Total Pageviews

Saturday, 8 November 2014

Travel Partner Part 2

Entri ini merupakan sambungan daripada entri Travel Partner Part 1 yang aku post hampir setahun yang lepas. Tudiaaaaa.... tudiaaaaa..... ada sambungan lagi uolls... 





Tiba-tiba terasa nak tulis pasal travel partner lagi. Aku rasa sesiapa yang pernah travel secara backpack dalam group yang ramai mungkin pernah merasa pengalaman-pengalaman ngeri apabila tidak sebulu dengan makhluk-makhluk ini... Rasa nak cepuk, hentak dan kasi smackdown lapan puloh enam bilion kali je kan???








Sebab itulah pemilihan travel partner yang baik sangat penting! Aku pernah ingatkan kawan aku supaya memilih rakan yang boleh dibawa berbincang ketika travel. Kang tak pasal-pasal kena ikut kepala otak dia je kan. Kalau rakan anda jenis tidak penyabar dan mudah naik angin pun satu hal. Masalah... masalah..... Habit lain yang perlu anda perhatikan adalah kekerapan masa rakan anda bangun daripada tido. Yang ni kisah benar yang dialami oleh rakan aku sendiri ketika dia dan rakan-rakan travel ke Australia.. Cuba anda bayangkan kalau travel partner anda ni jenis liat nak bangun pagi. Setiap hari paling awal pun dia akan bagun pukul 10, 11 pagi. Nak dijadikan cerita, anda dah plan nak ke tempat sekian-sekian awal pagi. Tak berbulu ke anda melihat dia sedang nyenyak dibuai mimpi atau dengan kata lainnya tido mati! Lagi sakit hati bila makhluk ini nak mandi pun ambil masa sampai berjam-jam...


Anda dan rakan anda perlu mempunyai matlamat atau fokus yang sama ketika travel. Ni pun point yang amat aku titik beratkan time travel.  Contohnya, fokus utama anda ke Korea lebih kepada sightseeing. Aleh-aleh, travel partner anda nak ke Korea sebab nak  membeli belah barang-barang kecantikan, kasut, baju etc sampaikan beranak-pinak beg. Last-last anda pula terpaksa menjadi tukang mengangkat beg insan ini. Lagi terasa hati, bila part sightseeing je, rakan anda kelihatan muram dan kebosanan. Maka, aku yakin perjalanan anda jadi tidak best, menyedihkan dan penuh dengan rasa sakit hati yang sangat mendalam. 



Aku perhati je perangai korang.....





Berhati-hati mengajak rakan yang anda tidak kenali sepenuhnya join trip anda.. Kalau rakan berkenaan sekepala dengan anda, untunglah! Kalau tidak........... sambung ayat ni sendiri.



Setakat ini je dulu entri kali ni.. Mungkin lepas ni akan muncul entri Travel Partner Part 3 pulak kan. Jenuh nak korek idea dan cari info dengan rakan-rakan yang lain. If anda ada pengalaman yang best ataupun ngeri tentang travel partner anda, bolehlah share dengan menghantar komen di bawah. Thanks!











#Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan

2 comments:

  1. ha3... yang ini saya setuju... nak pegi berjalan, sila lah pegi yang sama kepala, kalau tak jenuh bebulu je ari2 nak menghadap muka dia.. padahal peginya 2 3 hari je..

    p/s: Cam dah dapat tangkap je trip seterusnya pasnih... nak teka ble? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buka setakat berbulu-bulu tgk muka dia, rasa nak cabut bulu hidung dia sekuat hati!hahahaha....

      p/s:Haipppp.. anda tak dibenarkan meneka....hahhaha...

      Delete