Total Pageviews

Saturday, 21 September 2013

Era Persekolahan dan Universiti

Assalamualaikum.. 

Kita bersiaran lagi pada petang sabtu yang tak beberapa mendamaikan hatiku..hahahaha..Ada beberapa perkara yang belum setel lagi tapi esok dah kena gerak ke KL-Pahang pulak.. Walau bagaimanapun kena maintain calm dan berdoa semuanya dapat diselesaikan dengan baik.

    Berbalik kepada topik, sebenarnya entri ni tiada kaitan langsung dengan mana-mana trip. Memandangkan aku jadi 'housemaid' sepenuh masa sekarang, so memang tak pergi mana-mana la jawapnya. Mudah-mudahan ada rezeki aku travel next month kalau tiada yang menghalang. Berbalik kepada topik, aku dapat request daripada rakan yang mahu aku menulis kenangan semasa belajar di UITM.. Honestly, kenangan paling tak boleh dilupakan adalah sewaktu zaman belajar dulu. Era persekolahan sehingga universiti, ada je benda di luar jangkaan kita buat.. Selalunya aku akan belek-belek gambar lama pastu senyum sorang-sorang. Aku yakin orang yang tak normal je tengok gambar lama tanpa ada perasaan apa-apa! Tak pun insan tersebut hatinya penuh dengan kudis-kudis. erkkkk.. Bagi aku adalah normal bila manusia menunjukkan emosi dirinya terhadap sesuatu perkara. Tak kan nak serius 24 jam je. Tak gitu? Kalau serius 12 jam tanpa henti tetap i tak suka..hahaha. Insyaallah, kalau aku rajin aku buat la entri zaman-zaman belajar dulu. 

     Sesungguhnya, aku menegaskan bahawa era persekolahan sehingga universiti banyak meninggalkan kenangan yang indah dalam hidup! Tolong lah percaya akan kata-kataku ini.. Next sesi luahan perasaan pulak. Kadang-kadang aku rasa kecewa bila terdapat segelintir pelajar tidak suka akan sekolah dan langsung tidak mempunyai cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Salah siapa? Tepuk dada tanya selera..

 

 

Saya suka sekolah saya kerana...........................

 

 

 

 

 

1) saya boleh jumpa dengan kawan baik 

 







2) saya boleh buat perkara yang melucukan bersama rakan










3) saya boleh menyertai persembahan dikir barat










4) saya boleh bermain hoki di padang

 









5) saya boleh menjadi penyokong tegar setiap pertandingan yang diadakan









6) saya boleh tidur di dalam kelas sekiranya guru tiada




 

 

 

 

7) saya dapat menyemai nilai hormat-menghormati dalam diri walau berbeza agama dan bangsa

 









8) saya boleh menonjolkan bakat seni yang terpendam









 9) saya bebas mengekspresikan perasaan



 

 

Akhir sekali

-

 

-

 

 -

 

-

 

-

 

-

 

 -

 

-

 

-

 

 

-

 

 

-

 

 

-

  


10) saya dapat berjumpa dengan kekasih hati

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 # Tidak semua cinta monyet berakhir dengan sebuah perkahwinan


No comments:

Post a Comment