Total Pageviews

Monday, 24 November 2014

Ke Korea Ke Kita

Assalamualaikum..




Dengan rasa syok level maximum aku ingin mengucapkan bahawasanya cuti sekolah sudah bermula. Hooray hooray its holi holiday... Terus nyayi lagu Boney M yang sangat lagend itu!




Lebih kurang seminggu lebih lagi aku akan ke Korea. Trip kali ini adalah yang paling lama dalam hidup aku iaitu selama 10 hari 9 malam. Trip ini meliputi bandar Seoul, Sokcho dan Busan. Risau sakit kaki nanti kalau asyik berjalan je.. Bertambah risau bila tengok cuaca di Korea semakin sejuk dari hari ke hari. Doakan semoga perjalanan ini lancar. 



Antara persediaan yang aku dah dan bakal buat ialah:

  • Passport: Esok, lusa baru terhegeh-hegeh nak renew passport.. Passport yang latest tak payah sedia gambar. Pergi je imigresen, ambil gambar kat sana je terus. Gambar dalam black&white.
  • Itinerary: Dah siap! Sangat penting benda alah ni okeh.. Kalau tak memang pecah kepala tanpa arah tujuan dekat Korea nanti. Rasa dah lengkap itinerary aku. Siap direction, budget kasar dan gambar. Thanks untuk blogger yang sudi berkongsi itinerary mereka.

  • Guest house: Dah booked through Agoda! I pilih yang murah-murah je dan berdekatan dengan subway yang boleh capai banyak tempat. So tak perlu nak tukar banyak train nanti.

  • Winter Coat/Jacket+long john: Yang ni tak beli lagi.. minggu depan baru nak beli. Sila google cuaca di Korea sewaktu anda ingin ke sana. Agak-gak winter coat/jacket tak mampu menahan kesejukkan, sila lah spare long john atau pakai baju berlapis-lapis dekat dalam. 

  • Glove: Aku recycle yang lama. Beli kat Daiso 2 pasang. RM5 sepasang. Tapi sakit hati sebelah sarung tangan aku dah hilang. Sabo jelah..

  • Kasut+stokin: Ni paling aku risau... Teringat kisah sakit kaki semasa trip China-HK. Aku memang tak nak pakai boot bulu-bulu bagai.. Gaya tak penting ye uolls yang penting kaki aku selesa. So, better usha sport shoes yang selesa dipakai sepanjang masa. Jangan lupa pakai stokin!

  • Botol air: Pakai supaya nak membuang hajat di toilet senang.

  • Ubat-ubatan: Penting ni uolls bagi sesiapa yang pernah mengalami sakit kaki time travel macam aku. Sediakan apa yang patut. Tiger balm, painkiller etc.. Sediakan lip balm sekali sebab bibir anda akan kekeringan dalam cuaca yang sangat sejuk.








  • Makanan: Aku tak beli luggage pun. Aku just bawak backpack dan sling bag. So, aku rasa aku taknak menyemakkan beg aku dengan makanan yang tak penting seperti keropok dan maggie. Aku plan just nak bawak minuman paket 3 in 1, serunding, ikan bilis kering dan bubur nasi dalam packet nipis tu. Jimat space beg aku. Nasi segera boleh beli kat Korea nanti.

  • International adapter: Aku dah ado benda ni tapi mana entah ianya menghilang... Uwaaaaaa!!! Kalau terlupa nak beli, aku ingat nak beli kat Korea jela..

  • Korea Won: Lagi 2,3 hari before fly baru ingat nak tukar. Plan nak tukar dekat Ampang Park atau Midvalley sebab dekat sana memang murah.

  • Exercise: Hmmmm... Panaskan dan aktifkan badan dulu anda before fly. Aku pulak dok aktifkan mulut dengan makanan je. Buruk perangai!















#Kadang-kadang Allah memberikan kesakitan supaya menjadikan kita sedar akan nikmat sihat. Sakit itu kifarah dosa.

2 comments:

  1. Jgn lupa update ye. Nk followww.
    Insya akan akan ke Korea Feb nanti:)

    ReplyDelete