Panduan bercuti ke China dan Hong Kong
Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum ke China dan Hong Kong:
1) Pasport: Nak ke luar Malaysia, pasport harus la ada..
2) Visa: Untuk ke China memang memerlukan visa manakala untuk ke HK tidak memerlukan visa. Memandangkan aku memasuki negara China sebanyak 2 kali maka aku membuat visa double entry. Harga memang tak ingat. Aku buat visa di Embassy Of The People's Republic Of China, Ampang. Buat melalui travel agency pun boleh tapi caj yang dikenakan agak mahal..
3) Kompas: Senang nak tentukan arah kiblat.
4) Botol air & wet tissue: Tandas di China dan HK memang tiada paip air. Botol air memang sangat diperlukan ketika membuang hajat yang terpendam..
5) Senarai nama tempat yang di'print': Memandangkan aku ke China dan HK tanpa menggunakan khidmat travel agency, maka aku telah print senarai tempat-tempat yang ingin dilawati dalam bahasa cina bagi memudahkan urusan sepanjang berada di sana. Masalah bahasa jadi major problem di China disebabkan rakyatnya tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa inggeris.
6) Kalkulator: Bagi yang gila shopping, sila bawa kalkulator untuk urusan nego harga yang terbaik memandangkan rakyat China tidak fasih berbahasa Inggeris.
7) Baju: China dan HK mengalami kejadian 4 musim. So pilih pakaian yang bersesuaian dengan cuaca di sana.
#Jangan pulak pakai winter coat tebal-tebal waktu musim panas. Memang buang tabiat kalau anda berbuat sedemikian rupa!
8) Makanan kering: Bagi yang ingin berjimat macam aku, sila la bawak makanan sampingan seperti maggi, roti, biskut, milo 3 in 1 dan seangkatan dengannya. Makanan halal tidak sukar didapati di China dan HK tetapi anda digalakkan untuk berhati-hati sentiasa.
#Banyak kedai makan halal di dalam banggunan Chungking Mansion, HK tetapi hasil pertanyaan dengan orang sekeliling mendapati hanya kedai makan Bismillah yang boleh dipercayai!
9) Kasut dan beg: Aku dan Cik DA ada mengalami sakit kaki semasa trip. Kemungkinan disebabkan pemilihan kasut yang kurang sesuai. Oleh itu memang digalakkan memilih kasut yang berkualiti dan sesuai dipakai sepanjang trip. Pemilihan beg yang sesuai juga amat diperlukan supaya anda tidak mengalami masalah ketika mengangkut barang sepanjang trip.
#Akibat sakit kaki, aku dan Cik DA siap buat foot massage sewaktu di HK.hehehe..
10) Money Exchange: Sila membuat penukaran mata wang dahulu ye.. Ada juga isu tentang pemalsuan wang kertas RMB/Yuan. Ada yang mengatakan, kalau tukar dalam rm1000, mesti dapat sekeping wang palsu 100 yuan. Alhamdulillah duit yang aku tukar semuanya diterima. Aku membuat penukaran wang di Ampang Park dan penukaran wang di sana adalah sangat berbaloi-baloi!
11) Subway dan MTR Map: Boleh print map bagi sesiapa yang mahu menggunakan pengangkutan awam sewaktu di China dan HK. Nak dapat map yang lebih cantik dan jelas, boleh dapatkan di mana-mana stesen di sana.
12) MTR dan Subway: MTR dan subway merupakan pengangkutan utama yang aku gunakan sepanjang berada di HK dan China. MTR dan subway adalah sangat efisien di HK dan China. Ketika di HK, anda boleh membuat pembelian kad Octopus di stesen MTR. Penggunakan kad Octopus sangat digalakkan di HK bagi memudahkan trip untuk ke mana-mana destinasi. Anda boleh membuat pemulangan semula kad Octopus di kaunter bagi mendapatkan semula baki wang di dalam kad. Sepanjang berada di China pula, aku memuat pembelian tiket subway di mesin tiket sahaja. Proses pembelian tiket subway sangat mudah dan tidak melecehkan.
13) Taxi: Jika anda mahu menaiki taxi, pastikan taxi yang anda naiki adalah bermeter!
14) International travel plug adapter: Penting! Kalau tak, nak caj phone atau kamera anda camno??? Tak dapek eden nak nolong..
15) Disneyland+Madam Tussaud+The Peak Ticket: Hasil daripada pembacaan melalui blog-blog mengatakan tiket adalah lebih murah jika dibeli di hotel atau guest house berbanding dibeli di kaunter tiket. Aku memang beli tiket di Carlton Guest House je dan harga tiket lebih murah daripada harga sebenar di kaunter. So, aku suggestkan anda beli je tiket di tempat penginapan masing-masing. Di samping dapat menjimatkan ongkos, anda juga dapat mengelak daripada adegan beratur beramai-ramai di kaunter tiket.
#Have a safe trip!
No comments:
Post a Comment