Total Pageviews

Monday 19 August 2013

Persediaan

Ohhhh idea.. I beg u. Please come to mama.....

 

 

   Menulis blog memang susah. Mula-mula memang aku budget nak tulis secara formal (ala-ala macam karangan berbentuk cerita tu) tapi risau aku sendiri yang bosan dengan hasil tulisan aku. So, i decided to make it simple! 

   Ok kita sambung berkenaan persediaan aku dan Cik DA ke Guangzhou. As i mention before, aku dan Cik DA je yang join trip ni. Ini bermakna hanya kami berdua sahaja dan kami pergi tanpa menggunakan khidmat travel agency. Selesai booking tiket, aku start la search tentang Guangzhou.  Nasib aku memang baik kot. Rupa-rupanya lokasi Guangzhou memang berdekatan dengan  Hong Kong. Bila aku baca blog-blog lain, banyak yang pergi ke Guangzhou akan terus ke Shenzhen dan Hong Kong. Maka terhasil lah trip ke Guangzhou-Hong Kong-Shenzhen-Guangzhou. Perhhhhh!!!

  Jujurnya memang aku banyak buat kajian pasal trip ni. Aku godek-godek blog orang lain untuk cari info bagi memastikan trip aku berjalan dengan lancar. Dua minggu sebelum berlepas, aku sempat setelkan pasport, visa dan pertukaran wang (yuan&HK Dollar). Memandangkan aku jenis yang bukan kaki shopping, aku membuat keputusan untuk tak tukar banyak pun. Agak-agak lepas untuk makan, pengangkutan dan beli cenderahati (keychain, fridge magnet dan t-shirt) dah dikira ok. Paling penting, kena ambil gambar sebanyak yang mungkin supaya aku tidak lupa akan memori-memori ini.

 

 

 

Selepas sekian lama, maka hari yang dinantikan telah tiba.........

 

 

 

 

 

  #Makan dulu sebelum berlepas

 

No comments:

Post a Comment