Total Pageviews

Monday 22 December 2014

A Winter Story: Korea Trip (Day 1) - Fly to Korea

Percutian selama 10 hari 9 malam ke Korea Selatan dah tamat!!!! Baru seminggu berpijak di bumi Malaysia, aku dah rasa rindu dengan Korea Selatan. Macam mana ni???? Aigooo...


Okeh, kita mulakan cerita pengalaman aku sepanjang ke Korea meliputi bandar Seoul, Sokcho dan Busan. Flight aku pada pukul 8 pagi dan yang best pada pukul 7.05 pagi aku baru sampai di KLIA2. Hebat tak? Terus aku dan Cik R memecut laju bersama backpack melalui kastam dan imigresen. Memang proses take time sebab ramai gila manusia dekat KLIA2. Kemudian kami terus menuju ke pintu gate Q. Tudiaaa habaq hang.. Punya lah jauh! Lepas tu kena lalu sekali lagi proses kastam. Adussss!!! Jam dah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Setel je proses kastam, terus berlari ke pintu gate. Kami sampai di pintu gate tepat pukul 7.45 pagi. Semua penumpang dah start masuk dalam kapal terbang. Time nak check tiket masuk, pekerja tu tanya aku, tak pergi check dekat kaunter ker? Aku reply tak sebab ingatkan tak perlu sebab dah web check-in. Nasib lepas! Rupa-rupanya baru aku tau kena buat semakan dokumen dekat kaunter walaupun dah web check-in bagi penerbangan antarabangsa. Phewwwww....


Ni kira first time aku berpeluh-peluh dan kalut gila before nak fly. hahaha.. Yang best, aku plan nak ke tandas dulu tapi pekerja di gate tu dah tak kasi. Dia suruh aku pergi tandas dalam kapal terbang je. First time jugak lah aku guna tandas kapal terbang setelah berkali-kali naik kapal terbang. Tak suka tapi terpaksa! Sewaktu pramugari nak edarkan nasi lemak kat aku, sempat dia salam dan wish happy birthday kat aku. Thanks uolls! Kali ni jugak aku berjaya travel dengan hanya membawa backpack 32liter sahaja dan satu hand luggage untuk tempoh trip selama 10 hari. Jimat punya pasal okeh! Kata Backpacker kan???hehehehe....








Perjalanan mengambil masa selama 6 jam 30 minit. Waktu Korea cepat sejam daripada Malaysia. Sampai je di Incheon airport, kami terus menuju ke GS25 untuk membeli kad t-money. Harga bagi kad t-money adalah 2500 won dan aku membuat tambah nilai sebanyak 50 000 won untuk cover perjalanan selama 10 hari. Last day di Busan, duit t-money aku berbaki 3000 won je. So, aku simpan je t-money tu kot-kot ada rezeki lagi nak ke Korea.









Dari airport, kami naik airport railroad sehingga ke stesen Hongik University. Kemudian tukar subway line 2(hijau) ke stesen Sinchon. Sampai je stesen Sinchon, cuaca dah gelap dan cuaca sejuk giler. Berkepul-kepul asap keluar dari mulut. Untuk pengetahuan semua, musim sejuk kali ni mula awal.. Aku memang tak budget langsung cuaca setiap hari -celcius. Nasib tergerak hati nak beli long john bagai. Lebih kurang 5 minit walking dari exit 5, kami sampai di guest house. Alhamdulillah, jumpa jugak walaupun dalam keadaan gelap. Guest house aku ni khas untuk wanita je tapi shared bathroom. Meh aku tunjukkan area guest house aku time waktu siang. Kami plan nak stay kat sini selama 3 malam sahaja sebab berdekatan dengan tempat yang kami nak pergi. 






GH kami!




Malam tu, aku dan Cik R tak ke mana pun.. Plan nak rehat sebab esoknya nak bangun awal sebab nak ke Petite France dan Nami Island. Before tido, kami makan nasi segera dengan susu pisang yang dibeli. Harga nasi segera sepaket 1300 won dan sebotol susu pisang berharga 1300 won. Nasi segera tu just masukkan dalam microwave selama 4 minit.. Tadaaa... Dah sedia untuk dimakan. Rasanya a bit sticky tapi tak la rasa macam makan pulut. Makan malam aku hanya berlaukkan sambal ikan bilis mak aku. Perhhhh!!! Kata Cik R, mak aku layak untuk menjual sambal bilis segera. Berkat bawa stok sambal ikan bilis mak aku yang mampu bertahan sampai seminggu. Tak basi uolls sebab cuaca sejuk sangat. hew hew hew...

















Habis je makan malam terus kroh.. kroh........................ 


Nantikan entri day 2 ye uolls.. Thanks sebab ada yang sudi  membaca dan tak lupa ada yang request kat aku untuk berkongsi pengalaman sepanjang berada di Korea dalam blog ni. Insyaallah, aku try sebaik mungkin. 




3 comments:

  1. Yeay...terima kasih dear :) tak sabar nak khatam full entry uolls gi Korea...nie yang tak sabar beli tiket ke korea nie haha

    ReplyDelete
  2. hye...nurul.. giler interesting.. hope we can travel sesama lah... ur journey buat i excited nak backpaking tapi xde kawan lah nak buat cmtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu pun takde geng nak travel. Sebab tu macam a bit late start travelling. Umo dh meningkat baru nak lihat dunia. Tapi its ok. Try tanya kawan2 lama yg suka travelling. Tak semestinya travel dengan kwn baik menjanjikan experience terbaik. Kadang-kadang travel dengan kawan yang baru kenal pun best gak!

      Delete