Total Pageviews

Monday 17 February 2014

JUJUR

 

 

 

 

 

Sekolah baru aku agak istimewa. Istimewa daripada pelbagai aspek seperti disiplin, akademik dan lain-lain. Masalah disiplin tidak terlalu kritikal jika dibandingkan dengan pengalaman mengajar di salah sebuah sekolah di semenanjung sebelum ini. Akademik pelajarnya agak 'slow' dan part yang paling best pelajar-pelajar di sini kadang-kadang terlebih jujur. :)



Tersebutlah kisah..... 

 

Di kelas tingkatan lima........



Aku: Kamu semua ni kalau nak jadi pelajar yang cemerlang perlu lah rajin berusaha bla.. bla.. 

         bla.. (kemain aku membebel). Jangan lupa solat dan rajin berdoa. Siapa yang solat subuh

         hari ini sebelum ke sekolah?


Hanya 3 orang pelajar sahaja yang mengangkat tangan dan yang selebihnya sengih-sengih sambil memandang aku tanpa rasa bersalah.


Aku: Gulp.... (sentap!)





Tersebutlah kisah........

 

Di kelas tingkatan tiga........



Aku: Kita harus mempunyai sikap tegas menolak setiap ajakan rakan-rakan yang cuba 

        mempengaruhi kita melakukan perkara-perkara negatif seperti merokok bla...bla...bla...

        Siapa di sini pernah merokok dekat ladang kelapa sawit tu? (sambil memuncungkan mulut

        ke arah kebun kelapa sawit nun di luar sekolah)


Beberapa orang pelajar dengan yakinnya mengangkat tangan tanpa rasa ragu-ragu.


Pelajar: Cikgu, tu kisah dulu.. Anu, sekarang kami ndak hisap rokok dah..

 

Aku: Bagus! Lepas ni jangan buat lagi.. 










#Jujurlah sayang, aku tak mengapa... bla..bla...bla....



No comments:

Post a Comment