Total Pageviews

Tuesday 1 October 2013

Dulu-dulu....

 

 

 

Dulu-dulu aku rajin jugak drawing dan painting.. Bukan bermakna aku ni memang terror tapi sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang sahaja. Tidak bermakna orang yang really good in art sahaja boleh berbuat demikian. Aktiviti ni kadang-kadang boleh hilangkan stress.

   Dulu-dulu masa kita kecik-kecik, aku yakin semua orang mempunyai hobi menconteng dinding rumah atau dinding sekolah. Masa tadika aku suka lukis orang terutama family aku. Part rambut mak aku, aku akan buat kerinting sikit. Kasi real! Yang pasti, abang aku akan lukis gambar orang lidi sebab dia memang tak reti lukis..hahaha.. Arwah abah aku akan jadi juri dan pengkritik tetap. Pernah sekali aku masuk pertandingan mewarna peringkat sekolah-sekolah Kulim Bandar Baharu sewaktu darjah tiga. Cikgu kelas panggil aku dan beri lukisan bergambar yang hanya perlu diwarnakan sahaja. Balik rumah, aku bagi lukisan tu kat abah aku. Aku suruh dia je yang warnakan..hahaha. Tapi tiada rezeki aku di situ..

 

 

#Contoh lukisan mak aku waktu aku tadika

 

Rambut dan tahi lalat kat dagu paling penting!

   

 

   Dulu-dulu aku selalu conteng buku waktu dalam kelas. Aku rasa bukan aku je yang buat tabiat macam ni bahkan ramai lagi yang mempunyai kreativiti yang luar biasa sehinggakan buku teks sekolah bertukar wajah. Sekali tu masa form 2 atau form 3, aku dapat pinjaman buku teks tapi buku teks sejarah aku memang worse gila.. Dah lunyai dan yang paling best part-part muka pahlawan malaysia seperti Rentap, Rosli Dhobi, Tok Gajah, Dol Said, Dato' Maharaja Lela mahupun Tok Janggut pasti di'upgrade'. Kejap tambah misai, janggut, dan tak lupa tambah parut di muka..hahaha.. Bagi nampak ganas. Baru James Brooke, J.W.W.Birch and the geng takut... 

 

 

#Contoh hasil contengan

 

   

 

 

   Dulu-dulu masa dekat UITM, fakulti aku ada budak art. Mereka selalu buat pameran dekat ground floor library. Group aku pulak selalu buat discussion dalam library. Masuk library sama-sama tapi aku tak muncul-muncul lagi sebab aku akan pergi usha lukisan dulu.. Dalam hati rasa kagummnyeeee melihat mereka mampu drawing dan painting sebaik itu. Kalau la aku berpeluang untuk putar balik masa, aku akan pastikan aku ambil subjek pendidikan seni visual waktu sekolah menengah! 

   Dulu-dulu aku rajin jugak melibatkan diri dengan program kolej masa belajar di Universiti Malaya.  Part paling aku suka kena hias backdrop pentas menggunakan kreativiti masing-masing. Sempat la aku tinggalkan kenangan hasil kesenian aku yang tidak seberapa di pentas kolej suatu ketika dahulu. Bak kata orang, kalau boleh tinggalkan la kenangan manis yang boleh kita ingat sampai bila-bila..

   Dulu-dulu roommate aku budak kos pendidikan awal kanak-kanak. Bila ambil kos ni, memang kena rajin sedia alat bantu mengajar seperti  gambar dan sebagainya. Maka, dia rajin jugak suruh aku join dia dan rakan-rakan buat aktiviti lukis-lukis ni..Ohhh I like it so muchhhh...

   Dulu-dulu aku berpeluang mengajar subjek pendidikan seni visual di salah sebuah sekolah di ibu kota. Dari situ baru aku tahu yang art ni agak complicated rupanya! Ingatkan ada pensel atau berus boleh terus jalan. Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahhari..

   Dulu-dulu aku pernah hasilkan lukisan yang tidak seberapa disebabkan teringatkan parent aku. Lukisan tu aku bagi kat mak aku untuk disimpan. Walaupun tidak sempurna tapi ada makna yang tersirat disebalik lukisan berkenaan. Lukisan pertama gambar seorang ibu yang tengah bekerja keras dan ada seorang kanak-kanak perempuan membantu ibu tersebut membuat kerja. Lukisan kedua gambar seorang kanak-kanak perempuan yang tidur di atas perut bapanya. 

 

 

 

#Arwah abah dalam kenangan

 

~Al-Fatihah~

 

 

 

 

 

 

 

 

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa

No comments:

Post a Comment