Total Pageviews
Tuesday, 30 August 2016
Saturday, 13 August 2016
Japan-Korea Trip Day 4: Hida-Takayama
Tiba masanya kami meninggalkan bandar Kyoto. Rasanya 3 hari 2 malam memadai untuk cover bandar Kyoto. Semasa di Kyoto, aku ada masuk H&M dan beli sehelai t-shirt dengan harga RM28-RM30. Murah! Balik Malaysia, t-shirt yang sama berharga RM60.
Pukul 8.30 pagi, kami get ready dan checked out. Kami dah booked package tour to Shirakawago&Takayama from Kyoto melalui J-Hop Tour. Harga boleh merujuk dengan website. Pakej termasuk bas (return) dan penginapan. Anda boleh pilih sendiri jenis bilik yang anda mahu. Kami decided untuk stay dalam dorm je untuk cut budget. Lagipun kami just stay semalam je. Actually, anda boleh naik bus dari Osaka (9.00 pagi) atau dari Kyoto (10.00 pagi). Memandangkan kami berada di Kyoto, so gerak dari Kyoto je lah dan semasa balik, kami akan turun di Osaka.
1 night 2 days Tour schedule
Itinerary at a glance (Times may be subject to change) | ||
---|---|---|
1 night 2 days | ||
DAY 1 | 9:00 | Depart Osaka (Umeda) |
10:00 | Depart Kyoto (Takeda Station) | |
14:10 | Arrive Takayama (Hida Hotel Plaza) | |
After you arrive | Walk to J-Hoppers and then, FREE TIME Stay at J-Hoppers | |
DAY 2 | 8:10-12:10 | ◎Half day bus tour to Shirakawa-go |
14:40 | Depart Takayama (Hida Hotel Plaza) | |
18:50 | Arrive Kyoto (Takeda Station) | |
19:50 | Arrive Osaka (Umeda) |
Untuk ke Takayama, kami perlu tunggu bus stop di Takeda Station. From Kyoto Station, kami naik subway Karasuma line dan turun di Takeda Station. Then ambil exit 4. Bus stop berada berhampiran highway. Untuk maklumat yang lebih jelas, boleh rujuk website J-Hopper Tour . Anda dinasihatkan untuk berada di bus stop 10 minit sebelum pukul 10.00 pagi. Kami sampai agak awal dan agak mati kutu sebab tak tahu nak buat apa.
Ambil exit 4 utuk ke bus stop.
Area bus stop ada banyak tergantung lukisan-lukisan. Aku agak tu hasil karya budak sekolah. Satu perhargaan bagi seorang kanak-kanak kalau hasil karya mereka digantung untuk tontonan umum macam ni.
Perjalanan ke Takayama mengambil masa selama 4 jam. Tak ramai pun penumpang dalam bas. Tak sampai 10 orang rasanya. Masa dihabiskan dengan tidur. Sekali sekala aku terjaga dan sempat melihat pemandangan sepanjang perjalanan. Berbukit bukau. Aku really fall in love dengan cuaca di Kyoto dan Takayama. Tidak sesejuk di Seoul. Mungkin faktor geografi dan salji turun agak lewat kali ini. Bus akhinya sampai di Hida Hotel Plaza. Kami jalan kaki around 15 minutes untuk tiba di tempat penginapan kami iaitu J-Hopper Hida Takayama Guest House.
View sepanjang perjalanan ke Takayama
On the way to our guest house.
Majoriti kereta saiz comel-comel je dekat Takayama ni.
Inilah dorm aku. Ada 3 bunk beds for female only. Masuk je dorm, sunyi sepi. Rupa-rupanya hanya aku dan travel partner aku je haritu. Bahagia je rasa. Dah la tilam dia lembut dan selesa. Memang sangat recommended tinggal di sini. Dapur dekat guest house ni pun besar. Just kami je yang memasak.
Takayama (高山) is a city in the mountainous Hida region of Gifu Prefecture. To differentiate it from other places named Takayama, the city is also commonly referred to as Hida-Takayama. Takayama retains a traditional touch like few other Japanese cities, especially in its beautifully preserved old town. It now ranks as one of the prime candidates among travelers wishing to add a rural element into their itineraries.
Takayama gained importance as a source of high quality timber and highly skilled carpenters during the feudal ages. The city was consequently put under direct control of the shogun and enjoyed quite a bit of prosperity considering its remote mountain location. The Takayama Festival, held in spring and autumn, is considered one of Japan's best festivals.
Di atas ni adalah sedikit informasi mengenai Takayama. Secara jujurnya, Takayama adalah bandar yang mendamaikan dan jauh dari kesibukkan. Memang rasa aman tenteram sepanjang berada di Takayama. Pemandangan sekitar Takayama juga cantik. Area sini juga terkenal dengan traditional shopping street. Binaan kedai sepanjang jalan bercirikan tradisional. Akan tetapi, harga makanan mahupun cenderamata di sini agak mahal.
Disebabkan aku lagsung tak buat research pasal Takayama, maka kami gamble je jalan di kawasan sekitar. Lebih kurang 10 minit berjalan, maka sampailah kami di traditional shopping street.
Traditional shopping street
Ada beberapa kedai souvenirs di sekitar sini dan aku perasan semuanya menjual souvenir berbentuk patung berwarna merah seperti di dalam gambar. Aku pelik dan rasa ingin tahu. Finally aku dapat jawapan kenapa Takayama terkenal dengan patung ni. Meh aku nak share sikit sejarah di sebalik patung ni.
Patung berwarna merah ni nama dia Sarubobo. Sarubobo ni merupakan maskot Hida region and Takayama is a city in Hida region. Sarubobo bermaksud 'monkey baby'. Patung ni ni tiada facial features dan diperbuat dalam pelbagai size. Al-kisahnya, Sarubobo ni dibuat oleh nenek kepada cucunya sebagai lambang untuk kebahagiaan dalam perkahwinan, good children dan memastikan pasangan berkekalan sehingga akhir hanyat. Lebih kurang macam tu lah. So, jangan pelik bila nampak Sarubobos are everywhere in Takyama.
Harga fm seekor Sarubobo adalah seperti di atas. Memang mahal tapi aku beli juga sebab tak akan dapat dah dekat tempat lain.
Ada juga dijual Sarubobo dalam pelbagai warna. Setiap warna ada charm yang berbeza.
Kalau datang sini, jangan lupa tangkap gambar di bridge berwarna merah ni.
Suasana old town Takayama pada waktu malam. Lengang dan sunyi. Kami round di kawasan sekitar sehingga pukul 8 malam. Memang dah gelap gelita. Sempat juga singgah masuk convenient store untuk beli nasi segera. Aku baru perasan yang nasi segera di Family Mart lebih murah berbanding di convenient store yang lain.
Sarubobo ohhh Sarubobo
P/s: Kalau tak nak dikacau hantu, boleh beli Sarubobo warna hitam. Erkkkkkkk........
Subscribe to:
Posts (Atom)