Total Pageviews
Monday, 24 November 2014
Ke Korea Ke Kita
Wednesday, 12 November 2014
Land Below The Wind Trip: End Of Journey
Berbalik kepada entri sebelum ni, lepas Desa Dairy Farm, kami singgah kejap
depan pintu Memorial Park. Ambil gambar di depan pintu je uolls sebab banyak
tempat lagi nak singgah. Lupa nak cakap, kalau ke Kundasang banyak sayur
murah-murah area tepi jalan besar. Boleh la singgah membeli kalau uolls rasa
sayur tu tak layu dan tak busuk kalau bawa balik ke Semenanjung. Kalau tak silap aku, harga bagi 3 jenis sayur adalah RM10. So, boleh la pilih sayur campur-campur korang nak. Masa first
time ke Kundasang dengan student dulu, aku sempat membeli cili warna putih.
Kempunan wehhh sebab aku pernah makan cili putih tu dengan pho time dekat Ho Chi
Minh City dulu. Slurpppppp……..
Pekan Kundasang
Pekan Kundasang
Sepanjang nak ke Kota Kinabalu dari Kundasang, kami sempat singgah dan ambil gambar di Kinabalu Park, Pekan Nabalu, Jambatan Tamparuli, rumah terbalik dan Tanjung Aru. Kebanyakkan tempat ni kami singgah kejap-kejap je. Ambil gambar, tengok nature dan blah… hahaha.. Pada aku, antara tempat-tempat yang kami singgah, aku paling suka jambatan Tamparuli kot sebab ada nilai tersendiri dan ia juga menjadi identiti bagi daerah Tamparuli. Kira lagend la jambatan ni. Masih kukuh! Area jambatan ni ada pasar basah dan kering. Aku sempat beli pisang goreng RM3 tapi mak cik tu bagi penuh seplastik. Untung bah kalau berbahasa sabah dengan rakyat tempatan.
Pekan Nabalu
Jambatan Tamparuli
Tiba-tiba aku teringat kisah ngeri. Aku bukan pembunuh!!! Aku tak bersalah!!! Ohhh tidakkkk!!!! Kisah ni terjadi lepas kami singgah Pekan Nabalu. Time tu hujan renyai-renyai dan kemudiannya semakin lebat. Jalan pulak bengkak-bengkok, naik dan turun bukit. Nak dijadikan cerita time turun bukit ntah macam mana tetiba ada seekor ayam yang rabun plus kurang cerdik melintas jalan tanpa memandang kiri dan kanan. Aku memang tak mampu nak elak. Kalau brek mngejut time jalan licin plus turun bukit memang boleh excident gamaknya. Maka, hilanglah nyawa seekor ayam kampung di Kundasang. Maafkan daku! Sobs sobs sobs...

Tanjung Aru is our last destination sebelum kami kembalikan
semula kereta di airport. Tanjung Aru ni dekat sangat dengan airport. So, tak
perlu risau nak tercari-cari. Dekat Tanjung Aru ni lah aku tercari-cari ais
kacang buah yang hangat diperkatakan. Masa first time pergi Tanjung Aru, aku
tak jumpa benda alah ni. Kali kedua aku pergi barulah jumpa. Memang lokasi
gerai ni jauh sikit.. Kena menapak ke hujung persisiran pantai baru jumpa. Rasa
ais kacang ni so so je.. Sedap lagi ais kacang coklat dekat Shah Alam uolls..
Tapi yang bestnya, buah die berlambak-lambak dan pelbagai jenis. Boleh lah try
kalau anda penggila buah tegar macam aku.
Kesimpulannya, cuti selama seminggu dipenuhi dengan round
Sabah je. Dua kali aku turun KK (sekali guna jalan darat yang memakan masa
selama 12 jam dan sekali lagi naik flight) dan sempat cover dua pulau di
Semporna. Tak lupa, aku pernah tulis entri pasal merancang budget trip ke KK
dengan hanya RM500 dan ianya telah tercapai! Kalau nak round KK memang boleh
jimat asalkan anda pergi berdua atau lebih. Anda boleh jimat part sewa kereta,
minyak dan penginapan. Nak cover KK selama 3 hari dua malam dan memadai bagi
aku. Tak lupa kalau airasia buat promo, teruslah cepat-cepat beli tiket.
Rancang perjalanan anda dan selamat bercuti.
Tanjung Aru
Aku jumpa Adira AF tengah bantu mak dia jual buah rambutan. Tak percaya??? Jap aku tunjuk. Keh keh keh....
Buah tarap
Adira sangatttttt...hahahaha..
Entri ni merupakan entri penamat Land Below The Wind Trip… Tiba masanya aku nak buat preparation ke Korea selama 10 hari 9 malam secara backpack. Setakat ni, itinerary aku dah completed. Malangnya, passport baru terhegeh-hegeh nak renew, winter coat dan barang-barang sampingan lain baru nak beli nanti. Phewwwwww…..
