Assalamualaikum. Hi...
Happy New Year guys!
So, aku mulakan tahun ni dengan memaparkan 52 fakta menarik yang aku lihat dan ingin kongsikan dengan readers semua selepas berjaya menamatkan trip India (Kashmir-Delhi-Agra-Jaipur) pada bulan December tahun lepas.
By the way, kebanyakan information are based on my experience, bacaan and sharing session with local during our 12 days in India. If ada terpesong maklumat, harap dimaafkan. I'M SORRY....
1. Population. Jumlah penduduk India adalah seramai 1.3 billion.
2. India merupakan negara kedua yang mempunyai populasi penduduk tertinggi di dunia selepas China.
3. Poverty . India menduduki tangga ketiga dunia selepas Nigeria dan Republic of Congo di mana rakyat berada pada paras kemiskinan yang melampau. Memang kasihan sangat bila tengok rakyat India work hard everyday to survive.
4. The most densely populated state in India is Uttar Pradesh. Ibu negerinya adalah Agra. Lokasi di mana terletaknya Taj Mahal.
5. Capital City of India. Ibu negara India terdahulu adalah Calcutta sebelum berpindah ke New Delhi pada tahun 1911.
6. Muslim Population. Dianggarkan lebih daripada 14% rakyat India adalah muslim. Di Jammu&Kashmir, 90% adalah muslim. Agak heaven kalau nak enjoy food dekat Kashmir. Selain beryani, korang boleh try cookies dan kek dekat bakery shop tepi jalan area Srinagar. Murah dan sedap!
Antara cookies yang kami cuba di Srinagar. Harga ikut gram. Kami beli beberapa jenis cookies dan try mango kek jugak. Harga memang berpatutan.
7. Visa. Harga visa untuk Malaysian dah naik harga. Phewww.. Aku apply evisa yang berharga 80USD (RM350). Visa tahan 2 bulan je. Mengeluh lagi! Dengar katanya macam India nak consider bagi free visa untuk Malaysian yang travel ke India within 14 days. Hopefully jadi lah.
8.Transportation. Favourite transportation among Indian untuk long trip adalah keretapi. Bas adalah pilihan kedua.
Sampai Agra dari New Delhi Railway Station jam 9 pagi. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam.
9. Train. Untuk long trip, disarankan naik train awal pagi. Katanya train awal pagi jarang delay. Trip lewat petang dan malam selalu delay especially long trip. Tiket train untuk malam katanya lebih murah berbanding trip awal pagi.
10. Tiket train boleh dibeli dekat website IRTC. Aku pening nak register dekat situ, so aku beli dekat 12go je. Senang tapi harga tiket mahal sikit lah. Tiket aku beli 3 bulan awal untuk elak kehabisan tiket. Berdasarkan info lain yang aku baca, tiket train dekat sana dihadkan untuk foreigner. Jumlah seat, aku tak pasti.
11. Railways Station in Delhi. Part ni kena hati-hati takut tersalah naik railway station. Bila baca blog lain, ada je adegan mencemaskan bila last-last minutes sedar dah tersalah railway station. Memang boleh gila kot! Ada 7 railway stations dekat Delhi. Yang famous adalah New Delhi railway station (NDLS) yang terletak dekat area Main Bazar, Paharganj, Old Delhi railway station, Hazrat Nizamuddin railway station dan lain-lain. Sila check tiket train ada terlebih awal supaya adegan mencemaskan ala-ala scene KAPAL TITANIC TENGGELAM tidak terjadi!
12.
Bus. Aku berpeluang naik sleeper bas dari Agra ke Jaipur selepas train aku
cancelled. Harga ticket sleeper bus jauh lebih murah berbanding tiket
train dan harganya berbeza mengikut jantina. Paling best, harga
tiket untuk wanita lebih murah berbanding lelaki! Terasa diriku begitu
berharga..................
At first rasa tak meyakinkan je tengok keadaan luaran bas ni. Dalam hati macam ni je sleeper bus?
Ni je ruang yang tersedia untuk menunggu bas. Pintu kecik sebelah kiri tu pulak tandas. Gemuk sikit je lagi rasanya memang aku tak muat dah nak masuk. Phewwww...
