Total Pageviews

Monday 24 March 2014

Airplane Ears atau Barotrauma

 




Kali ni aku nak share pengalaman first time ever okeh sepanjang menaiki kapal terbang. Pengalaman merasa airplane ear atau barotrauma. Apa tu??? Sebenarnya kan, aku tak pernah ambil kisah atau dengan kata lainnya tak tahu pun wujudnya istilah airplane ear atau barotrauama ni. Bila eden dah terkono, rasa nak menangis kuat-kuat sambil hentak kaki dalam flight. Tapi mengenangkan steward comel dan hensem so tak jadi la aku melepaskan apa yang tersurat. Terpaksa berlakon cool padahal tengah sakit sangat-sangat..

 

Hujung bulan 1, aku dipostingkan ke Semporna. Time ni la aku merasa apakah itu barotrauma. Padahal sebelum-sebelum ni aku tiada masalah pun naik kapal terbang. Tapi kali ni, mak aiii.. Tak tahan!!! Sakitnya telinga aku!!!!! Aku rasa seperti ada benda menyucuk-nyucuk dalam telinga. Time tu jugak aku dengar ada budak menangis dan suara-suara yang menahan kesakitan. Ianya berlaku lebih kurang 5 minit semasa kapal terbang nak mendarat. Bila dah mendarat, rasa sakit tu masih ada. Yang pasti, pendengaran aku time tu kurang clear lah. Muka aku lebih kurang macam gambar di bawah ni time tengah tahan sakit tapi aku cantik sikit la. Ceitt!!!

 

 

 

 

 

Lepas je mendarat, aku pun tanya la kawan-kawan yang lain. Ko sakit telinga tak? Sakit la sikit, jawab orang sebelah aku.. Aku tanya lagi kawan yang lain, sakit tak tadi masa dalam flight? Tak pun sebab aku tido dengan nyenyaknya kata si polan. Phewwww.... So, aku pun terjah la pak cik google dan hasilnya aku berjaya mencari jawapan kepada permasalahan yang terjadi.

 

 

 

Skema Jawapan 

Soalan: Mengalami sakit telinga semasa berada di dalam kapal terbang

 

 

Dikatakan hampir semua penumpang kapal terbang tidak dapat lari daripada merasai tekanan di bahagian dalam telinga ketika pesawat hendak berlepas mahupun mendarat. Gangguan sindrom telinga pesawat yang juga dikenali sebagai airplane ear atau barotrauma ini boleh mengakibatkan telinga berdengung dan rasa sakit di bahagian dalam telinga.

Apa yang lebih teruk, keadaan ini boleh berlarutan selepas beberapa jam pesawat mendarat.


Apa yang anda alami bukan perkara biasa. Biasanya, penumpang hanya mengalami sedikit tekanan dan telinga berdengung, tetapi selepas pesawat mendarat, ia sudah hilang sepenuhnya.


“Mungkin kesihatan yang kurang baik ketika menaiki kapal terbang memburukkan lagi tekanan telinga pesawat yang dialami,” ulas Perunding dan Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, Dr. Raymond Tan Suan Kuo.


Ditafsirkan sebagai kecederaan pada bahagian telinga tengah, gejala tersebut disebabkan oleh perubahan tekanan udara sewaktu dalam penerbangan.


Tekanan telinga pesawat boleh berlaku di kedua-dua belah telinga.


Ia akan lebih serius apabila penumpang terbang ketika sedang mengalami selesema, hidung tersumbat, alahan hidung, tekak atau jangkitan resdung.


“Gejala yang sama juga boleh berlaku jika memandu di kawasan pergunungan atau berada di tempat yang tinggi serta ketika menyelam skuba,” jelas Raymond.


Menurutnya lagi, tekanan udara yang tidak seimbang di antara telinga tengah dan tekanan udara persekitaran boleh menghalang gegendang telinga bergetar secara normal.


Apabila tekanan udara persekitaran berubah secara mendadak, saluran eustachia yang menghubungkan bahagian tekak dan telinga tengah tidak dapat memberi reaksi pantas yang boleh menyeimbangkan tekanan menjadi punca gangguan ini terjadi. 


“Pesakit resdung dan penghidap selesema atau jangkitan hidung berisiko untuk mendapat tekanan yang lebih teruk berbanding penumpang yang sihat,” nasihatnya.

 

                                                                                                                                              (10 markah)









Bila dah baca baru aku tau kenapa sebelum-sebelum ni aku ok je naik kapal terbang tapi hari kejadian sebaliknya. Memang bila berada di tempat tinggi kita akan merasa tekanan dan menyebabkan telinga kita berdengung. Tapi masa kejadian, aku demam dan selesema uolls. Demam terpaksa berpisah dengan family terchenta. Manja sangat kannn??? So, ni antara fakta kukuh yang menjadi punca aku merasa apa itu Barotrauma. Uisshhh.. kalau boleh memang aku tak nak sakit telinga berulang lagi. Tambah pulak, aku akan kerap menggunakan khidmat kapal terbang sejak bekerja di borneo.


Untuk mengelakkan kejadian dari berulang, pastikan anda ada sesuatu untuk dikunyah seperti asam atau gula-gula getah bila berada di tempat tinggi.












#Nak seludup pizza  la bawak masuk dalam kapal terbang Air Asia.. Erkkkk....

 

 

3 comments:

  1. Barotrauma ek?.. hu3.. baru jer tau nih.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru tau gak slepas mgalami sndiri barotrauma yg sgt luar biasa kejamnya.. rs nk tndang2 je seat org dpn aritu..hu3 (sabor jelah!)

      Delete
  2. Betul la , awak cantik lagi dri org di ats

    ReplyDelete