Total Pageviews

Monday 26 January 2015

A Winter Story: Korea Trip (Day 5) - Street Art Ihwadong

Untuk hari ke lima di bumi Korea, lebih kurang pukul 10 pagi kami bergerak ke stesen Hyehwa. Kami akan stay selama 3 hari di Korea Central Backpakers. So dari stesen Sinchon, kami turun di stesen Dongdaemun History & Culture Park. Kami tukar train line biru muda terus ke stesen Hyehwa. Untuk ke Korea Central Backpackers, kena exit 4 dan direction yang jelas bleh rujuk map di bawah.



*** Rujuk anak panah berwarna kuning



Pada pendapat aku kan, Korea Central Backpackers ni ok compare dengan ICOS guest house. Maybe sebab heater dia berfungsi dengan baik dan keluasan bilik amat memuaskan. Kondisi heater sangat penting tambah-tambah travel time musim sejuk. Grrrrrrr... sejuk..... Tak lupa, towel kecil juga disediakan. Korang boleh ambil dan tukar sebanyak mana pun korang nak. Tapi part yang tak best, toiletries tak disediakan. Terpaksa aku pergi Daiso beli shampoo dan shower bath berharga 1000 won untuk setiap paket.









Kami dibenarkan check in awal sebab bilik dah ready. Lega! Setel letak barang, kami meneruskan perjalanan ke Street Art di Ihwadong. Lokasi tempat ni berdekatan dengan stesen Hyehwa je. Kami masuk ke dalam stesen Hyehwa dan keluar exit 1. Tapi kan, kalau exit 1 kena menapak jauh giler. Menurut Melissa, nak ke Street Art ni lebih dekat jika exit 2. So better korang exit 2 jelah dari stesen Hyehwa. Then tanya je Korean next direction. Dah tak jauh dah pun. Persoalannya, siapa Melissa???? Jeng jeng jeng.....









Rasanya kami menapak lebih kurang 15 minit jugak lah dari exit 1 dan akhirnya kami jumpa first mural. Area mural tu ada gerai ahjumma jual kuih ikan. Perhhhhhh!!!! Dah lama menanti nak try makan kuih ikan. Dengar kata, kuih ikan ni hanya di jual pada musim sejuk. Betul ker? Memang cousin aku sangat suggest makan benda alah ni. Sedap sangat uolls! Harganya 2000 won untuk 5 ketul. Korang boleh pilih nak inti kacang atau custard. Kedua-duanya sedap bagi aku. Tambah-tambah kalau makan tengah-tengah panas sewaktu musim sejuk. Kenikmatan yang luar biasa.







Ahjumma tu tak kasi aku ambil gambar dia. Tapi ada aku kesah???hehehehe..... Dekat sini lah aku dan Cik R jumpa Melissa. Dia sorang-sorang je kat sini dan ni merupakan trip ke Korea yang ketiga katanya. Yang best dia Malaysian. Bila dah jumpa sesama Malaysian, paham-paham la kan.. Pung pang pung pang cakap tak henti-henti. Rasa bahagia je dapat share pengalaman dan info sesama Malaysian di bumi asing.




First mural yang kami nampak


Tengah jalan-jalan, ternampak pokok persimmon. Pokok tu macam terbiar je. Habis buah dimakan burung. 








Kami habiskan masa lebih kurang 2 jam dekat Street Art ni.  Yang best walaupun tercungap-cungap akibat keletihan naik turun tangga, yang penting tak berpeluh.
















Before I die......








I want to be a super teacher!












Aleh-aleh nampak pulak dinding penuh dengan kesan conteng. Korean memang suka benda-benda alah macam ni. Mungkin ni sebahagian daripada art kot pada pandangan mereka.


Aku: Melissa, U tak mau join kami conteng ker? 

Melissa: I tak mau la.. I tak suka buat kerja tak baik ma..



Tup.... Tup....... Terpengaruh jugak minah tu dengan aku dan Cik R. Hahahaha...

















Disebabkan punya masa yang banyak dan kami tak ada plan nak ke mana-mana, maka Melissa sudi jadi tourguide kami round-round Seoul. Tak tau kami ke mana? Tunggu next entry.



















#Teringat Cik R basuh baju lalu menjemur bajunya di ampaian luar guest house. Esok pagi, tengok-tengok baju keras membeku!hahahaha..

3 comments:

  1. Patut aku tersedak sambil buat RPT ni..ada blog menyebut nama rupenye...selepas tobat sidai baju jadi frozen, terus sidai atas heated floor. Keringg baq ang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. aku rasa moment tu patut di share dlm blog.. kelakar seh! Busy la weh... Berminggu2 taip entri ni tapi hari ni baru siap..

      Delete
  2. wah angel's wing tu dah muncul kembali...

    ReplyDelete