Total Pageviews

Wednesday 7 January 2015

A Winter Story: Korea Trip (Day 4) - Hongik University, KBS Building, Yeouido Park And Itaewon

Teka pukul berapa aku dan Cik R gerak balik Seoul dari Sokcho???hahahaha...


Berangan sangat konon-konon nak naik bas paling awal tapi bagun lambat. hew hew hew... Tiket balik ke Seoul pukul 8.29 pagi. Pagi tu breakfast makan roti dan pisang susu. Bas bergerak on time dan sampai di Seoul lebih kurang pukul 11.00 pagi. Kami terus bergerak ke guest house untuk hantar barang. Hari ini merupakan hari terakhir kami menginap di Icos guest house kerana keesokkanya kami akan bergerak ke Hyehwa Station (line biru muda). Kami akan stay di Korea Central Backpacker pula selama 3 hari. 





Selesai letak barang, kami terus bergerak ke ke stesen Hongik University. Tujuannya nak terjah Hello Kitty Cafe dan Flea Market. Dari Hongik University, kami ambil exit 9. Jalan terus, kemudian akan nampak simpang. Lintas jalan dan terus belok kiri. Selepas belok kiri, teruskan perjalanan sehingga anda nampak kedai Tony Moly di sebelah kanan anda. Jika nampak, terus belok ke kanan dan teruskan perjalanan sehingga anda nampak kedai Watson di sebelah kiri. Di sebelah Watson ada simpang kecil ke atas bukit. Dekat area situ la letaknya Hello Kitty Cafe. Aku ni sikit punya semnagat nak merasa minum coffee dekat cafe tu. Aleh-aleh apa yang aku lihat hanya seperti gambar di bawah......








Kecewa uolls... Cafe closed! Hello Kitty ni ada sebiji lagi dekat Hyehwa tapi tutup jugak. Dengar cerita dah berpindah ke tempat lain. Ok fine! Dah boleh terima hakikat. Kami teruskan perjalanan untuk mencari lokasi flea market. Aku sebenarnya tak sure lokasi flea market ni tapi hasil dari pertanyaan, akhirnya kami jumpa jugak. Kata Cik R yang merupakan cikgu bahasa inggeris, dia pelik kenapa ejaan di sana tulis free market. Kalau free market confirm la kan semua barang free of charge kan? 


Sepanjang area Hongik University, terdapat banyak deretan kedai yang kebanyakkannya menjual baju dan barangan lain. Area sini kiranya agak famous juga bagi kaki shopping. Kata cousin aku, area Ehwa University pun lebih kurang sama. Mungkin sebab ramai students kot.


Tengah jalan-jalan jumpa benda alah di bawah ni. Comel giler! Yang best, benda ni boleh dipanaskan dengan masukkan dalam microwave. Dah panaskan, boleh jadikan sebagai heat pack. Menarik bukan??? Harga lebih kurang 5500 won hingga 7000 won. Boleh tahan mahal jugak lah.








Aku dan Cik R sekali lagi ditimpa nasib malang. hahahaha.. Flea market baru nak dibuka. Cehhh... Dekat flea market ni ada playground. Rasanya pernah tengok lokasi ni dalam drama apa ntah. 









Kami sempat ambil gambar di pintu masuk Hongik University. Waktu ni kami nampak ramai students berjalan laju menuju ke kampus masing-masing. Kalau nak ke sini, boleh ikut direction Hello Kitty Cafe jugak. Just lepas lintas jalan, belok kiri dan teruskan perjalanan hingga ke penghujung jalan. Jalan ke sini agak tinggi. Mengah la jugak!









Untuk elak dari membuang masa, kami buat keputusan untuk ke KBS Building. Nak ke sini boleh turun di stesen National Assembly atau stesen Yeouido (line coklat). Ada yang mengatakan kalau turun di National Assembly lebih dekat. Pada aku lebih kurang sama je sebabnya waktu nak ke KBS Bulding aku turun di stesen National Assembly tapi time nak ke Itaewon, aku naik train di stesen Yeouido. Bezanya kalau turun di National Assembly tak perlu melintas jalan besar. Tempoh nak menapak tu ambil masa lebih dari 15 minit kalau berjalan gaya lenggang-lenggang kangkung sambil minum coffee.


