Total Pageviews

Friday 23 May 2014

Hari Guru 2014 Part 1

Tahun ni merupakan kali keempat aku menyambut hari guru. Semuanya disambut dalam suasana yang berbeza tetapi tetap memberi kenangan manis dalam hidup! Kalau korang tengok tajuk, kemain siap ada part 1 and part 2 lagi.hahahaha.. Hari guru sepatutnya disambut pada 16 Mei tapi pada tarikh berkenaan ada peperiksaan pertengahan tahun. So, sekolah tangguh dan sambut hari guru pada 23 Mei. Nak dijadikan cerita, roomate aku punya idea suruh buat bbq dekat rumah sempena menyambut hari guru. So, kami berlima pakat-pakat masak dan bakar apa yang patut. Berasap satu rumah! Semangat itu yang paling penting.

 

 







 

 

Makanan sikit punya banyak tapi makan tak habis pun. Apa yang pasti, sotong Semporna memang lain betul rasanya. Maybe sebab fresh kot! Bak kata kawan aku, ni semua ubat penyakit gout je. kah kah kah.. Padahal dia jeles tu bha kan? 

 

Abis je exam, aku dapat undangan untuk hadir jamuan kelas 4 MPV. Time tu aku memang lapar bebenor sebab tak sempat makan. Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. So, aku pun lenggang-lenggang kangkung jalan ke bengkel MPV. Aku ingat jamuan sempena ada makanan lebihan yang mereka masak di bengkel. Aleh-aleh ada jamuan sempena hari guru. Guru kelas 4 MPV sendiri pun terkejut dengan suprise yang mereka buat. Bak kata Miss F, sepanjang 5 tahun dia mengajar di sekolah ni, first time dia merasa pelajar sendiri buat jamuan sempena hari guru. Ada dua menu yang unik yang aku jumpa time jamuan ni. Aku kalau bab-bab makan memang cukup terror habaq hang! hew hew hew...

 









Menu di bawah ni namanya telinga gajah. Cikgu-cikgu kata sedap selepas cicah dengan kuahnya yang dibuat daripada apa ntah. Macam tuna kalau tak salah. Kata pelajar aku, kesedapan telinga gajah ni bergantung kepada kuahnya. Siapa la hai yang letak nama makanan ni. Maybe sebab saiznya besar ala-ala telinga gajah maka orang pun namakan telinga gajah.

 








Yang ni pulak makanan tradisi orang Bugis. Time raya, menu ni antara yang top. Namanya buras. Berdasarkan pemerhatian dan rasa, buras ni dibuat dengan menggunakan beras biasa je kot. Ianya di bungkus dalam daun pisang dan kemudiannya direbus. Bila makan, rasa wangi-wangi daun pisang. Tambah-tambah dicicah dengan sambal ikan bilis mahupun pelbagai jenis sambal yang lain. Sedapppp uolls....









So, ini adalah antara punca-punca aku tak kurus-kurus walaupun berjauhan dengan family. hahaha.. Walaupun kadang-kadang berpeluh mengejar budak, berat badan I tetap tak turun-turun u know. Next time aku cerita sambungan Hari Guru 2014 part 2 pulak.. Ni cerita yang paling kemuncak. Suspens sangat! Nantikan......

No comments:

Post a Comment