Total Pageviews

Friday 18 April 2014

IKAN

Tetiba nak cerita pasal ikan dalam blog travel. Nampak tak ada sedikit kecelaruan jiwa di situ?hahaha.. Aku ada banyak keje sebenarnya walaupun sedang bercuti selama 4 hari. Tapi aku selalu buat seolah-olah I'm free!!!! Selalu macam tu kot! Bawak balik banyak keje kat rumah tapi satu habuk pun aku tak buat. Ini semua salah saka 'malas' yang selalu menumpang diri aku time balik rumah. Ingat aku tak nampak ke saka tu asyik follow aku naik kereta. Ceit! So, sesiapa ada petua bagi menghalau saka agar dia tidak berani ikut aku lagi time balik rumah, boleh share ye.. :)

 

Untuk pengetahuan semua, Semporna sekarang tengah dalam persiapan menyambut Regatta Lepa 2014 oleh suku kaum orang Bajau. Regatta Lepa ini akan berlangsung minggu depan. Hasil dari temubual orang tempatan, festival ni hanya ada dekat Semporna je uolls. Ianya berlangsung setahun sekali dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelancong luar. Katanya, hotel-hotel akan penuh dan jalan raya akan sesak! Aishhhh... Terpaksa aku siap sedia spare makanan dalam peti ais. Plan nak gak terjah tengok keadaan kat sana macam mana. Kalau aku pergi, aku akan update dalam blog.

 

Mana cerita pasal ikan ni??? Macam biasa pendahuluan aku selalu panjang. Ayat kasi hiperbola sikit dan ada bunga-bunga bagi menyerikan entri aku yang tak seberapa menarik ni. Petang tadi aku lepak makan dekat pekan Semporna. Tahap kebosanan aku sampai aku layan filem Frozen 3 kali uolls.. Sepanjang ke pekan, dah boleh nampak sambu layang dah banyak dipasang di sepanjang jalan.

 

 







Entri sebelum ni aku pernah kan bagi tahu pasal ikan di Semporna murah-murah. Selalunya aku beli dekat market atau di belakang Seafest. Area situ ikan fresh-fresh sket dan pelbagai pilihan. Tadi aku usha-usha gak cari kelibat sotong tapi nan hado. So aku tanya peniaga kat sana. Kenapa ndak ada sotong hari ini? Balas peniaga tu, sekarang ni musim terang bulan. Minggu depan baru ada sotong. Apakah musim terang bulan? Itu yang menjadi persoalan di sini. Sebelum ni aku selalu nampak ikan warna biru. Agak pelik bila first time tengok. Dalam hati tertanya-tanya, boleh ke makan ikan ni? Tak pening ke kalau makan? Lepas tanya abang aku, baru la aku tau yang ikan warna biru tu ikan Bayan. Kata abang aku, isi ikan ni sedap! Nanti aku nak tunjuk ikan fantastic four kat korang pulak.







 

Try tengok gambar di atas? Kat tengah-tengah tu ada ikan warna biru. Ikan tu lah ikan Bayan menurut abang aku. Boleh la lepas ni aku beli. Tu pun kalau aku rajin nak masak. Hew hew hew..

 

 








Setel beli ikan, aku dan kawan-kawan aku lepak makan dekat Samudera Cafe. Sebelah kedai ni la aku jumpa ikan fantastic four. Serius memang pelik ikan ni.. Abang aku yang part time jadi nelayan pun tak dapat identify jenis ikan ni. 

 












 Memperkenalkan ikan Fantastic Four

 

 

 

-

 

 

 

 

-

 

 

 

 

-

 

 

 

 

-

 

 

 

 

-

 

 

 

 

-

 

 

 

 

-

 










 

 

 

 

 

 

 

 

 

#Nama sebenar ikan ni adalah ikan batu. Serius macam batu da!

No comments:

Post a Comment