Total Pageviews

Saturday 4 July 2015

Krabi Trip Day 2: Elephant Trekking

Sawadika. 

Mari kita sambung entri yang tertangguh pada hari kedua aku di Krabi. Habis je aktiviti berkayak, kami dibawa ke Phu Tara. Aku dan Cik Y ditinggalakan di sini sebab driver van hantar tourist yang ambil pakej half day balik hotel. Dekat Phu Tara ni famous dengan aktiviti swimming. Tak kuasa aku nak mandi. Baju spare pun tak bawak. Tak tahu pulak dorang akan tinggalkan kami di sini. Ingatkan boleh terus buat aktiviti elephant trekking. So, melepak lah kami berdua di cafe berdekatan smbil makan ice cream. 





Air sungai macam tak seberapa nak jernih je. Tak payah lah korang ambil pakej swimming kalau datang Krabi.






After 45 minutes macam tu, driver van tiba dan terus bawa kami ke Chong Phlee Elephant Trekking. Sampai je sana, kena menunggu gajah tiba. Kami dihidangkan dengan buah nenas dan air mineral. Bau-bau badan dan tahi gajah sudah boleh dihidu ketika itu. hahaha..



Akhirnya, merasa jugak aku naik gajah. Kesian je gajah macam tak larat. Lepas tu nampak pulak budak yang guide gajah tu bawak besi tajam sambil sebut 'muek, muek'. Rupa-rupanya 'muek' tu bermaksud jalan dalam bahasa Thailand. Ada sekali tu, gajah yang kami naik buang tabiat masuk dalam semak-samun sebab nak makan daun. Aiyooo... Scary kot! Part paling scary bila dengar gajah mendengus macam nak mengamuk. Mengucap aku dan Cik Y.














Laluan trek macam tak mencabar pun. Just masuk hutan and u-turn. Tu je. Aku nak rasa feel yang masuk dalam sungai semua tu. So, next time sesiapa yang ambil pakej elephant trekking, better tanya dulu. Pastikan ianya bukan di Chong Phlee Elephant Trekking. 

Sewaktu halfway trekking, budak yang guide gajah tu ajak duduk dekat tengkuk gajah. Laju je aku menawarkan diri. Sebagai ganjaran, boleh la beli sebekas pisang untuk kasi gajah-gajah ni makan. Sebekas pisang berharga 50 baht kot. It was a nice experience but maybe it will be the first and last untuk aku kot. :)






Mana satu gajah ni???hahaha...






Balik hotel je terus pekena kerabu maggie. Slurpppp... Pedas dan mengancam. Berair mata aku makan.




1 comment:

  1. Macam2 juga ye pengalaman naik gajah ni. Ramai ckp best tapi cumanya kesian kat gajah

    ReplyDelete