Total Pageviews

Monday 23 June 2014

Demi Indah & Razin, Aku Relakan....

Hew hew hew... Kemain gempak tajuk entri aku kan uolls.. hahahaha.. Sejujurnya aku agak histeria dengan drama terbaru TV3 yang hangat sekarang ni. Aku ni kategori penonton drama yang suam suam kuku. Aku akan memilih drama tertentu je untuk ditonton. Rasanya last drama yang aku follow adalah Love You Mr Arrogant. 

 

 

 

 

Berdasarkan pemerhatian aku, penonton Malaysia memang suka menonton drama genre romantik komedi ala-ala Sebenarnya Saya Isteri Dia, Love You Mr Arrogant etc. Ada jugak yang mengeji drama melayu yang gemar mengolah semula cerita berdasarkan novel-novel cinta yang berada pasaran. Kata mereka, drama di Malaysia macam tiada peningkatan je. Whatever lah kan.. Pendapat masing-masing. Pada aku, aku mempunyai alasan tersendiri kenapa aku masih menonton drama-drama genre sebegini.

 

 

 

Sebab pertama, aku wanita bekerjaya. Curlass ko ayat 'bekerjaya' tu!hahaha.. Kadang-kadang rasa tension dan stress sangat-sangat. Takkan balik kerja nak suruh aku mengadap drama seram mahupun drama ber'genre' agak 'berat' yang memerlukan aku berfikir secara kritis? Hmmmm.. Tak nak lah aku! Bertambah stress nanti.. Kang silap-silap check in kat Tanjung Rambutan pulak.

 

Korang yang tengok drama macam ni mesti suka berangan kan??? Hey common la uolls.. Umur-umur wanita macam aku ni tiada masa nak berangan nak dapat suami perfect macam Tengku Razin tu. Rasa dalam dunia ni 0.0000005% je yang mempunyai ciri-ciri macam Tengku Razin. Aku just nak nyatakan yang penonton drama melayu sekarang ni not bad ok! Boleh fikir semua tu rekaan semata-mata. Tapi ada jugak elemen-elemen yang ditonjolkan dalam drama melayu sekarang masih wujud di alam yang nyata ok. Sekurang-kurangya pada aku drama melayu berganda lebih baik dan logik daripada drama Indonesia yang tak habis-habis dengan adegan juling biji mata plus sound effect yang mengarut. Nak tambah, drama Latin yang beratus-ratus episod sampai makan masa lebih setahun tu pun dua kali lima jugak.

 

Dah baca novel, takkan nak tengok cerita yang sama lagi di televisyen? Sorry, I bukan peminat novel cinta yer. Ombak Rindu, Wedding Breaker, Ku Kunci Hatimu di Laciku (contoh rekaan) mahupun Cinta Hingga Ke Liang Lahad (juga contoh rekaan semata-mata) tidak pernah ku beli mahupun ku baca. So, tak salahkan aku menonton drama melayu demi menghilangkan rasa bosan? hew hew hew.. Lagipun, hasil lakonan dalam drama mesti berbeza apa yang ada dalam novel. Kalau korang tengok KTAR, ada satu babak Indah bercakap seorang diri bagaimana dia nak berjogging tapi kelihatan cantik (sambil buat gaya sedang berjogging). Agak-agak dalam novel ada tulis tak ek babak ni???

 

 

sampai tersembur-sembur nasi ko, Indah!

 

Mutu lakonan setiap pelakon dalam KTAR sangat mantap! Actually aku perasan la si Izreen ni memang pandai berlakon. Tak sangka dalam drama ni, lakonan dia nampak so natural. Paling best, aku tak kenal pun hero KTAR. Pernah tengok mamat tu tapi tak pernah ambil port nama sebenar dia. Satu habuk drama dia pun aku tak pernah nengok. So bila nampak si Izreen berlakon, aku layankan jelah.. Dah tengok 3,4 episod, terasa la si mamat tu@Amar Baharin boleh berlakon watak Tajul Razin dengan baik. Pelakon extra yang lain pun curlas sangat-sangat. Rasa nak tampor-tampor je muka watak antagonis dalam drama KTAR.

 

Kata haters drama melayu, drama melayu ni  asyik-asyik sama je.. Laki kaya kahwin dengan perempuan miskin. Lepas tu ada masalah rumah tangga disebabkan oleh orang ketiga tapi at last mereka bahagia jua.. Biasa la kan, cerita pusing-pusing tang tu jugak lah.. Kalau tak, masakan omputih asyik dok olah berkali-kali cerita Snow White, Cinderella, Beauty and The Beast etc hingga kini. Cuba korang search ada berapa banyakkah filem atau drama omputih yang mempunyai jalan cerita yang hampir sama. Banyak kan? Bukan filem atau drama omputih je tapi drama korea pun aku prasan pusing-pusing tang tu je jalan ceritanya. huhuhu.. Ingat lagi kata-kata lecturer aku semasa blajo di Uitm. Katanya, tak semua filem/drama omputih tu gempak. Bersepah-sepah je filem/drama dorang yang mengarut gak. Tak yah bagi contoh pun korang dah tau kan?kan? :)

 

 

Akhir kata tepuk dada tanya selera.. Kalau rasa nak release tension tontonlah drama atau filem komedi agar kepala anda tak diseliputi masalah yang tebal. Kalau rasa nak layan yang ber'genre' berat, ambil remote control terus tekan channel. Tak susah kan? Selamat Menonton!

 















#Gambar-gambar di atas adalah belas ihsan Mak Cik Google

2 comments: