Total Pageviews
Friday, 14 October 2016
Sunday, 9 October 2016
Japan-Korea Trip Day 6: Myeongdong & Dongdaemun
Assalamualaikum.
Entri sebelum ni aku ada story yang kami overnight di Terminal 2 Kansai International Aiport untuk ke Korea. Jom sambung story. Mood menaip dah mai balik dah.
Kami overnight di airport sahaja disebabkan flight ke Incheon lebih kurang pada pukul 8.30 pagi. Tak berbaloi sangat nak check in hotel. Berjaya juga aku tidur dengan lena di atas kerusi tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang. Pada pukul 4 pagi lebih, kami bangun dan terus ke toilet untuk bersiap. Orang dah semakin ramai memenuhi setiap ruang airport.
Bila kaunter dan mesin Peach Airline dah mula beroperasi, kami try check in sendiri di mesin. Malangnya gagal selepas berkali-kali cuba disebabkan oleh ejaan nama tiada space. Contoh nama sebenar ALIA MAYA jadinya ALIAMAYA. Memang masa isi nama kalau letak spacing melalui website Peach Airline tak boleh nak proceed. Jadinya masa isi online tak letak space pun. Nak tak nak, terus lah kami ke kaunter untuk selesaikan masalah. Staff sana ok je. Siap bagi seat dekat pintu kecemasan. Luas lah sikit ruang kaki. Actually plan nak ke Korea dari Japan datang secara tak sengaja bila Peach Airline buat promo. Tiket flight aku dari Kansai-Incheon lebih kurang RM200 sahaja.
Dengan beg yang agak besar, kami agak sedikit gabra sebab takut backpack masing-masing tak lepas. Memang ada staff yang menjaga depan pintu masuk dan siap suruh timbang berat beg lagi. Mati lah! Dalam hati dok berdoa semoga lepas. Dengan muka confident, terus masuk tanpa rasa bersalah. Alhamdulillah lepas. Hehehehe.... Perjalanan ke Seoul memakan masa selama 2 jam. Sesi tidur terus bermula.
Pastikan beg anda memenuhi piawaian di atas. Depan pintu masuk ada penimbang kot. Scary!
Tengok lah backpack kawan aku. Siap ada beg extra tepi. Hehehe...
After 2 hours, finally we arrived at Incheon Airport. Anyeonghaseyo!
Sampai airport, terus keluar beli tiket bus ke Hyehwa berharga 10000 won. Actually kalau naik train lagi jimat. Kalau tak salah dari airport naik ITX- Seoul Station lebih kurang 3000 won. Then, dari Seoul Station ke Hyehwa Station 1250 won. Total 4250 won. Boleh jimat lebih kurang 5000++ won. Tapi kelebihan naik bas bila bas stop betul-betul depan station bas area Hyehwa. Lintas jalan terus jumpa Bong Backpacker. Bong Backpacker pada aku tak best sangat disebabkan tiada dapur untuk memasak. Dia just sediakan air panas, roti dan jem je setiap pagi. Hmmmm... Terpaksa makan maggi pakai air panas je kalau dah kebulur sangat. Tandas pulak ade satu je. Bathroom ada dua. Terpaksa berebut kalau nak membuang. Phewwwww....
Tiket bus ke hyehwa station. Dapat discount coupon ke Lotte World. Tak berminat nak pergi amusement park.
Lepas mandi, kami plan nak ke Myeongdong. No rest. Badan masih terasa lemah. Bawa Cik Y lepak Yoogane sebab dia belum pernah try makan dekat sini. Sambil makan, kami tunggu dua lagi kawan aku. Dorang memang dah stay Korea beberapa hari. Alang-alang dah sama-sama di Korea, terus plan untuk jumpa dan berjalan sekali. Lama jugak lah menunggu kawan aku ni sampaikan nasi goreng pun dah licin.
Myeongdong tak pernah sunyi dengan manusia. For street food lovers, Myeondong is one of the best place so far.
Keluar je exit 6, terus nampak lori KBS. Mula lah teruja dan mata melilau mencari-cari pelakon mana yang tengah shooting sekarang. Malangnya, tiada... Hampa! hahaha...
Then ternampak orang ramai mengundi. Aku dan Cik Y pun sibuk juga mengundi walaupun tak faham undi untuk kategori apakah. Hahaha...
Ramai yang berminat dan tak lepaskan peluang ambil gambar dengan bear gergasi ni. Aku just berminat untuk perhatikan aksi mereka posing for a picture je.
Namja.
Dua kali datang Korea tak jumpa lagi yang iras-iras Jo In Sung mahupun Ji Sung.
Hari semakin gelap. Next, kami ke station Dongdaemun Cultural Park. Nak cari ikan bakar Dongdaemun yang popular dalam kalangan Malaysian. Before ni aku tak sempat nak merasa pun. Kali ni memang tak lepaskan peluang lah. Kami order makan untuk 4 orang. Ada ikan bakar, sotong dan side dishes. Total untuk sekepala 8750 won. Makan sambil bergelak ketawa. Macam-macam cerita keluar seolah-olah macam dah lama tak jumpa. Meriah sikit bila dah berempat.
Perut full tapi paksa diri makan juga. Kenyang terus sandar badan di dinding. Kebahagiaan tak terungkap dengan kata-kata.
Aku memang suka sambal sotong dekat Korea. Ishhhh... Bila teringat terus terasa nak terbang ke Korea semula. Sedap!
Kedai ahjumma yang kami makan. Boleh lepak makan di atas or bawah. Agak famous kedai ni sebab pernah masuk tv.
Kami gunakan masa semaksimum yang mungkin melepak. Esoknya adalah Christmas Day. Masih ramai lagi Korean yang melepak walaupun cuaca semakin sejuk dan hari semakin gelap. On the way nak balik, kami lalu depan Doota. Aleh-aleh macam ramai orang berkumpul. Siap ada cameraman dan photographer lagi. Perasaan nak menyibuk tu sangat mendalam okeh. Terus risik-risik. Rupa-rupanya kejap lagi ada performance oleh Crayon Pop. Aku tak kenal! hahaha... Tapi kan, walaupun tak kenal terasa teringin nak tengok Kpop Idol live. Cantikah? Kurus sangat kah? Perasaan ingin tahu tu tetap ada.
Tak sangka aku ada bakat menjadi paparazzi tak bertauliah.
Mamat baju hitam (paling kiri) tu gila semangat menyanyi masa Crayon Pop tengah perform. Dia lah yang explain dekat aku group idol mana yang akan perform.
Cantik tak? Cute tak? Kurus tak? Hehehe.. Seriously memang kurus pun. Cute la jugak compare dengan Korean yang lain. Slumber pulak dorang perform dalam cuaca yang sangat sejuk ya amat tanpa pakai winter coat.
Terjumpa pula geng BBM. Rancak kami bersembang seolah-olah macam dah lama kenal. Typical Malaysian sangat. Rakyat Malaysia peramah orangnya.
Lebih kurang pukul 11 malam baru kami balik. Sempat lagi try beberapa street food area Hyehwa. Esoknya, kami berjanji nak ke Nami Island sama-sama. Nampak orang tengah shooting. Siapakah? Nantikan next entry!
Subscribe to:
Posts (Atom)