Total Pageviews

Sunday, 12 July 2015

Hari Guru 2015: Back To School

Salam ramadhan. 


Ok, ni cerita basi. Dah lepas baru nak update. Saja nak share kemeriahan sekolah aku menyambut hari guru pada tahun ini. Moment paling best bila guru berebut-rebut nak naik bas. Bas penuh. Ada yang kena tinggal. Kesiannnn... Then, naik bukit tak lepas. Berasap tayar bas. Separuh kena turun sebab bas tak mampu nak bergerak. hahaha.. 










Hahaha.. Kena turun sebab bas tak lepas nak naik bukit.












Bila part games, masing-masing ada yang nak main tipu. Tipu la kan kalau zaman kanak-kanak tak pernah nakal. Ketawa tengok gelagat cikgu-cikgu macam budak-budak. Ini baru real back to school!. 















Team yang dapat sorakkan paling kuat, team itulah yang akan menang.









Dia nak main tipu!



















Student pernah tanya aku, 'cikgu pernah kena denda tak masa zaman sekolah dulu-dulu?' Aku balas, ' mestilah'. Aku ingat lagi kejadian sewaktu kelas Pendidikan Islam (form 5). Siapa tak kenal Ustaz Mail. Dia punya garang mak aiiii. Budak laki banyak yang kantoi sebab tak lepas doa Qunut. hahaha... Sekali tu, ustaz denda aku ketuk ketampi depan kelas sebab tak bawa buku teks. Maluuu!!!! Aku je pompuan kot. Paling tak puas hati, buku teks aku hilang sebab budak kelas sebelah yang curi. Nak balas dendam, habis waktu sekolah aku dengan kawan aku usha line baik punya. Kami masuk kelas sebelah dan akhirnya buku teks aku berjaya dijumpai semula. hew hew hew.. Siapa la kan yang curi buku aku tu????




Selamat Hari Guru!!!








#Part  paling best bila dapat menyayi lagu kami guru malaysia ramai-ramai!

Saturday, 4 July 2015

Krabi Trip Day 2: Elephant Trekking

Sawadika. 

Mari kita sambung entri yang tertangguh pada hari kedua aku di Krabi. Habis je aktiviti berkayak, kami dibawa ke Phu Tara. Aku dan Cik Y ditinggalakan di sini sebab driver van hantar tourist yang ambil pakej half day balik hotel. Dekat Phu Tara ni famous dengan aktiviti swimming. Tak kuasa aku nak mandi. Baju spare pun tak bawak. Tak tahu pulak dorang akan tinggalkan kami di sini. Ingatkan boleh terus buat aktiviti elephant trekking. So, melepak lah kami berdua di cafe berdekatan smbil makan ice cream. 





Air sungai macam tak seberapa nak jernih je. Tak payah lah korang ambil pakej swimming kalau datang Krabi.






After 45 minutes macam tu, driver van tiba dan terus bawa kami ke Chong Phlee Elephant Trekking. Sampai je sana, kena menunggu gajah tiba. Kami dihidangkan dengan buah nenas dan air mineral. Bau-bau badan dan tahi gajah sudah boleh dihidu ketika itu. hahaha..



Akhirnya, merasa jugak aku naik gajah. Kesian je gajah macam tak larat. Lepas tu nampak pulak budak yang guide gajah tu bawak besi tajam sambil sebut 'muek, muek'. Rupa-rupanya 'muek' tu bermaksud jalan dalam bahasa Thailand. Ada sekali tu, gajah yang kami naik buang tabiat masuk dalam semak-samun sebab nak makan daun. Aiyooo... Scary kot! Part paling scary bila dengar gajah mendengus macam nak mengamuk. Mengucap aku dan Cik Y.














Laluan trek macam tak mencabar pun. Just masuk hutan and u-turn. Tu je. Aku nak rasa feel yang masuk dalam sungai semua tu. So, next time sesiapa yang ambil pakej elephant trekking, better tanya dulu. Pastikan ianya bukan di Chong Phlee Elephant Trekking. 

Sewaktu halfway trekking, budak yang guide gajah tu ajak duduk dekat tengkuk gajah. Laju je aku menawarkan diri. Sebagai ganjaran, boleh la beli sebekas pisang untuk kasi gajah-gajah ni makan. Sebekas pisang berharga 50 baht kot. It was a nice experience but maybe it will be the first and last untuk aku kot. :)






Mana satu gajah ni???hahaha...






Balik hotel je terus pekena kerabu maggie. Slurpppp... Pedas dan mengancam. Berair mata aku makan.