Total Pageviews

Friday 4 April 2014

Wonder Cities

Selalunya kalau aku naik kapal terbang AirAsia tu, aku tak rajin pun membelek-belek bahan bacaan yang ada depan seat. Koje aku, 24 jam membuta!Buruk kan perangai. Dengan kata yang lebih mudah, campak je kat mana-mana aku mampu tido dengan lena. Satu kelebihan yang tidak mampu semua orang miliki okeh.hahahaha.. Actually tak la sampai sepanjang masa aku tido. Kalau perjalanan ambil masa 3 jam, dalam 2 jam 30 minit tu memang aku tido la.. 30 minit tu masa untuk aku tenyeh-tenyeh biji mata, betulkan shawl, lap air liur basi, pandang kepulan-kepulan awan luar tingkap, dan tengok steward yang comel.

 

 

 

Perjalanan dari Tawau-LCCT ambil masa hampir 3 jam. Dari LCCT-Peneng lebih kurang sejam. So total cincai-cincai 4 jam atas kapal terbang. 4 jam tu boleh sampai Guangzhou kot kalau dari KL. Penat uolls. Oleh sebab itu lah, aku tak kisah letih balik dari sekolah terus ke airport dengan harapan aku boleh tido dengan nyenyaknya nanti. Tak lupa, berdoa moga orang yang duduk seat sebelah aku bukan lelaki. Kalau lelaki, memang aku ucapkan tahniah kerana berjaya menyaksikan adegan tido paling buruk dalam sejarah hidup mereka! hahahaha.. Sorry, dah out of topic.

Point di sini sebenarnya aku just nak cerita pasal list Wonder Cities yang aku baca dalam majalah yang terdapat dalam kapal terbang AirAsia. Of course la AirAsia nak promote tempat-tempat menarik yang ada dalam list penerbangan mereka. Dalam 28 finalist cities, dia shortlistkan jadi 7 cities je. Antaranya ialah, Kuala Lumpur, Bangkok, Ho Chi Minh City, Pnom Phenh, Seoul, Perth dan Shenzhen. So, 4 bandar jelah yang dah aku jejak termasuk KL. Tinggal Phnom Penh, Seoul dan Perth je yang belum berjaya dijejaki. Insyaallah dalam perancangan itu bha. Moga jadi kenyataan!

 

 

 

 

Kalau ada peluang, aku nak je repeat pergi Bangkok. Pernah tengok rancangan Mad Market? Disebabkan oleh Mad Market lah aku teringin nak ke sana semula. Tak lupa, rasa nikmat kopi ais dan pho di Ho Chi Minh City sentiasa dalam ingatan sanubari uolls.. Aku pernah juga merancang trip Phnom Penh-Siem Riep-Ho Chi Minh City. Segaja nak singgah HCMC sebab nak lepak kedai makan sambil makan pho dan minum kopi ais. Bestnya! Malangya aku ndak punya masa untuk join trip yang panjang-panjang gini bha kalau setakat cuti sekolah seminggu. Trip ni saja mau makan masa seminggu ni. Tambah pulak nak carik travel partner yang sesuai agak terhad dan sukar. Sasaran aku hanya cari rakan yang sanggup travel semasa cuti sekolah atau rakan mempunyai kerjaya yang sama dengan aku. Tiket kapal terbang pulak waktu cuti sekolah memang mahal. So, I have no choice.Phewwwww.. 

 

Aku berkira-kira juga untuk melancong hujung tahun ni.  Kali ini trip dengan Miss R pulak. Harap tiada halangan untuk trip yang mungkin makan masa lebih seminggu. Harapan trip kali ini agak tinggi ye.. Nak kaut pengalaman dan pahat moment-moment best dalam memori. Kalau boleh, biar la trip ni antara trip terbaik yang pernah aku pergi. Yang paling penting, sekurang-kurangnya aku ada la point nak stori tempat menarik dalam blog ni. Tak macam entri ni.. Sengaja aku mengarut marut tengah malam. Kesian kan? Siapa yang baca entri ni harap lah bertahan dengan karut-marut yang aku cuba lontarkan atau luahkan. hahahaha...

 

 

Sekian, Terima Kasih 

 

 

 

 

 

#Selamat malam!

No comments:

Post a Comment