Total Pageviews

Saturday 13 February 2016

Thailand Trip 2015 Day 7: Hatyai

Sawadikha. 


Tak sabar-sabar nak habiskan entri Thailand. Ntah bila nak menaip entri ke Jepun-Korea pulak. Hmmm... 



Hatyai adalah destinasi terakhir trip kali ini. Banyak je Malaysian yang sanggup datang ke Hatyai semata-mata nak menikmati Thai food. Plan aku sampai je Hatyai, nak melantak sepuas-puasnya.  Mustahil aku tak nak enjoy makan kat sini. Rugi woooo. Kerabu maggie dan pulut mangga terngiang-ngiang di minda aku.  


Selepas 12 jam lebih dalam train dari Hua Hin, aku akhirnya tiba di Hatyai station. Finally! Perjalanan sangat smooth. Maybe aku ni jenis senang nak tido mungkin. Letak kepala, terus lena. Jadilah seperti saya! hahahaha.. Lebih kurang pukul 9 pagi, aku tiba di Hatyai. Terus tanya lokasi hotel dengan penjual tiket. Jalan kaki lebih kurang 15 minit, akhirnya sampai jugak aku di Hatyai Holiday Hotel. Aku pilih hotel ni sebab ada peti ais. Sebabnya aku plan nak beli pulut mangga dan bawak balik Malaysia keesokkan paginya. Lokasi hotel berdekatan dengan Kim Young Market. Lebih kurang 200 meter sahaja. Area situ banyak je gerai makan halal. Cuma kena menapak sikit kalau nak ke area Lee Garden.




Harga hotel semalam lebih kurang RM80. 



Pekerja hotel benarkan aku check in walaupun jam baru menunjukkan pukul 9.30 pagi. Bukak pintu bilik, terus terdampar keletihan atas katil. Baru lah dapat merasa hotel yang agak selesa sikit. Tiba-tiba tergerak hati nak update status di fb. Sekali travel partner aku sewaktu trip ke Ho Chi Minh reply mengatakan yang dia juga on the way ke Hatyai. Ohhh emm geee!!! Memang ada hikmah aku muat naik status. Terus set nak jumpa dan join skali trip ke Khlong Hae Floating Market. 




 Sebelum ke floating market, aku pergi melantak dulu. Naik bosan pulak asyik-asyik menu nasi kuning dengan ayam goreng. Lokasi area Kim Young Market.





Mencari-cari pulut mangga area Kim Young Market tapi tak jumpa. Kemudian tanya dengan peniaga area situ. Katanya, pulut mangga halal boleh didapati area Lee Garden.  Lepas makan, terus menapau pulut mangga untuk dibawa pulang. Harga sepaket pulut mangga 60 baht. Selesai satu misi.


Kami naik tuk tuk ke floating market dan caj yang dikenakan sebanyak 600 baht. Aku tak sure mahal ke murah. Sila check price di blog-blog lain jika anda berniat menaiki tuk tuk. Aku yakin ramai yang excited ke sini. Tapi pada aku, perasaanya biasa-biasa sahaja. Maybe disebabkan aku pernah pergi floating market yang lebih besar sebelum ini. Damnoen Saduak Floating Market tetap paling the best! Habis round floating market, kami terus ke Lee Garden. 













Malam tu, kami terjah Asean Night Market. Naik tuk tuk sekali lagi. Caj sehala 100 baht. Pada mulanya driver tuk tuk tak nak hantar. Lepas pujuk, baru lah dia ok. Barang-barang yang dijual di sini lebih kurang sama je. Baju, kasut dan lain-lain. Harga pulak tidak lah terlalu murah tapi ramai pulak Malaysian datang menyopping di Hatyai. Murah ke? Ke aku tak jumpa tempat yang betul-betul murah. Aku ni jenis suka bertanya. Sempat aku menyoal peniaga-peniaga di Hatyai dan Hua Hin. Kata mereka, barang-barang yang mereka jual kebanyakkan datang dari Bangkok. Sebab tu harga barang di Bangkok lebih murah. Memang betul! Harga barang di Chatuchak Market, Bangkok berganda lebih murah. 


Aku sempat merasa kerabu maggie di Asean Night Market. Banyak gerai makan di tingkat 2. Berpeluh-peluh aku makan. Hot and Sour! Gambar nan hado sebab eden tak bawak kamera.


Kesimpulannya, keistimewaan Hatyai pada aku hanya pada makanan halal yang mudah didapati. Harganya tidak lah murah seperti yang diwar-warkan. Awal pagi esokkannya, terus check out hotel dan menuju ke Hatyai station. Tiket ke Bukit Mertajam pada pukul 7 pagi berjaya dibeli. Tiket berharga 332 baht (free seat) dan hanya boleh dibeli on the spot. Sempat aku menapau pulut ayam as bekalan breakfast pagi itu. 


Akhirnya, tamat sudah trip Thailand 2015. Berjaya juga aku cover Bangkok-Ayutthaya-Lopburi-Hua Hin-Hatyai dalam tempoh 8 hari walaupun kempunan tak dapat nak ke Chiang Mai atas kekangan masa.



Thanks sesiapa yang sudi membaca dan memberi komen-komen di blog aku selama ni. Rasa macam tak percaya ada yang sanggup membaca blog hamba yang tak famous ini.  


Assalamualaikum.






2 comments:

  1. assalam.nak tanya awak ni,hehe.night market yg best kat mana ye?saya plan bulan 12 nak kesana.hehe.saya booking hotel di central view hostel(sebelah central festival mall).😉

    ReplyDelete