Total Pageviews

Tuesday 3 June 2014

Trip 2014

Rasa macam nak bersara dari dunia blogging je disebabkan aku tak berpeluang pergi mana-mana destinasi idaman lagi setakat ini. Sedih!!! (sambil menampar-nampar pipi sendiri akibat terlalu kecewa).hahahaha. Faktor seperti kekangan masa dan lain-lain menjadi punca utama. As a teacher, aku hanya boleh travel time cuti sekolah je. Time tu lah tiket flight melonjak-lonjak keseronokkan naik. 

 

Ceit!

 

 

 

 

 

Tambah panas hati, kawan baik aku sms.

Cik Y: Wei, hang nak join tak trip pi Korea taun depan? Tiket lebih kurang RM600 ja return
Aku  : Bila date???
Cik Y: Bla..bla..bla...
Aku  : Hmmm... time tu tak cuti sekolah. Mana boleh join. Aku boleh pi time cuti sekolah ja. 

(Terasa jeles membara-bara sebab kawan aku berjaya grab tiket murah)

 

Sebab tu travel partner aku sekarang mesti daripada kalangan guru-guru sebabnya kami hanya mampu fly time cuti sekolah je. Terpaksa lah berkorban  sedikit wang demi memenuhi hajat untuk melihat negara luar. Sejak duduk Semporna, aku ada habit malas nak keluar berjalan-jalan time cuti sekolah. Rasa badan dan jiwa aku melekat dekat kampung halaman sepenuhnya. So, cuti paling sesuai nak travel adalah bulan 12 disebabkan time tu cuti panjang sikit. Cuti pertengahan tahun dihabiskan dengan persiapan kenduri kahwin adik aku je. Hujung minggu ni turun KL untuk attend kenduri sebelah pihak laki pulak. 

 

Apa-apa pun yang terjadi, hajat tetap hajat. aku tetap perlu memenuhi hajat aku dah lama tidak kesampaian nak ke Korea. Hajat sejak tahun 2012 lagi ni. Dah berkepam-kepam hajat ni tersemat di sanubariku. Cewahhhh... Maka, hujung tahun 2014 akan wujud sejarah trip paling lama dalam hidup aku iaitu selama 10 hari 9 malam. Taraaaaaa.... Trip KL-Seoul-Busan-KL. Bulan berapa ntah aku berjaya grab tiket Busan-KL berharga RM450. Aku anggap dah ok price tu memandangkan aku pergi time school holiday kan. Tiket nak ke Seoul pulak lebih kurang RM700. Aku tangguh dulu beli tiket ke Seoul. Instinct aku mengatakan akan ada promo lagi nanti. So, tadi aku saja godek-godek AirAsia. Bila check date 3hb 12 ke Seoul terus keluar price RM399. Na kau, terus aku book! Macam tau-tau je AirAsia ni buat murah time 3hb 12 tu sebabnya time tu besday I. Curlass mak jemah dapat sambut besday dengan mamat-mamat Korea. Hew hew hew..

 

 

 

 

 

Bila dah berjaya beli tiket, rasa lega sket. Selesai satu masalah. So next step aku da Cik R akan listkan tempat-tempat menarik yang nak dikunjugi dan cara nak ke tempat berkenaan. Tak lupa budget juga perlu diambil kira. Finally, susun jadual dan print. Trip ini sangat istimewa dan aku mengharapkan agar semua berjalan dengan lancar nanti. Rasa nak menyanyi lagu ost drama That Winter The Wind Blow pulak! :)



#Still have 5 months to make preparation.

2 comments:

  1. Warh teringin jugak nak g Korea ^_^ masih belum berkesempatan nak cari date sesuai..
    Selamat bercuti bln 12 nnti k

    ReplyDelete
  2. Oohh thanks..Idaman dah lama ni. Cepat cari date yg sesuai yer.. :)

    ReplyDelete