Total Pageviews

Monday 8 August 2016

Japan-Korea Trip Day 3: Nikita Market, Ginkaku-ji Temple and Kinka-kuji Temple

Hi readers! 


Mari kita habiskan kisah lapuk. Harap debunya masih boleh dibuang lah. Phewwww...


Hari ketiga di Japan, badan rasa lenguh-lenguh akibat tak cukup rest. Pagi tu hujan rintik-rintik. Dekat our hostel, ada disediakan payung. So, kami pinjam kejap takut kalau hujan lebat melampau. 


Our first destinantion is Nikita Market. Nikita Market berada dekat area our hostel je. Just perlu lintas jalan. Maka, round lah kami melihat apa yang menarik di situ. Sempat membeli beberapa fm untuk dibawa pulang. Fm dekat Jepun agak mahal. Paling murah sebiji 150 yen. Beli dekat kedai 100 yen. Untuk kualiti yang lebih baik plus warna yang menarik berharga lebih kurang 300-500 yen. Mahal kan?




Just need to cross the road and enter TERAMACHI building. Nikita Market is inside the building.








Terompah





This girl can speak english well. Dia siap bagi try benda alah di atas. Large cucumber yang dijadikan jeruk. Rasanya agak masin.






Fresh flower. Cantik! Ada tak yang nak hadiahkan aku satu???hehehehe





Ada tak sesiapa yang pernah baca entri aku ke Korea lepas? Ada aku cerita pasal bunga ala-ala kobis ni yang banyak di tanam di sekitar Seoul. Aku musykil why this plant yang di tanam?Why not other plant? Aku dapat jawapan dari penjual di Nikita Market. If im not mistaken, tanaman ni ditanam untuk celebrating new year. That's why banyak ditanam hujung tahun. Alamak, harap tak salah lah info aku. 





Jepun dan Korea memang master dalam create benda-benda comel dan unik. Tapi harganya ya ampun, mahal! Mampu tengok jelah.







Kedai 100 yen. The only kedai yang jual fm paling murah yang aku jumpa sepanjang keberadaan di Jepun. 





Hampir 2 jam juga kami melilau di Nikita Market. Terpaksa bergerak ke next destination sebab nak kejar masa. So, kami ambil bas terus ke Ginkaku-ji Temple. Kami naik bas no 203 dan berhenti di station bus Ginkaku-ji Michi. Jika tak confirm which bus should you take, please refer to the information board at bus stop. Kami ni banyak juga gamble sepanjang berada dekat Jepun. Dont worry! Information board is everywhere. 





Alhamdulillah sempat menyaksikan daun kekuningan gugur dari pepohon. 



Untuk ke Ginkaku-ji Temple kami perlu menapak naik bukit lebih kurang 10 minit. Cuaca agak mendung dan hujan masih belum berhenti sepenuhnya.








Pintu masuk ke Ginkaku-ji





Tiket masuk berharga 500 yen seorang. Tiket agak unik. Hanya sekeping kertas besar dan nipis. Diatasnya tertera perkataan dalam tulisan jepun yang langsung tak difahami maknanya.







View di Ginkaku-ji agak cantik. Cuma kawasannya tak luas. Walking around 15-20 minutes macam tu, dah habis cover. Cuma yang jadi lama bila masing-masing sibuk mengambil gambar.










On the way back tu Ginkaku-ji Michi bus station. Sepanjang jalan penuh dengan pokok kekuningan. Masih di hujung mood autumn ke winter. Then kami gamble lagi tahan bas ke Kinka-kuji Temple. Dalam bas boleh aku tidur. Aishhhh.. mengantuk betul ditambah dengan cuaca macam tu.






Kinka-kuji Temple. 







Kinka-kuji pun kawasannya tak terlalu luas. Tiket masuk berharga 400 yen. Lepas habis round, pekena kopi kejap. Beli di vending machine. Kopi vending machine dekat Jepun ni kurang power. Tak tahu kenapa. Beberapa kali aku beli, semua rasanya agak hambar. Disappointed. Hari dah semakin gelap. Tapi sayang nak balik awal. So, aku dapat idea untuk jalan-jalan sekitar Kyoto Station. Sebab area situ ada kedai Daiso. Sempat juga menyaksikan busker perform. 

Setakat ini sahaja. I will update next entry as soon as possible. My next trip is coming soon! Rasa excited melampau. 



No comments:

Post a Comment