Tanjung Aru
Aku jumpa Adira AF tengah bantu mak dia jual buah rambutan. Tak percaya??? Jap aku tunjuk. Keh keh keh....
Buah tarap |
Adira sangatttttt...hahahaha.. |
Assalamualaikum.
#Lagi 3 minggu nak ke Korea. A winter trip will begin............
Saturday, 8 November 2014
Travel Partner Part 2
Entri ini merupakan sambungan daripada entri Travel Partner Part 1 yang aku post hampir setahun yang lepas. Tudiaaaaa.... tudiaaaaa..... ada sambungan lagi uolls...
Tiba-tiba terasa nak tulis pasal travel partner lagi. Aku rasa sesiapa yang pernah travel secara backpack dalam group yang ramai mungkin pernah merasa pengalaman-pengalaman ngeri apabila tidak sebulu dengan makhluk-makhluk ini... Rasa nak cepuk, hentak dan kasi smackdown lapan puloh enam bilion kali je kan???
Sebab itulah pemilihan travel partner yang baik sangat penting! Aku pernah ingatkan kawan aku supaya memilih rakan yang boleh dibawa berbincang ketika travel. Kang tak pasal-pasal kena ikut kepala otak dia je kan. Kalau rakan anda jenis tidak penyabar dan mudah naik angin pun satu hal. Masalah... masalah..... Habit lain yang perlu anda perhatikan adalah kekerapan masa rakan anda bangun daripada tido. Yang ni kisah benar yang dialami oleh rakan aku sendiri ketika dia dan rakan-rakan travel ke Australia.. Cuba anda bayangkan kalau travel partner anda ni jenis liat nak bangun pagi. Setiap hari paling awal pun dia akan bagun pukul 10, 11 pagi. Nak dijadikan cerita, anda dah plan nak ke tempat sekian-sekian awal pagi. Tak berbulu ke anda melihat dia sedang nyenyak dibuai mimpi atau dengan kata lainnya tido mati! Lagi sakit hati bila makhluk ini nak mandi pun ambil masa sampai berjam-jam...
Anda dan rakan anda perlu mempunyai matlamat atau fokus yang sama ketika travel. Ni pun point yang amat aku titik beratkan time travel. Contohnya, fokus utama anda ke Korea lebih kepada sightseeing. Aleh-aleh, travel partner anda nak ke Korea sebab nak membeli belah barang-barang kecantikan, kasut, baju etc sampaikan beranak-pinak beg. Last-last anda pula terpaksa menjadi tukang mengangkat beg insan ini. Lagi terasa hati, bila part sightseeing je, rakan anda kelihatan muram dan kebosanan. Maka, aku yakin perjalanan anda jadi tidak best, menyedihkan dan penuh dengan rasa sakit hati yang sangat mendalam.
Aku perhati je perangai korang..... |
Berhati-hati mengajak rakan yang anda tidak kenali sepenuhnya join trip anda.. Kalau rakan berkenaan sekepala dengan anda, untunglah! Kalau tidak........... sambung ayat ni sendiri.
Setakat ini je dulu entri kali ni.. Mungkin lepas ni akan muncul entri Travel Partner Part 3 pulak kan. Jenuh nak korek idea dan cari info dengan rakan-rakan yang lain. If anda ada pengalaman yang best ataupun ngeri tentang travel partner anda, bolehlah share dengan menghantar komen di bawah. Thanks!
#Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan
Friday, 7 November 2014
Land Below The Wind Trip: Desa Dairy Farm
Lepas cover Poring Hot Spring, Tagal dan Sabah tea Garden, kami bermalam di Rocky Mountain Lodge, kundasang. Cuaca memang sangat sejuk pada waktu malam.. Agak-agak cuaca dekat Korea time winter macam mana la gamaknya nanti.. Aishhhhh…
Esoknya, pagi-pagi lagi kami terjah Desa Dairy Farm. Aku tak
sure pukul brapa Desa Dairy Farm buka. Tapi antara pukul 8.30 pagi-9.30 pagi
kot.. Lebih kurang time tu lah.. Tiket nak masuk ke sini berharga RM5. Lepas
beli tiket, ayuh kita ambil gambar dulu. Rugi datang kalau tak ambil gambar.
Memang cantik pemandangan di sini. Kata orang view sini ala-ala New Zealand
gituew kannn.. Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa.. Nyaman je rasa ok! Sampai je sana
boleh lihat lembu tompok-tompok hitam putih ni sibuk makan rumput. Lupa pulak
nak korek maklumat lembu ni spesis apa.

