebih kurang 40-60 baht harga bagi semua makanan yang aku dan Cik Y try.
Pad Thai!!! Rasa pad thai ni macam kuey teow goreng yang a bit sweet dan dihidangkan dengan daun-daun seperti dalam gambar di atas.
Apa nama benda ni ek? Kerabu soo hoon kot. Pure Thai.. Masam dan pedas. Sedap!
Fruit smoothie ni dijual dengan harga serendah 20 baht je.
Ok lah.. Sampai sini je entri aku. Bye! Assalamualaikum.