Total Pageviews

Friday, 11 November 2016

Japan-Korea Trip Day 9: Sayonara or Annyeong

Assalamualaikum. 

Terasa nak juga buat entri terakhir trip ni. Untuk hari terakhir, masih ada beberapa jam sebelum kami gerak ke airport. Lepas siap kemas barang, check out dan  terus gerak ke Namdaemun Market untuk menghabiskan sisa baki wang yang ada. Tak lupa, singgah Etude House buat kali ke berapa ntah. Kegilaan.



Suasana sekitar awal pagi di Hyehwa



Trip kali ni memang best lah. Sebelum ni aku pernah buat trip China-HK. Trip pertama yang sangat-sangat menguji kesabaran mental dan fizikal. Time tu kira masih sangat-sangat mentah dalam dunia backpacker. Banyak sangat kelemahan. But i learn the best from previous experience. Sekarang pun still learning. 


Kenapa repeat Korea? Aku tak pernah jemu dengan negara Korea. Aku suka environment, culture, food, people etc. Aku rasa selamat berjalan di Korea. Aku pernah nampak ahjumma letak handphone dia celah tepi backpack dia je dalam subway. Time tu penuh dengan manusia. Dalam hati aku terfikir, tak de ke orang mencuri phone dia nanti? Kalau di Malaysia ni, mintak maaf lah. Sedangkan aku sendiri warganegara Malaysia sendiri pun sentiasa berjaga-jaga kalau naik train di KL or berada di sekitar Masjid Jamek. Korean juga really friendly especially ahjumma and ahjushhi. So far, memang tiada masalah sepanjang travel di sana. Although some of them can't speak english well, but they try hard untuk layan kita if we asking them the direction or anything else. Kalau compare nilai budget, aku rasa travel di Korea is cheaper compare to Japan. Satu lagi, kalau compare wajah antara rakyat Korea dengan Japan, aku lebih suka lihat wajah Korean kot sebab dorang lebih gebu dan tinggi. 


Jepun pulak aku boleh simpulkan adalah negara yang tinggi tahap disiplin dan budi bahasanya. Sepanjang di Jepun, aku tak nampak langsung sampah di tepi jalan. Masih aku ingat lagi lorong yang kecik pun ada lampu isyarat untuk pejalan kaki. Walaupun tiada kereta, dorang tunggu je sehingga sehingga lampu berwarna hijau. Aku dan Cik Y sekali tu malas nak tunggu lama, terus lintas. Typical malaysian sangat! hahaha... Tak lupa, aku tabik spring dengan driver bas di Jepun. Selain berpakaian kemas siap bertopi lagi, driver bas ini akan cakap 'arigato gozaimasu' pada setiap penumpang yang turun daripada bas. Kalau ada 10 penumpang yang turun, 10 kali lah dia akan cakap. Memang impressed sangat. Kalau lah rakyat Malaysia begini..... Hmmmmm..... Walau bagaimanapun, travel dekat Japan agak costly lah. Nak beli fm or key chain pun berkira-kira juga. Apatah lagi nak lepak makan dekat sana. Phewwwww...  


Anda pilih sayonara atau annyeong? Apa-apa pun kedua-dua negara ini mempunyai kelebihan masing-masing. Yang pasti, aku tak pernah berasa jemu dengan kedua-duanya. Kalau boleh nak repeat lagi. Insyaallah. 






Beg yang aku bawak travel selama 9 hari. Memang sumbat naik dalam kabin flight je. Jimat budget!






Tengah berjalan kaki menuju ke gate dekat Incheon International Aiport, ternampak pulak raja dan permaisuri serta konco-konconya berarak. Terus aku melambai-lambai tanda perpisahan. 






Bukti raja ni membalas lambaian aku. Wakaka...







1 comment:

  1. Bole bagi tips mcm mana nak beli tiket KL-JAPAN-SEOUL-KL yang affordable?

    ReplyDelete