Wajah-wajah yang over excited nak naik bas di India
Perjalanan dari Agra ke Jaipur memakan masa selama 6 jam. Perjalanan tak seteruk seperti yang dijangkakan walaupun katil keras kematu, bas asyik 'melompat-lompat', hon sana sini, dan break mengejut.
Bas berhenti sekali je sepanjang perjalanan dari Agra ke Jaipur. Belakang tandas hentian, kami jumpa view canola field ni. Terus tak lepaskan peluang snap gambar.
13. No Traffic Rule. Serious scary kalau naik auto rickshaw dekat town time peak hour. Lawan arus tu perkara biasa selain himpit menghimpit. Ayuh, menjerittttttttttt lah kita!!!!! Ya Allah Ya Allah... Arghhhhhhhhhhh.....
Keadaan jalan raya di Old Delhi. Tinggi betul level kesabaran rakyat India.
14. Auto Rickshaw. Tak sah kalau tak cuba naik auto rickshaw kalau round area town di India. Untuk jarak around 3km, caj yang dikenakan per person selalunya around 50rs je. Part yang paling aku impress sangat bila kami berempat plus driver (5 orang) muat je naik auto tayar tiga! Tapi jangan lupa kempiskan perut dan sorok sikit lebihan lelemak. Tak lupa, sila baca bismillah. Insyaallah muat!
Sebelum ni aku imagine auto rickshaw ni boleh muat 2 orang je dekat seat belakang. Rupanya dekat India siap ada yang duduk berempat, berlima lagi. Backpack kami letak di bahagian belakang sekali.
Terpaksa pegang kuat sebab takut tercampak keluar time 'corner baring'.
Berempat di belakang. Steady!
15. Car. Kebanyakkan kereta dekat India kecik ala-ala Viva dan berwarna putih.
16. Plate Number. Plate number adalah berbeza mengikut state sama seperti di Malaysia. Kalau di Delhi, plate number bermula dengan DL. Manakala di Rajashtan (RJ), Jammu&Kashmir (JK) dan Uttar Pradesh (UP).
17. Boleh nampak kesan kemek dan calar balar dekat kereta-kereta yang terdapat di India. Kebanyakkanya memang dah tak suci murni!
18. Mahatma Gandhi. Mahatma Gandhi's face features on
Indian Currency. Kesemua wang kertas India display wajah Mahatma Gandhi-
Father of The Nation. Wajah icon ini juga boleh dilihat di merata-rata
tempat. Persoalannya, wajah siapakah pula di wang kertas Malaysia?
(geleng kepala kalau ada yang tak boleh jawab!)
Mural yang dijumpai di Jaipur Junction Railway Station. Aku perasan banyak mural Mahatma Gandhi sepanjang berada di India.
19. Haiwan yang boleh nampak berada berkeliaran di tepi jalan adalah seperti lembu, anjing, bab*, kucing, kuda dan last but not least unta!
Tumpang lalu.
Part nampak bab* ni memang aku agak terkejut kot! Boleh je dia slumber melintas depan hostel kami. Nasib dia melintas dengan penuh berhemah tanpa menggangu orang sekeliling.
Lembu-lembu yang berada di sepanjang lorong di hadapan hostel kami di Jaipur. Aku akan merindui bunyi lembu 'mmoooooooooooooo..................' awal subuh pagi sepanjang berada di sana. Serious rindu!
Camel on road in Jaipur, Rajashtan
20. Open Air Toilet. Ada banyak dekat Paharganj. Sebelah toilet pulak, ada gerai makan. Erkkk... Actually, banyak je yang membuang merata-rata tepi jalan tu. Kebanyakkan mereka ni species pundi kencing lemah agaknya. Sebab tu traveller prefer pakai kasut kalau travel ke India.
Kawasan Paharganj pada awal pagi. Time pukul 10-11 pagi ke atas, keadaan terus berubah menjadi sesak. Area sini menjadi tumpuan traveller disebabkan berdekatan dengan New Delhi Railway Station dan Delhi metro station.
21. Air Pollution. Kualiti udara di India memang worst! Berdebu dan kotor. Tak sah kalau muka dan kuku korang tak kotor dan hitam sepanjang berada di India. So, sila bawa mask, wet tissue dan pengepit kuku bersama. Kami juga siap consume vitamin c setiap pagi untuk pastikan Kulit wajah terjaga. Kemain!