Turun di stesen National Assembly, kami ambil exit 4 dan ikut je signboard yang ada. Jangan risau uolls.. Aku dan Cik R budget KBS Building ni macam best. Bila dah masuk tu rasa bosan giler. Seriously walaupun aku ni suka jugak lah menonton rancangan siaran KBS seperti Superman Returns tapi KBS Building ni seperti tak memberi impak apa-apa pada aku. hahahaha.. Citarasa lain-lain kan.









Yeouido Park letaknya betul-betul depan KBS Building. So, aku dan Cik R pergi melepak-lepak kejap sambil memikirkan destinasi seterusnya. Kalau ikut our plan, KBS Building ni last destination kami untuk hari ini. Memandangkan masa masih banyak ditambah dengan perut lapar, kami buat keputusan untuk ke Itaewon. Jom makan! 



Sisa-sisa salji yang turun empat hari lepas...








Dari stesen Yeouido, kami naik train (line purple) menuju ke stesen Gongdeouk. Dari stesen Gongdeouk, kami tukar train (line light oren) menuju ke stesen Itaewon. 




Otw nak ke stesen Yeouido, jumpa ikan besar ni. Nice!






Sampai di stesen Itaewon, kami ambil exit 3 untuk ke masjid dan Muree Restaurant. Kurang 100 meter dari exit 3, anda akan jumpa simpang. Belok kanan dan teruskan berjalan (jalan berbukit) sehingga anda nampak simpang di sebelah kiri.  Belok kiri dan teruskan perjalanan (jalan berbukit). Sepanjang jalan ni anda boleh jumpa Muree Restaurant di sebelah kanan anda. Restoran ini sangat top dikalangan pengunjung muslim yang mahu merasa masakan Korea halal. 


Pada mulanya kami plan nak makan dulu tapi kedai full pulak. Owner restaurant cakap datang after 40 minutes. So kami buat keputusan nak pergi solat dulu di salah satunya masjid di Seoul. Dari Muree Restaurant, kami berjalan lebih kurang 5 minit untuk tiba masjid yang berada di sebelah kiri kami. 


Cuaca time ni memang sangat sejuk dan berangin sampai rasa ke tulang. Mungkin lokasi tempat ni agak tinggi kot. Selesai solat, boleh lah melantak dengan amannya..









Aku order set Bolgogi Dukbaegi berharga 12000 won manakala Cik R order set Dwen Jang Chi Gae berharga 8000 won. Setiap set akan diberi side dishes berupa kimchi, seaweed dan telur. Seaweed tu memang rangup dan sedap dimakan begitu sahaja. Overall, makanan di sini ok ok la. Kira not bad sebab perut aku boleh terima. Time nak balik, aku sempat lagi beli chicken kebab dekat Mr Kebab berharga 5000 won. Balik guest house terus santap!hahaha... 


Exit 4 stesen Itaewon, ada boleh menuju ke Itaewon market. Dekat sini lah aku jumpa satu kedai yang jual souvenir murah. Nanti aku cerita dekat next entry. 


Malam terakhir di Icos guest house tersangatlah sejuk. Guest house aku ni jenis traditional style. Heater pulak guna arang kayu je. Cik R perasan tiada api dekat tempat arang dibakar. Terus roger owner datang. Owner guest house datang bawa sekali extra selimut dan betulkan pintu bilik sebab berlubang. Bayangkan betapa sejuknya sampai aku tidur pakai long john, winter jacket plus 2 selimut tebal. Aigooooo...... 


Jumpa lagi! Assalamualaikum.




6 comments:

  1. playground tu rasanya dlm citer marry me mari yg ada jang gun suk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..ye kot!hehehe...dlm running man pon ade klu xsalah

      Delete
  2. Weh hello Kitty mmg xda ka? Peplik toi ak ngan deme ni. Roy Kim was there, singing love, love, love ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tp dh ubah tempat... aku pon xsure area mn

      Delete
  3. salam...awk ade complete itinerary tak utk trip awk ni?

    ReplyDelete
  4. Kalau jalan ke depan lagi dari lokasi lama Hello Kitty; belok kiri...akan jumpa the new location. Xsilap diorang tukar tempat awal tahun lepas.

    ReplyDelete