Total Pageviews

Thursday 10 October 2013

Liburan ke Ho Chi Minh City, Vietnam

Aku baru sahaja balik dari liburan ke Ho Chi Minh City selama 4 hari 3 malam. Trip ke sana telah berjalan dengan jayanya..yeaahhhh!!!! 

   Trip kali ni aku pergi berdua jugak tapi dengan  rakan baru aku iaitu Cik Ain. Walaupun baru kenal selama 4 bulan, ia bukan menjadi penghalang untuk kami berdua travel berdua ke luar negara. Bukan senang nak jumpa rakan seperjuangan yang mentally and physically tough. Cik Ain memang memang tough habis!! Aku memang tabik spring kat beliau.. Sila kembang semangkuk sikit ye Cik Ain.

   Seminggu before trip ke Ho Chi Minh City, aku pergi bertapa seminggu dekat Chini, Pahang. Rasa macam berat badan dah naik je tapi Cik Ain ni lain pulak. Makin kurus and tough je.hahaha.. 3,4 hari sebelum trip, dia boleh pergi panjat gunung dekat Terengganu. So, angkut beg puluh-puluh kilo kira small matter bagi dia. Aku pun layan angkut beg puluh-puluh kilo. Terbabas membeli! Akibatnya badan aku rasa sakit-sakit lagi ni..

   Meh aku tunjuk sikit beg yang kami angkut ke hulu ke hilir sampaikan laki Vietnam tegur cakap kami ni kuat. Perlu berbangga atau tidak???errkkk... Ada pak cik pengayuh beca siap ucap selamat lagi time aku dan Cik Ain melintas jalan sambil mengangkut beg-beg yang berat ni. Aku rasa berat badan aku turun 1kg. Ok wat?hahaha..

 

 









 #Ni kalau mak Puan DA tengok mesti dia kata macam ni kat aku..

 

Mak Puan DA: Nak bawak beg macam ni ke?Kesiannya mak cik tengok.. 

Aku: Takpe la mak cik, saya dah biasa buat kerja buruh kasar ni..hahahaha..

 

 


 

 

 

    Nanti  aku sambung lagi entri ye.. Badan lenguh-lenguh dan tak larat nak menulis panjang-panjang. Akan sedaya upaya stori dengan lebih terperinci supaya memudahkan sesiapa sahaja yang nak travel sendiri ke Ho Chi Minh City.. Bubye!

 

 

 

 Assalamualaikum


 

No comments:

Post a Comment