22. Walking in India. Jarak 2-3km di Delhi, Agra dan Jaipur dirasakan amat jauh sekali. Boleh hilang mood nak berjalan sebab faktor jalan sesak dan kotor. Sila hati-hati kalau nak melintas jalan. Kena hon itu perkara biasa!
23. Mineral Water. Ada 3 jenis brand mineral water yang aku minum sepanjang berada di India. Yang pertama adalah Bisleri. The best and popular brand in India. Next, Bailley and Aquafina. Harga sebotol mineral water bersaiz 1liter adalah 20rs.
Air mineral brand Bisleri
24. Indian Chai. The term 'chai' means tea. Chai dekat sana macam kuat sikit aroma dan rasa dia maybe sebab bercampur herbs. Kalau dalam train, boleh dengar peniaga yang lalu lalang menjual sambil sebut 'chai! chai! you want beer chai?' tanya peniaga tu pada kami. Hahaha.. Ada jugak beer chai rupanya. Adoiiii.....
25. Kashmiri Kahwa Tea. Wajib dicuba kalau ke Kashmir! Gabungan 11 bahan istimewa seperti cinnamon, saffron, cadmun, honey etc. Rasanya sangat refreshing bila diminum time winter. Boleh juga beli serbuk Kehwa tea untuk dibawah balik ke Malaysia.
Pot ni katanya dah berusia ratusan tahun. Tak pastilah betul ke tak.
26. Beryani. Beryani is a must if you are in India. Rasa memang sedap dan satu portion boleh dimakan untuk dua orang. Harga chicken beryani around 200-300rs. Kalau agak-agak dah muak makan beryani, minta je plain rice dengan curry or korma chicken. Padu habaq hang!
27. Chicken Eggs. Telur ayam dekat India berwarna putih. Jakun sekejap. Terus google what's the difference between brown and white eggs? Hahaha...
Serious aku ingat ni telur itik. Putih semacam je. Al-maklumlah tak pernah tengok telur ayam selain warna nude brown.
Hari-hari kami breakfast telur dekat our guest house in Kashmir .
28. English in India. Sebelum ni memang aku assume majority India fasih berbahasa Inggeris. Rupanya sebaliknya. Tak ramai juga yang pandai cakap bahasa Inggeris walaupun bekerja di sektor pelancongan.
29. Bollywood stars live in Mumbai not Delhi! Mumbai is capital of Mahrasthra and Mahrasthra is one of the richest states in India.
30. Scam. Aku rasa India adalah negara kedua selepas France di mana aku buat preparation gila-gila supaya tak kena scam. Sekali kena jugak! Kami kena scam auto time dari Paharganj nak ke Sarojini Nagar Market. Driver auto cakap dia ok 300rs untuk 4 orang. Time tu pelik jugak lah sebab jarak ke sana more than 10km. Sampai sana, kami hulur 500rs tapi dia minta 2000rs. Terus kami bebel cakap nak report police bagai dan blah! Ada satu kali tu kami saksikan adegan Indian kena carut dengan mamat France sebab isu scam ni lah jugak rasanya. Phewwww... Jangan percaya jugak kalau auto rickshaw/taxi driver cakap nak bawa korang pergi ke cheap shop! Better awal-awal cakap tak nak stop mana-mana shop pun.
31. Seller love to approch you. Part ni yang aku tak tahan sikit. Mereka ni akan follow korang sambil cakap level ala-ala menjerit tepi telinga. Aku rasa kesabaran aku dah maksimum kot time tu. Terus aku marah dia,'why are you shouting at me? are you forcing me?' Mamat India dekat Agra tu sentap dan terus berubah muka dia. Kalau di Kashmir, ramai jugak yang akan approach dan follow korang untuk naik sledge, ski etc. Kawan aku yang lelaki guna alasan baik punya untuk tolak. Antara ayat yang dorang guna, 'no, no, my wife is pregnant' dan 'I cannot leave my wife' sambil tunjuk dekat aku dengan kawan aku yang gemuk dan tak berdosa ni. Terus kashmiri tu blah. Siap cakap 'take care' lagi. Agak biadap cara itu tapi memang berkesan! (Tepuk dahi)
32. Vegetarian and Non Vegetarian Symbol. Boleh tengok simbol ni dekat food packaging. Aku perasan banyak je packaging ada simbol vegetarian. Maybe banyak Indian yang tak makan daging. So, banyak boleh jumpa vegetarian food.