Selain itu, kalau dah terjah sini jangan lupa ambil peluang
rasa fresh milk. Memang sedap! Ada 2 jenis perisa susu iaitu plain dan
chocolate. Harga susu boleh dirujuk pada gambar di bawah. Ada juga cenderahati
seperti keychain, fm dan t-shirt dijual. Aku suggestkan kalau sesiapa ke sini,
anda perlu membeli keychain atau fm sebagai kenangan. Kenapa aku kata
perlu??? Soalan higher order thinking
skill(hots) ni.. Sebabnya, keychain dan fm kat sini tak dijual di tempat lain.
Yang kedua, aku rasa fm dan keychain Desa Dairy Farm je yang cun, cantek lagi
comel berbanding keychain dan fm biasa yang dijual di tempat lain. So, wajiblah
uolls beli ye…. Curlass sangat kan jawapan aku kannn??? Hew hew hew.. Lupa
pulak nak inform, harga sebiji fm adalah RM5 dan keychain RM3. So, aku rembat 4
biji untuk diri sendiri.

Aku membuat kesimpulan, Desa Dairy Farm adalah antara destinasi
terbaik di Kundasang, Sabah yang patut uolls pergi. Kalau tak terdaya nak ke New Zealand, datang Desa Dairy Farm pun jadilah kannnn...
Nantikan entry penamat Land Below The Wind Trip.. BYE!
Aku membuat kesimpulan, Desa Dairy Farm adalah antara destinasi
terbaik di Kundasang, Sabah yang patut uolls pergi. Kalau tak terdaya nak ke New Zealand, datang Desa Dairy Farm pun jadilah kannnn...
Wednesday, 5 November 2014
Land Below The Wind Trip: Rocky Mountain Lodge
Kami memilih untuk bermalam di Rocky Mountain Lodge, Kundasang. Untuk pengetahuan uolls, lodge ini baru dibina pada tahun lepas. Kalau cari dalam Agoda memang nan hado ye.. Korang search kt google dan fb. Senarai harga, lokasi semua ada dinyatakan. Harga memang ok sangat!
Kalau korang berada di pekan kundasang, korang akan nampak
simpang nak ke Desa Dairy Farm dan War Memorial. So, masuk je simpang dan teruskan perjalanan sehingga anda jumpa Desa
Dairy Farm. Bila dah Nampak Desa Dairy Farm, teruskan perjalanan anda lagi
lebih kurang 2km dan akhirnya anda bakal berjumpa dengan Rocky Mountain Lodge
yang tersergam indah di atas bukit. Lodge ini juga berhadapan dengan Kiram
Village dan lain-lain. Jalan nak ke lodge ni pun mencabar sebab terpaksa naik
turun bukit. Memang slow motion kami bawak kete.. Semputtttttt…..
kawasan parking depan lodge
kawasan parking depan lodge |
Harga untuk semalam bagi single+queen adalah RM90. Kira
kami bahagi kepada 3 jadinya sekepala perlu bayar RM30 je.. Sebenarnya ada
banyak je lodge dan hotel tepi jalan besar area Kundasang tapi harganya memang
mahal. Tak berbaloi nak stay semalam je. Memandangkan nak ke lodge ni naik kete
dah semputtt semacam , maka kami tapau makanan siap-siap jela… So, tak payah
nak naik turun bukit ke pekan kundasang semata-mata untuk makan. Lokasi lodge
ini memang best pada aku sebabnya pagi-pagi boleh nampak kelibat gunung
kinabalu di hadapan lodge. Keluasan bilik juga ok dan ada balcony. Aircond
tiada dalam bilik dan bagi aku tak perlu pun sebabnya sejuk sangat okeh….
Sesiapa yang plan budget trip ke Kundasang, boleh lah stay kat sini.
Sangat-sangat recommended!
Nampak ndak gunung kinabalu tu???
Aku rasa cukup lah aku promote lodge ni… Confirm ramai orang
akan berkunjung ke lodge ni lepas entri ni di publish.. Cehhhhh…….. Bajet blog femes sangat kannn????
Harga untuk semalam bagi single+queen adalah RM90. Kira
kami bahagi kepada 3 jadinya sekepala perlu bayar RM30 je.. Sebenarnya ada
banyak je lodge dan hotel tepi jalan besar area Kundasang tapi harganya memang
mahal. Tak berbaloi nak stay semalam je. Memandangkan nak ke lodge ni naik kete
dah semputtt semacam , maka kami tapau makanan siap-siap jela… So, tak payah
nak naik turun bukit ke pekan kundasang semata-mata untuk makan. Lokasi lodge
ini memang best pada aku sebabnya pagi-pagi boleh nampak kelibat gunung
kinabalu di hadapan lodge. Keluasan bilik juga ok dan ada balcony. Aircond
tiada dalam bilik dan bagi aku tak perlu pun sebabnya sejuk sangat okeh….
Sesiapa yang plan budget trip ke Kundasang, boleh lah stay kat sini.
Sangat-sangat recommended!
Nampak ndak gunung kinabalu tu??? |
Subscribe to:
Posts (Atom)