Total Pageviews

Tuesday, 21 October 2014

Land Below The Wind Trip: Kota Kinabalu

Setelah sekian lama, aku baru ada masa sikit nak update blog.

Aishhhh... Makin nak kehujung tahun, makin belambak pulak koje aku ni haa...


Okeh, kita sambung dengan trip hari tu. Lepas ke Pulau Mabul dan Pulau Kapalai, keesokkannya aku dan Cik R turun ke Kota Kinabalu pulak. Flight aku pukul 10.00 pagi lebih. So, pukul 8 pagi aku dah gerak ke airport Tawau dengan keadaan letih dan muka kehitaman. Kesimpulannya, semua gambar-gambar aku sepanjang trip kali ni sangat tak gorgeous sebab muka hitam gila! Terpaksa ulang trip ke KK lagi next time bila muka dah kembali cerah. Hew hew hew.. :)


Untuk pengetahuan uolls, ni kali kedua aku ke KK. Pertama kali aku ke KK atas tujuan mengiringi pelajar memasuki pertandingan nyayian lagu patriotik anjuran JPN Sabah. Paling best, aku naik van PPD ke KK selama 12 jam. Memang habis kematu la satu badan. Padahal naik flight dari Tawau ke KK makan masa 15-20 minit je. Its ok! Pengalaman kannnn....







Habis je pertandingan, aku ajak student aku pergi window shopping dekat area KK. Aleh-aleh nampak sushi.


Aku: Pernah makan sushi?

Student: Ndak pernah teacher.. Pernah tengok di tv sajak.

Aku: Jom saya belanja!




Yang tadi tu babak-babak iklan je. hehehe.. 


Kita balik kepada cerita flight ke KK tadi. Rupa-rupanya dari Tawau ke KK ambil masa tak lama pun. Maklumlah ni 1st time ke KK naik kapal terbang. Sampai je airport KK, aku terus mencari si Cik N. Cik N dari Sandakan. Kiranya trip kali ni kami pergi bertiga. Selalunya sesiapa yang ke KK akan sewa kereta untuk memudahkan perjalanan. Memandangkan aku punya kereta sewa last-last minute terpaksa cancel sebab condition kereta tak ok, maka terpaksalah cari kereta sewa kat airport je. Lepas usha kereta sewa, kami sebulat suara sewa kereta saga auto dengan harga RM140. Mahal okeh! Patutnya kalau korang dapat contact mana-mana agen lain, rasanya boleh dapat harga RM100-RM120 je sehari. 




Selesai booking kereta sewa, kawan aku datang ambil kami di airport seterusnya ke butik kepunyaanya sendiri di Putatan. Aku dan kawan aku ni agak rapat memandangkan kami saling mengenali sejak 2006 dan pernah bergelar course mate dan housemate. Selepas berkahwin, dia mengikut suaminya ke Kota Kinabalu dan akhirnya beliau sudah memiliki 3 buah butik di sana.












Bagi sesiapa yang berada di KK, boleh lah terjah butik Susy Collection di One Place Mall, Putatan. Kami habiskan masa beberapa jam di butik semata-mata nak borak tentang perkembangan terbaru masing-masing sejak hampir 3 tahun tak berjumpa. Sambil-sambil tu sempat la aku rembat beberapa barang plus dapat diskaun lagi.


Kemudiannya kawan aku bawa kami round-round di sekitar Pasar Filipina, Pasar Besar dan kawasan sekitar. Pada aku Pasar Filipina ni lebih kurang macam Pasar Gantung dan Pasar Tanjung di Tawau je. Barang-barang yang dijual kebanyaakkan hampir sama seperti amplang, ikan masin, ikan bilis dan barangan seangkatan dengannya. So, aku just usha gitu-gitu je. Pandang sebelah mata je okeh!hahaha... Pada masa yang sama, aku teman kawan aku membeli barang basah di pasar. Part ni best sikit sebab aku dapat lihat pelbagai jenis ikan fresh yang tidak dijual di Semporna. Persamaannya pula, terdapat banyak anak-anak bajau laut berkeliaran meminta sedekah kawasan ini.
























Selesai jalan-jalan area pasar, kami terus check in hotel area situ je dengan kadar RM110 semalam.. Masing-masing dah penat. Kemain membuta sikit punya awal. Esoknya pagi-pagi kami get ready untuk drive ke Ranau pulak...


2 comments:

  1. Horrornya dengar pengalaman naik van 12 jam pasal nk pergi KK tu. haha. Btw, ikan ikan kat pasar filipina tu harga dia murah tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdasarkan komen-komen kwn, sdara mara yg pnh ke KK n makan area situ, dorg kata price ikan @ mknan laut yg lain mmg murah... lbh krg sama mcm Semporna. Ikan kembung sekilo fresh dri laut rm3 sajo.. :)

      Delete