33. Motu Patlu. Kalau di Malaysia ada Upin dan Ipin, di India ada Motu Patlu. Kata kawan aku, Motu tu maksudnya gemuk. Patut lah yang baju merah tu babat semacam! (babat merupakan bahasa bajau yang bermaksud gemuk).
Patung dan keychain Motu Patlu ni aku jumpa dekat Sarojini Nagar Market. Aku beli keychain ni 4 ketul 100rs. Aku rasa keychain ni antara yang unik dan menggambarkan India. Ada juga aku beli keychain bentuk kayu dan bola kriket.
34. Kriket . Sukan favourite rakyat India. Memang boleh nampak kanak-kanak bermain kriket di kawasan lapang tak kira masa dan tempat sepanjang berada di India.
35. Taj Mahal. Memang betul traveller lain ada cakap yang the best time to take picture of Taj Mahal adalah pada waktu awal pagi dan time dekat nak tutup dah. Timing mesti kena ngam! Malangnya aku terjah Taj Mahal hari weekend. Maka............
Nak beli tiket kena beratur macam ni. Nasib baik aku beli tiket online je. Itupun ada jugak scammer yang berlegar-legar luar gate kononnya mereka ni boleh guide kita untuk masuk cepat. Jangan terpedaya! Terus je bawa tiket korang, and masuk ikut foreigner lane. Memang tak payah beratur panjang pun.
Tons of people. How can I find my Shah Jahan?
36. Teacher Salary. Semasa dalam train dari Jaipur ke Delhi, kami sempat bersembang dengan seorang guru yang mengajar drama/bahasa. Katanya, gaji guru sekolah kerajaan dekat India agak lumayan. Gaji guru muda around 30000rs-50000rs. Kalau convert dengan RM pun still ok. Katanya lagi, kerajaan India tak support sangat rakyat dari segi pendidikan sebab politician takut kena tentang kalau banyak rakyat dah educated.
37. Fridge Magnet dan Keychain. Kalau dekat Kashmir boleh beli dekat underground market. Kalau dekat Agra, beli je dekat penjual yang berlegar-legar luar pintu nak masuk Taj Mahal. 30 biji fm aku beli dengan harga 500rs. Actually boleh dapat 50 biji dengan harga 500rs. Try la bargain. Kalau dia tak nak kasi, korang try berlakon macam tak nak beli.
38. Kalau nak beli composite ticket (cover beberapa tourist spots dalam tempoh 2 hari) dekat Jaipur, boleh lah bawa student card. Kawan aku yang dah bekerja 5 tahun slumber je tunjuk student card dia. Memang boleh dapat diskaun banyak. Harga asal 1000rs tapi kalau tunjuk student card dan pasport, harga tiket cuma 200rs je.
39. Fruits. Buah-buahan sangat murah. Antara buah yang aku try adalah pisang, limau, anggur, epal dan delima. Harga pisang yang aku beli dekat gerai depan Muhammadi Palace, Jaipur cuma berharga 20rs sekilo.
40. Heater. Aku ingat rumah dekat Kashmir dah pakai heater ala-ala macam dekat Korea dengan Jepun. Bila dah sampai sana, oh em geeeee!!!! Sejuk menggigil. Blanket heater pun tak cukup panas pada aku. Dibuatnya pulak elektrik kejap on, kejap off. Memang gamaknya sehari aku mandi sekali je lah. Hahaha..
41. Kangri. Kangri ni adalah pot yang digunakan secara traditional semasa musim sejuk untuk memanaskan badan. Kashmiri akan isi pot ni dengan arang yang dibakar dan dorang akan carry pot ni di mana-mana je dorang pergi.
42. Pheran or Feran.
Pheran merupakan pakaian kashmiri ketika musim sejuk. Aku ingat lagi
masa first day sampai Srinagar, kami nampak kashmiri pakai pheran tanpa
tangan. Ayat yang terkeluar dari mulut kawan aku, 'weh, kesiannya dia,
tak dak tangan'. Rupa-rupanya bukan dorang ni retard pun. Hahaha..
