Total Pageviews

Saturday 4 October 2014

Land Below The Wind Trip: Mabul & Kapalai Islands Part 2

Okeh jom kita sambung stori pasal pengalaman aku snorkeling dekat Pulau Mabul dan Kapalai.. 


Dari Uncle Chang lodge nak ke Pulau Kapalai makan masa selama 10 minit dengan menaiki bot. Pulau Kapalai ni private island ye.. Aku dah stori pasal ni dalam entri sebelum ni. Pulau ni kecik je untuk pengetahuan uolls.. Kalau tengok dari atas bot tak nampak langsung batang idong daratan. Nampak resort semua atas air. Cantik okeh. Yang penting nak bermalam kat resort ni memang teman tak mampu. Dengar kata, makan ribu-ribu ringgit jugak la semalam. Kebanyakkannya pelancong dari luar je yang menginap dekat sini.










Sampai je Pulau Kapalai, kami yang dah get ready dengan life jacket, mask dan snorkel masing-masing terus terjun laut. Bagi yang tak biasa dengan snorkeling dan scuba diving, jangan risau sebab ada instructor yang akan guide anda. Kalau perhatikan dalam gambar di atas, ada instructor sedang bawa 3 budak chinese pergi snorkeling sama-sama dengan kitaorang. Nama mamat instructor tu Malik tapi budak-budak tu panggil Balik...Balik... look at the fish bla..bla..bla... Suka hati dorang je panggil mamat tu Balik. Parent budak-budak tu tiada di tempat kejadian sebab join team scuba diving. Mantap kan? Satu family suka terjun laut kecuali nenek dorang yang just memerhati dari atas bot je. Kalau nenek tu join team scuba, kompem aku rasa tercabar sangat okeh! Hew hew hew.. :)










Nampak tak ada kawasan yang bertali?kat situ lah tempat kami snorkeling. Mask aku asyik masuk air je. Stress aku rasa. The best thing is hidupan laut kat sini memang wow sangat compare dengan Mabul! Kawan aku siap nampak anak penyu berenang lagi. Coral dia pun cantik sangat. Air laut nampak tenang je padahal sebenarnya tak pun. Yang best makin lama kami snorkeling makin jauh kami dihanyutkan oleh air sampai ke kawasan bawah resort tu. Sampaikan kami terpaksa pegang tiang resort tu sebab risau akan hanyut. Dengan kuasa bulan ala-ala Sailormoon, aku berusaha berenang jugak. Last-last aku dengar suara dari belakang aku berbunyi lebih kurang macam ni 'Weh, ko tengok dia tu.. Semangat berenang tapi tak gerak-gerak pun'. Lalu aku pun menoleh ke belakang, tengok-tengok memang selama aku berenang sikit pun tak bergerak okeh. Cehhhhh!!!! Aku dah putus asa kot.. So aku pun melambai-lambai ke arah instrustor lalu pantas dia menarik aku ke bot.








Aku yang dah stress dengan life jacket terus tanggalkan life jacket lalu terjun ke laut semula. Berenang tepi bot lagi best daa... Dengan teknik berenang ala-ala katak, aku dengan yakin dan gembiranya melayan perasaan mandi laut yang sedalam 15 kaki. Rasa sejuk je air laut walaupun cuaca time tu panas. Sebenarnya kompiden nak berenang sebab ada instructor area situ. Sekurang-kurangnya kalau lemas, boleh la aku buat adegan meniup wisel ala-ala Rose dalam filem Titanic. hahahaha... 




Yang putih-putih dalam air tu adalah ikan.. Yang besar tu pulak ikan dugong!












Lebih kurang sejam, kami dipanggil semula naik ke atas bot. Tiba masa untuk lunch, rest dan solat di lodge. Lebih kurang pukul 1.40 kami dipanggil semula menaiki bot untuk ke destinasi berikutnya yang berdekatan dengan lodge je. Ayuh kita nikmati keindahan laut Pulau Mabul pulak!









Pada pendapat aku la kan, Pulau Kapalai lagi best berbanding Pulau Mabul. Time snorkeling, aku perhatikan ikan-ikan dan hidupan laut yang lain lagi unik dan cantik berbanding di Mabul.  Bertambah tak best, air laut dekat Pulau Mabul berombak-ombak. Semua pakat pegang tali je risau hanyut lagi. Kata instructor tu, dekat area bawah tangga resort ni boleh nampak ikan nemo. Berusaha aku cari tapi tak jumpa-jumpa pun. Tiada rezeki di situ nampaknya... Masa yang diberikan selama hampir sejam digunakan semaksimum yang mungkin. 



















Lebih kurang pukul 5.00 petang, kami bergerak semula ke jeti pekan Semporna. Kena balik cepat oiii sebab perintah berkurung bermula pukul 6.00 petang sehingga pukul 6.00 pagi. Maka, berakhirlah trip aku ke Pulau Mabul dan Kapalai. Insyaallah ada rezeki nak terjah Pulau Bohay Dulang pulak next time. Tak lupa, aku dapat duit syiling euro daripada dua orang minah Belanda yang sama-sama join trip dengan kami. Adakah itu petandanya aku bakal menjejak kaki ke eropah tahun 2015?(berangan sangat!)


























#Nak kawen dengan orang Sepanyol lah.. Boleh pergi round-round eropah.. Erkkkkkk


6 comments:

  1. Hai ika, zarina nih.. Kan kami nak p sana insyallah next year..boleh dak suggest penginapan hat best and affordable, tempat mkn dan pengangkutan.. In case hang xdak..kami boleh jalan2 seniri..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tudia....ada ja hotel murah tepi jeti pekan semporna...klu nak mai, roger aku..leh la hampa feeling mabul n kapalai cam dalam drama, sorry im not perfect!hahaha

      Delete
  2. Oh dah boleh pergi dah ye Pulau Mabul ni? Lepas asyik keluar berita berapa bulan yang lepas, rasa tak secure je nak plan jejak kaki ke sana. sobs~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam berita ckp waktu perintah berkurung pukul 6petang-6pagi.. so tak de masalah nak ke pulau pun asalkan balik ke jeti semporna before pukul 6. Insyaallah ok je.. Saya kat sini selalu je nmpak foreigner ke pulau..

      Delete
  3. Kiranya snorkelling di kapalai lg berbaloi kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut air jugak.. Kadang-kadang air kuat jadi nak snorkelling pon tak best. Kebanyakkan pakej mostly akan gabung mabul dan kapalai sekali sebab dua pulau ni berdekatan

      Delete