Krabi Trip Day 3: 4 Islands
Pang.. Pung... Pang...
Beberapa kali tamparan hebat menerjah di pipiku. Aku seakan-akan dipukau menyebabkan aku tidak sedar akan kewujudan blog ini sekian lamanya.
Curlas sangat intro aku kan?. Keh keh keh... Malas nak gebang banyak sangat. Jom layan trip aku ke pulau pulak. Actually ada beberapa pakej ke pulau antaranya Phi Phi Islands, Hong Island and 4 Islands. Cik Y dah pernah join trip Phi Phi Islands. So, kami decided untuk ambil pakej 4 Islands atas nasihat seorang abang ni. Katanya, tak berbaloi pergi Hong Island. Katanya lagi, tak payah ambil pakej speed boat. Sebabnya, pulau-pulau tu tak jauh pun. 20 minit dah sampai. Aku ni bukan kisah sangat pun sebab aku bukan hantu pulau. Pergi jelah mana-mana pakej pun ok. Kami terus book tiket dekat hotel je. Price 350 baht seorang naik long tail bot. Price termasuk makan dan minum.
Pagi tu, hujan renyai-renyai. Then ada lori datang pick up aku dan Cik Y kat hotel. Lepas pick up kami, dia angkut lagi orang dekat hotel lain-lain pulak sampai penuh satu lori. Sampaikan, ada yang terpaksa naik atas lori. Uinaaa.. ni dekat Thailand ke India???
Tudiaa!!!! penuh sampai atas. Akibatnya, driver kena tahan dengan polis daa... Lepas sembang-sembang, terus lepas. Dengar kata, dekat sini amalan corrupt mengorupt agak berleluasa. Ada yang pesan, kalau sewa motorsikal, sila pakai helmet. Kalau tak, kena aim.
Lepas briefing, masing-masing get ready nak naik bot. Lepas beberapa minit, kepala aku dah pening. Mual-mual... Adoiiiiiii.. Dah la naik bot dengan tangan kosong je. Yang ada air mineral je yang dorang sediakan. Seriously, habis mood aku. Dengan cuaca panas menambahkan tahap kepeningan.
Pakej 4 Island pada aku sesuai pada sesiapa yang sukakan sightseeing. Sebelum ni aku dengar ada yang mengatakan island di Malaysia much better. Apa-apa pun, setiap island mempunyai identiti dan keunikkan yang tersendiri. Aku akui, kalau nak lihat coral dan pebagai jenis hidupan laut yang lain, better datang snorkeling island dekat Malaysia je. Tapi, experience kan cannot buy. So, lets have fun wherever you go!
Longtail boats
Destinasi pertama kami berlabuh adalah Phranag Cave aka Railay Beach. Kami stop around 30-40 minutes rasanya dekat sini. Rasa menyesal tak bawak bekalan makanan. Anda disarankan membawa tikar dan bekalan makanan sekiranya berkunjung ke sini.
Chicken Island.
Nampak tak kepala ayam dalam gambar di atas?
Ayuh, snokeling!!!!!!!!!!!!
Around 15 minutes je masa diberi untuk snorkeling. Kedekut kan??? Nampak sejenis ikan je tapi teramat banyak sekali. Kasi je makan roti ke ape, nescaya berpusu-pusu yang datang. Coral pulak yilekkkkk...
Kalau tak salah gambar di atas ni adalah Tup Island yang famous dengan sandbank. Aku tak turun dari bot pun sebabnya ramai giler manusia sampaikan tak nampak pun sandbanknya. hahaha.. Lagipun, bot berhenti kejap je untuk photo session.
Akhirnya, last island is Poda Island. Ready untuk makan. Yeayyyyy!!!!!!!!! Waktu dekat Poda ni cuaca sangatlah panas sampai nak bukak mata pon tak boleh. So, aku dan Cik Y carik port yang redup untuk melelapkan mata.
Lebih kurang pukul 3 kami sampai di pentai Aonang. Sampai hotel, terus book motorsikal. Tak best la kalau datang Krabi tapi tak round-round naik moto.
#Pokoknya lagi 2 minggu gue mau terbang lagi. Kayaknya ke mana ya?????
No comments:
Post a Comment