Tangan dorang ada je dalam baju tu sambil pegang kangri untuk keep warm
during winter.
Kashmiri dengan pakaian tradisional ketika musim sejuk iaitu pheran. Tangan mereka berada di dalam baju sambil memegang kangri. Pot yang disi dengan arang yang dibakar.
Gambar di atas ini lah pot yang digunakan oleh kashmiri untuk memanaskan badan.
43. Salty Food. Kashmiri prefer salty food compare to sweet food. Ada sekali tu makan dekat salah sebuah restoran dekat Srinagar. Nasi dia ok tapi ayam, daging memang agak masin. Soda lime tea dorang pun rasa sikit masin but still nice pada aku.
44. Murid sekolah di Kashmir bercuti lama during winter. Cuti sekolah bermula dari bulan Dec to Feb.
45. Mata Pelajaran di sekolah diajar dalam Bahasa Inggeris.
46. Wanita Kashmiri kebanyakkan tidak bekerja selepas berkahwin. Semasa kami lalu depan university, aku perhatikan banyak je students perempuan. Tapi bak kata local, wanita di sana just belajar untuk kepuasan sendiri tapi at the end tetap duduk di rumah. Wanita Kashmir juga gemar belajar mengait.
47. Pakaian wanita di Kashmir masih konservatif. Wanita di Kashmir masih mengenakan pakaian traditional mereka di mana sahaja mereka berada. Ada jugak aku nampak yang pakai jeans and trendy clothes tapi tak ramai. Dorang ni nampak macam pemalu jugak. Susah nak snap gambar mereka. Kalau lelaki kashmiri, memang sporting je!
48. Syiah Community. On the way nak ke Pahalgam, boleh nampak perkampungan syiah dekat kawasan berbukit. Mereka ni macam mendiami kawasan jauh dari bandar sikit.
49. Urusan immigration dan custom dekat India especially dekat Srinagar sangat strict. Untuk wanita, memang ada bilik kecik khas. Beratur asing ikut jantina. Time dekat Delhi airport, aku siap kena soal, why Malaysian woman like to go to Kashmir? Aku pun menjawab la yang aku pergi sana just for sight-seeing bla..bla.. bla... Then dia impress pulak dengan jawapan aku. Dia pun soal lagi dan lagi. Aku pun layankan je. Dekat Srinagar nak ke Delhi, kena lalui 4 kali scan and check. Satu lagi, nak masuk India aiport please print siap-siap ticket or download ticket. Kalau tak, memang tak boleh masuk. Kami dah terkena! Phewwwww.........
50. Indian Army. Touch down je Srinagar, boleh nampak banyak Indian army dekat sana. Ada jugak announcement dalam flight yang memesan agar tak mengambil gambar di airport Srinagar. Kawalan di Kashmir memang ketat memandangkan konflik di sana masih belum berakhir. Hari kami fly balik ke Delhi dari Srinagar, telah berlaku tembakan antara pasukan tentera dan penunjuk perasaan yang mengorbankan 7 penduduk awam. Terus aku terkenang peristiwa stadium bola dibom sewaktu aku travel ke Istanbul. Apa-apapun alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan.
51. Freedom. 'We dont want election, We dont want selection, We want freedom'. Kami nampak mural ni dekat Kashmir. Kalau sembang dengan Kashmiri, memang terang-terang mereka cakap mereka tak suka Indian dan tak nak mengaku sebahagian dari India. They just want freedom!
52. Natural Resources. Jammu and Kashmir is rich in term of natural resources. Ini jugak salah satu sebab Kashmiri rasa mereka boleh survive dengan hasil sendiri. Antara hasil tanaman terbaik yang mereka hasilkan adalah saffron, walnut, apple, dan almond. Selain itu, sektor pelancongan di Kashmir memang sedang meningkat naik. Aku akui yang keindahan Kashmir sukar diungkapkan dengan kata-kata.
saffron
Epal
Hopefully entry ni dapat membantu traveller lain yang plan nak ke India. And yes, me totally agreed that India is INCREDIBLE country!
****Gambar-gambar lain akan dikongsi dalam next entry.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete